Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader PART 2

Jom kenali blogger yang bermula dari silent reader dah pun masuk PART 2.. Kalau nak baca PART 1, KLIK SINI yer... Ini entry terakhir untuk blogger yang saya kenal bermula dari silent reader blog saya.. Ada 4 orang semuanya.. Kuat jugak pengaruh blog dekat orang2 luar kan.. Dari takda blog, bila selalu baca blog blogger2 akhirnya kita terinspirasi untuk buat blog jugak.. (",) Tak salah pun buat blog sendiri.. blog ni dah macam diary selain kita jugak boleh kongsi macam2 maklumat.. Yang salah tu jika kita menulis blog kita duk mengata orang.. Opstt actually tak salah pun sebab dalam blog ni takda pulak tulis apa2 etika kan, cuma kita sendiri sebagai owner blog tu la, yang kene wujudkan etika dekat blog kita sendiri... pandai2lah kita jaga nama baik kita yer sayang2.. setiap apa yang kita tulis, kita yang akan dipertanggungjawabkan.. kadang setiap apa yang kita tulis tu jugak, kita akan bawak hingga ke "sana"...

Ok, itu mukadimah.. ini baru masuk kepada tajuk entry.. hihi.. hari ni saya nak kenalkan u all dengan Sya & Ayie.. Bagi saya mereka ni pandai gak menulis.. penulisan Sya & Ayie ni santai je.. seronok untuk dibaca.. Walaupun mereka masih newbie tapi pandai menulis.. Macam sya tu, pandai menulis maybe lah sebab sya pun meminati dunia penulisan kan.. Kalau macam Ayie tu plak, dia masih lagi student, so, idea memang banyaklahkan.. otak student, fresh la katakan... buku & pen kan sentiasa bersama dia.. hihii.. Tak nak cakap banyak, u all boleh baca pengenalan diri mereka yang ditulis oleh mereka sendiri dekat bawah ni...


KENALI BLOGGER : Blog By Syaz

Bismillahirahmanirrahim....
Nama saya sya nadia.. boleh panggil sya aje.. saya seorang suri rumahtangga, ibu kepada seorang cahaya mata. Saya suka menulis, meluahkan apa yang terlintas difikiran. Memandangkan saya surirumah yang jarang keluar, kawan pun tak ramai, jadi saya menulis blog. Kiranya untuk menghabiskan masa terluang dari tak buat apa-apa. Saya mula berblog sejak bulan jun tahun lepas, kira-kira beberapa hari sebelum bersalin. 

Permulaannya kenapa saya berblog adalah sebab saya suka menulis. Dah berdozen-dozen buku sekolah yang saya tulis jadi novel.*uiihh..saya memang suka menulis sangat2* Tapi korang janganlah tanya mana buku-buku tu, sebab semua saya dah buang. Malu nak baca balik, ada juga yang kawan-kawan ambik buat koleksi dorang. Cuma sebelum saya mulakan projek blog saya ni, saya selalu baca blog orang, terutama blog Kak Ina. Saya suka betul baca pasal si comel Alisha tu. Sehari tak tahu berapa banyak entry saya baca. sampai pening dibuatnya. Tapi tak serik, esok buat lagi. Kebetulan masa tu saya mengandungkan Aniq. Teringin nak tulis cerita tentang dia dan adik-adik dia *Insya Allah*. Selain pada tu saya boleh selit-selit pasal kisah kami abah and mummy Aniq juga. Semua kenangan tu berharga kan.. saya harap bila Aniq dah besar, dapatlah dia imbas balik kenangan waktu dia kecik-kecik, semua saya catit dalam blog saya ni. Ada yang saya save dalam draft just untuk dia baca dikemudian hari. 

Lepas dah selalu baca blog Kak Ina, saya melangkah setapak lagi. Saya nak mulakan blog sendiri pulak. Puas dah edit-edit, atas bantuan Kak Ina juga, saya berjaya mulakan blog sampai la ke hari ni.. Saya anggap segala yang saya tulis dalam blog adalah sesuatu yang akan menjadi kenangan pada kami sekeluarga. Ini kerana setiap perkembangan family saya ceritakan dalam blog. Blog saya bukanlah cerita tentang saya, anak dan family aje, tapi kalau ada petua, resepi atau ilmu-ilmu yang berguna pun saya akan kongsikan juga. Senang kata, bukan cerita syok sendiri aje la. Harap segala info yang diberikan dapat dimanfaatkan bersama.

Ayie Atiqah


Nama saya Nur Atiqah Bt Johari. Saya senang untuk bahasakan diri sebagai ayie. Nampak lebih close gitu, hehe.. Berasal dari Taiping, Perak. Ayie merupakan anak sulung dari 3 beradik yang kesemuanya adalah perempuan. Masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi di utara tanah air. Sedar tak sedar dah sebulan lebih dah ayie dengan dunia blog. Macam-macam pengalaman dan ilmu yang ayie dapat.  

Macam mana ayie boleh terjebak dengan dunia blog nih? Ayie selalu baca blog orang, kire cam silent reader la. Sejujurnya, blog yang selalu ayie bukak adalah blog IntanBerlian + blog IrineNadia. Tak tau la kenapa. Rasa nak baca je selalu. Hari-hari bukak, sejak dari tahun lepas lagi. Dari situ la timbul rasa nak ada blog jugak. Actually lama dah nak ada blog, cuma tak berani nak buat je + tak pandai. Sekarang dah pandai cket-cket, hehe.. Boleh la nak tambah-tambah kawan kan. 

Bermula dari situlah terbuka hati ayie nak ada blog jugak. Pelan-pelan mula aktif kan diri. Blog ayie ni lebih kepada peribadi la. Hal-hal life ayie, memori ayie, kenangan sedih or happy.. ada jugak mana-mana perkongsian yang bermanfaat ayie kongsikan.  Ayie masih belajar untuk buat lebih baik lagi dalam dunia blog ni. Dan yang paling ayie suka dalam dunia blog ni, sahabat-sahabat blog semua baik-baik dan saling support. Tak lokek ilmu pulak tu. Baik hati sungguh sahabat-sahabat semua. Ayie nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk semua yang dah support ayie secara langsung ataupun tak. Ayie sangat-sangat hargai korang. Maafkan ayie andai ada salah dan silap. Thanks semua!


Amacam u all, best tak coretan Sya & Ayie ni?? Nak kenali mereka dengan lebih rapat lagi, u all singgahlah blog mereka tau.. Eh, kata nak kenal lebih rapat, janganlah semata2 singgah tau.. Follow la mereka sekali, tinggalkan 2 3 perenggan komen dekat entry mereka.. tu diaaa 2 3 perenggan kekdahnya... muahahaa


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

Unknown Unknown March 18, 2014
ada masa nnti nak gih pollow dorang la. heee
Maria Firdz Maria Firdz March 18, 2014
Insha Allah akan kenali mereka... best review..
Unknown Unknown March 18, 2014
tak tahu le kenapa dengan blog akak ni... ramai yang complain susah nak follow...

ayie atiqah ayie atiqah March 18, 2014
waa...teruja nye bca!terima kasih banyak2 kak ina =)
haryati haryati March 18, 2014
nak pi terjah sat la...
ayut ayut March 23, 2014
Dunia blog klu xtlg mnolong xke mana kan..hihihi
Unknown Unknown March 30, 2014
Salam pekenalann...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
sya kenal.
ayie belom.
in shaa Allah ada masa boleh gi melawat kawsan.hihi