Peel Alisha & Aqilah

Gian saya nak menulis di blog ni tau.. Minggu ni saya hanya keluarkan 2 entry.. tu pun entry yang "wajib" publish.. ikutkan minggu depan baru nak buat entry, tapi hari ni rasa tak tertahan2 dah nak mengarang.. adehhhh.. So, kene jugak lepas gian.. hihi.. Minggu depan saya akan back to normal.. hadap la u all dengan 4 5 entry sehari dari saya yer... muahhaha.. 


Untuk entry ni nak cerita pasal peel Aqilah ni haa... Kalau sebelum2 ni saya pernah gtau u all yang anak2 saya ni, semua kerja dia nak tolongkan.. Kalau si Alisha tu, jangan cakaplah, kalau kita dah buat kerja tapi dia tak buat lagi, jawabnya, kita kene buat semula supaya dia dapat buat.. eh, u all paham ke apa saya cakap ni.. rasa macam berbelit2 je ayat.. ekkeke.. Saya bagi contohla, Saya dah mop air yang tumpah.. sekali Alisha tengok saya dah mop.. so, dan2 time tu dia akan merengek nak buat jugak.. terpaksalah saya ambik batang mop, bagi dia mop semula... Tu yang sekarang ni, saya asyik duk suruh alisha je.. contoh kalau air tumpah, ssaya suruh dia ambik batang mop & mop.. senang cakap, kerja saya hanya duk setempat sambil bagi arahan.. muahhahhah.. Opsttt tapi takdalah sampai saya suruh dia g buat air kopi tau... agak2lah.. takkan saya nak bagi dia "main" air panas.. kiranya kerja yang "layak" untuk dia buat la...

Tu diaaa kata nak cerita pasal Aqilah tapi satu perenggan dah habis cite pasal Alisha.. hihii.. Motif cite pasal Alisha tu sebab saya nak gtau yang Aqilah pun dah berjangkit ikut peel kakak dia tu... Cuma bezanya kalau Alisha dia merengek kan.. Aqilah ni lagi hebat.. dia g guling terus atas lantai.. Eh, tapi ada jugak time yang dia tak guling cuma dia macam keluarkan suara.. Macam tadi, saya dah siap kemas lauk2 yang kami makan letak atas meja.. siap dah tutup dengan tudung saji.. Sekali Aqilah tengok dekat atas tikar dah clear.. Dia g kat meja makan & nak tarik tudung saji.. Nasib saya nampak pastu dia duk keluarkan suara sambil tunjuk atas meja.. Tau la maksudnya saya kene turunkan balik lauk tu letak atas tikar & bagi dia angkat letak atas meja... 

Budak 2 orang ni berebut2 nak buat kerja... nak lagi hebat, tikar alas makan saya dah simpan atas rak tau... Tiba2 Aqilah nampak, terus dia berguling suruh ambik tikar tu semula... Si abahnya pun ambiklah bagi tikar tu kat dia & angkat dia sebab dia tak sampai nak letak atas rak... Bila dah buat camtu, si kakak plak nampak.. dan2 duk merengek plak sorang lagi.. terpaksa ambik semula tikar tu bagi dekat si kakak plak.. dah si abah nak kene angkat si kakak plak sebab si kakak pun tak sampai nak letak sendiri.. Inilah peel anak2 saya u all.. terlebih rajin camgini plak jadinya.. tapi tu la, peel dorang ni la yang buat kami suami isteri ni tak kering gusi... hahhahah.. 

Ni baru cite bab kerajinan budak berdua ni, belum campur bab Alisha yang banyak cakap tu lagi.. adehh.. yang tu lagilah.. cakap macam orang tua.. hahahha.. Tapi okla kan, time dia tak pandai cakap dulu, duk pikir bila nak pandai cakap.. bila dah pandai.. layanlah Alisha ni tanpa henti yer.. sebab Alisha ni kalau bersembang, dah nak seiring sejalan dengan ibu dia.. jenis cakap laju, jenis cakap tak jumpa noktah jenis banyak bertanya.. sebijik ikut ibu dia ni.. (^_^).. Sekarang ni duk bising nak sekolah plak.. Hari2 duk cakap "Isha nak sekolah".. Si abah cakap "Kakak nak pergi sekolah ke.. nanti kakak nak kene buat kerja berat.. nak kene mencangkul, nak kene berkebun bla bla".. Tapi si Alisha ni bijak.. dia tahu yang abah dia kelentong.. sebabnya dia tahu, kalau pergi sekolah maknanya kene menulis.. guna pen guna buku bukan guna cangkul.. Tapi dia tak tahu saya ni risau camnelah nanti.. menangis tak dia.. yela, nak kene tinggal sorang2 kat sekolah... adehhhh... Ni lah ibu2, anak takda pa2, si ibu lebih2 risaunya... Tengoklah, tahun depan kalau ikutkan kiraan tahun, umurnya dah 5 tahun.. bolehlah hantar tadika dekat taman ni agaknya..

Ok, sebelum terlebih meleret, saya stop dulu la yer.. Pada mulanya ingat nak tulis pasal Aqilah je tapi dah campur sekali cite Alisha... Ni baru anak 2 orang, nanti anak dah 3 orang, satu entry 3 cerita.. hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 7 comments.. read them below or add one }

Mimi Azirah Mimi Azirah March 14, 2014
aiiii dua dua rajin ank kak ina nih..bgus2
tifaanvar tifaanvar March 14, 2014
smga dh ade adk nnti kakak isha n kakak qila rajin jaga
Fiza Rahman Fiza Rahman March 14, 2014
Hehehe...ramgam anak² kan ina. Sambil baca sambil tersengih2 ni. Aqilah ni mesti jenis kalau dia nak...dia nak buat jugak kan ☺☺
Myra Jay Myra Jay March 14, 2014
Bertuah Ina dapat anak2 yang rajin.. :)

Comel tul diorang ni, Aqilah pun da pandai posing :D
Maria Firdz Maria Firdz March 14, 2014
Hehe... Comel keduanya... Insha Allah.. De adik nnt blh harap jaga adik ni...
azizah :) azizah :) March 14, 2014
bestnya anak2 perempuan.. boleh tolong ibu kemas rumah..
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra March 18, 2014
hihi, alhamdulillah, untung akak dpt anak yg rajin, nnt bila akk dlm pantang sng la nk mntak tlg diorang buat kja ringan2..

alisha memang, klu hantr voice wechat tu, laju ja ckp...hihihi