Pengumuman Mini Giveaway #23

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk buat MINI GIVEAWAY... Sebelum tu, saya nak bagitahu, MULAI MINI GIVEAWAY #23, HADIAH YANG SAYA TAWARKAN SEMUANYA BERKAITAN DENGAN ANAK2 JE YER... Opsttt jangan salah paham, u all yang belum kahwin or belum dikurniakan anak pun boleh jugak join.. mana tahu jadi rezeki u all, boleh jugak bagi hadiah tu dekat anak2 sedara ke kan... Tapi jika saya ada rezeki lebih, InsyaAllah saya akan bagi jugak hadiah untuk kita yang besar2 ni, tapi sebagai hadiah sampingan je la, untuk anak2 tu adalah menjadi keutamaan... contohnya camni, jika bulan depan saya ada rezeki lebih, so, saya beli sesuatu untuk kita yang besar ni.. kiranya untuk bulan depan, akan ada 2 cabutanla, satu cabutan untuk anak & satu cabutan untuk kita yang dah besar ni... Saya saja nak buat pembaharuan ni... entahla kenapa.. tapi saya rasa kalau anak2 dapat hadiah, kegembiraan mereka melebihi dari kegembiraan kita dapat hadiah... saya suka tengok anak2 gembira.. seperti mana anak2 saya gembira dapat hadiah walaupun sekadar hadiah yang hanya beberapa hengget tapi kegembiraan anak2 saya tunjukkan tu dah gaya macam saya bagi hadiah yang beratus harganya.. terharu saya melihat keikhlasan mereka menerima hadiah.. InsyaAllah, jika anak2 ahli syurga saya ni gembira, pasti anak2 ahli syurga u all jugak gembira... (",)


Semalam kami ke TESCO, alaa TESCO kan port favorite kami..hihii.. Niat di hati saya nak beli baju untuk buat HADIAH MINI GIVEAWAY #23.. Bila dah sampai area baju, saya belilah 3 helai, 2 helai untuk anak 2 solehah saya ni & sehelai untuk dijadikan hadiah MINI GIVEAWAY #23.. 


Ini gambar baju yang untuk dijadikan hadiah MINI GIVEAWAY #23... Baju T-shirt saiz 6T.. Ohya, 6T ni bukan untuk anak2 umur 6 tahun yer tapi itu hanya sekadar saiz... Baju ni rasanya lebih sesuai untuk anak perempuan sebab baju ni, bukan jenis T-shirt lurus tu tapi di pertengahan jalan ada bengkok sikit.. Untuk Alisha yang berumur 3 tahun lebih, baju ni tak muat tau.. eh, bukan tak muat tapi ngam2 je, maklumlah, dah dia pun dah makin membolatkan.. Mini Giveaway #23 ni nanti, siapa2 pun boleh join, tak kira u all blogger or tak.. u all ada anak or tak.. anak u all lelaki ke perempuan ke, semua tu saya tak kisah.. seperti yang saya bagitahu awal tadi, jika u all menang, baju ni boleh je u all hadiahkan dekat anak2 saudara u all.. InsyaAllah (",)


Ni pulak gambar Alisha & Aqilah menggayakan baju baru dia.. tak basuh lagi tau ni u all.. Aqilah boleh pergi ambik dari dalam bakul baju kotor, suruh bagi pakai.. Dah bagi pakai, bukan main seronok.. bukan main teruja.. tu yang saya terus ubah pikiran, lepas ni semua hadiah Mini Giveaway akan diberi kepada anak2.. InsyaAllah... 

MINI GIVEAWAY #23 AKAN BERLANGSUNG PADA 31/03/2014 DARI PUKUL 7 PAGI HINGGA PUKUL 12 TENGAH MALAM HARI YANG SAMA...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 24 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim March 28, 2014
Assalamualaikum kak, bestnya! bagusnya buat pembaharuan giveaway untuk happykan anak2 syurga ni.. sheila sokong 100%.. heheh tengoklah anak kak intan ni, ceria sungguh ~~~
ida =) ida =) March 28, 2014
insya allah nak join =)
AnonymousAnonymous March 28, 2014
alhamdulillah...hope ada rezeki aisya n aeera.. hehehe.. :)
Dingdang Dingdang March 28, 2014
nak mencuba nasib jugak :)
mama lynn mama lynn March 28, 2014
anak dara lynn tu lebih kurang saiz aqilah je... boleh la join ye =)
Unknown Unknown March 28, 2014
Wah... comel je alisha tu... lama dia x kacau akak dlm wechat
Unknown Unknown March 28, 2014
wahhhh.. Zara nk join jg ni.. kalo ada rezeki bole bg anak2 buah.. yeayy ! =D
Unknown Unknown March 28, 2014
menarik ni.. Heeee :)
Unknown Unknown March 28, 2014
x sabar nk join. cntiknya ank dua org ni dngn baju baru
Puan Kutu Puan Kutu March 28, 2014
Insyaallah klu sempat akan join.mana tu rezeki anak..

betul in anak2 ni lu dpt hadah gembiranya lebih dr kita yg besar ni..shawl haiah ga ina dh lama smp tp td baru sempat ambil kt os laj.esok sy up entry..nti dtg sni lg komen..tak sempat ina,busy..:)
ezy azira ezy azira March 28, 2014
comeynya..saya yg dh besar2 ni pon suka baju cute2 cm 2..
Mimie Mimie March 30, 2014
Memg cantik bju ttuh...nti nk join jugak
Mimie Mimie March 30, 2014
Memg cantik bju ttuh...nti nk join jugak
QasehnyaRania QasehnyaRania March 31, 2014
assalam
bertemu kembali.hihi
ina anak beranak sihat ke?
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 31, 2014
salam K.Ina..

hihi..alhamdulilah..
cantik la baju2 tu..cute..
cma dah join ^
shahdiana shahdiana March 31, 2014
alahai dua beradik ni...happy je ye dapat tshirt baru...ibu dia murah rezeki..dah tentu rezeki tu untuk anak2 sekali kan...satu family... :D
sal ya sal ya April 01, 2014
Comel je. Design bj pn cantik2.
lynndamya lynndamya April 02, 2014
Owhhhhh ini rupanya maksud baju size 6T, haha maklumlah lama tertinggal bace entry...bila baca semula, bace dpd paling latest ke paling lama, gini lah jadinya, hehe :p