Punca tidak digalakkan menyusu ketika mengandung

Bulan lepas punya checkup, saya tanya doktor samada ok or tak saya menyusu badan kan.. first sekali doktor tanya saya susu saya banyak lagi or tak.. Jawapan saya tak la kan.. Memang susu saya tak banyak dah pun u all.. Susu saya dah drop seperti mana ketika mengandungkan Aqilah dulu jugak.. saya dah start rasa tak selesa gak time Aqilah menyusu tu sebenarnya.. Lepas tu doktor tengok rekod saya ketika mengandung anak pertama & kedua.. dia kata takda masalah apa2, so, takda masalah untuk saya terus menyusu Aqilah... dalam kes ni, saya dah buat satu keputusan sebenarnya samada nak teruskan or tak.. Nanti saya story di entry lain..

Di entry ni saya nak cerita dekat u all apa yang doktor cakap antara SEBAB MUSABAB SESEORANG TU TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU KETIKA MENGANDUNG... Kita TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU jika kita adalah masalah.. antaranya

# Jika kita sakit perut yang terlalu kuat
# Terdapat pendarahan
# Pernah mengalami kelahiran anak pra matang
# Pernah mengalami keguguran

Sebab apa jika ada masalah2 dekat atas ni kita tak boleh menyusu?.. puncanya kita mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon Oxytocin.. kira macam takut penyususan kita tu akan menyebabkan banyak hormon tu dikeluarkan & merangsang rahim untuk mengecut.. Atas alasan ni jugak doktor yang saya g checkup tu tanya samada susu saya banyak or tak.. Jika banyak dia pun bimbang jugak.. tapi saya cakap susu pun sikit je kan.. so, takda masalah la... Bila rahim kita mengecut tu yang jadi masalah tu.. u all paham2 je la kan lebih2 lagi jika di awal2 mengandung.. takut pengecutan tu terover banyak plak..

Ini dari apa yang doktor terangkan dekat saya la.. Tapi u all boleh dapatkan pendapat dari doktor u all sendiri...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Punca tidak digalakkan menyusu ketika mengandung

{ 13 comments.. read them below or add one }

Mimie Mimie March 17, 2014
Ok bru paham kenapa tak digalakkan sangat menyusu time pregnant
Unknown Unknown March 17, 2014
nice sharing kak ina :)
PetakBunga PetakBunga March 17, 2014
rezeki dia setakat tu untuk susu ibu.
yang penting semua nak sihat, kakak dengan bakal adik nak jaga.

Rozita Ceritaita Rozita Ceritaita March 17, 2014
yup..betul tu..saya pun pernah rasa false contraction masa ngandung anak no 3.. bila menyusukan si abg..contraction jadi kuat.. bila stop dia slow balik..

apa pun semoga si ibu dan baby selamat ok..
msredcheesecake msredcheesecake March 17, 2014
kalau membahayakan, tak apalah kot stop susu badan....
Fiza Rahman Fiza Rahman March 17, 2014
Ina...nnt boleh buat tandem nursing.
Unknown Unknown March 17, 2014
semoga ina dan kandungan baik baik saja..
shahdiana shahdiana March 17, 2014
btoi ina...yg yn tau bila nyusu time ngndung takut gugur...sbb rahim mengecut tula...
Unknown Unknown March 17, 2014
hermmmm itu la yg shima rasa masa prgntkan afiq... sambil aqil nyusu walau hanya utk tido... tp sekitar ari2 sgt sakit.. setiap hari lah... bila kandungan dah dekat 3bln br la shima stopkan terus nyusu aqil... 2hr je nanges dan dia terus ok tanpa nenen :)
Maria Firdz Maria Firdz March 18, 2014
Ssaya juga pernah menyusu ktika mengandungkan anak kedua... masa tu kndungan msih awal tapi ada lebih kurg 4 bln je nk cukup 2 tahun si kakak.. jadi tekad dan kuatkan smngt untuk teruskn cukup 2 thn... Alhamdulillah, cukup 2 tahun kakak mudah sgt nk berhenti...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 18, 2014
salam k.ina..

oo..
cma pernah tau pasal pengecutan rahim ketika menyusu dlm proses berpantang..so mmg tak digallakkan menyusukan baby kalau pregrant..

thanks sharing info
Unknown Unknown March 30, 2014
Ya betul tu.. leh sbbkan pegecutan rahim