Sebelum ni saya dah bagitahu u all yang Aqilah dah start belajar FREE DIAPERS DI SIANG HARI kan... Masuk hari ni baru hari ke 4... Alhamdulillah, bagi saya tak susah sangatlah nak FREE DIAPERS or POTTY TRAIN Aqilah ni sebabnya saya ajar Aqilah pun dalam keadaan enjoy... Walau hakikatnya, banyak kali jugak anak dara solehah saya ni terkucil.. Tapi takpa, itu semua tak pernah buat saya untuk menyerah kalah kerana saya tahu, UNTUK BERJAYA KITA JANGAN MUDAH MENGAKU KALAH..!!
Untuk pengetahuan, di usia Aqilah SETAHUN 5 BULAN, dia dah start tak nak pakai pampers.. Memang mempunyai cabaran mengajar anak free diapers di usia begini... Yela, Aqilah MASIH BELUM PANDAI CAKAP & BELUM PANDAI BAGITAHU YANG DIA NAK MASUK TANDAS... Masa saya ajar Alisha free diapers, time tu umur Alisha dah 2 tahun, time tu jugak ALISHA BELUM PANDAI CAKAP TAPI DAH PANDAI BAGITAHU NAK MASUK TANDAS... Tapi takpa, TAK PANDAI CAKAP OR TAK PANDAI BAGITAHU UNTUK MASUK TANDAS, itu bukan halangan untuk saya terus ajar Aqilah free diapers.. kan saya dah banyak kali cakap bahawa anak2 kita ni, bukan tak pandai sesuatu perkara tapi dah kita tak ajar.. tu yang kita duk cakap anak kita tak tahu tu... cuba kalau kita ajar.. InsyaAllah, anak kita pasti tahu or pandai.. Anak2 ni kan dia cepat belajar & cepat paham... Cuma kita ni je samada rajin or malas nak mengajar... tapi untuk anak kita.. takkan kita nak biarkan sifat malas tu terus merajai diri kita kan sayang sayang... (^_^)
Mengajar anak free diapers ni jugak, kita kena ajar dalam keadaan happy2 tau..takleh marah2.. bukan pe, takut kalau sifat marah kita ada time tu, kang tak pasal2 anak kita kena.. yela, tak mustahil time ni anak kita akan terkucil di situ terberak di sini... Macam Aqilah, dah beberapa kali terkucil tau.. Itu pun sebab saya terleka sekejap untuk bawak dia ke tandas.. Ohya, selain tu jugak, kita kene tengok anak kita tu minum air banyak or sikit dari biasa... kalau banyak, maksudnya kerapla u all kena bawak ke tandas tau... Macam saya ni, saya terlupa yang Aqilah banyak minum air, tu yang sampai terkucil... kira saya dah salah agak pasal time Aqilah sepatutnya ke tandas...
Perkembangan terkini Aqilah pasal free diapers, saya dah nampak Aqilah dah mula memahami apa maksud kencing... Sebabnya macam ni, tadi Aqilah terkucil.. lepas tu time saya bawak dia pergi tandas, saya cakapla "Siapa yang kencing dalam seluar tadi".. Lepas tu Aqilah terus tunjuk dengan jari telunjuk ke arah diri dia sendiri... Lagi satu pulak, bila saya nak bawak dia pergi tandas untuk buang air kecil, saya bukak seluar dia & cakap "Aqilah pergi kencing dalam tandas".. Lepas tu terkedek2la anak saya ni masuk tandas & terus mencangkung... Alahaiiiiii nampak tak u all... Aqilah dah mula paham kan maksud kencing tu u all... Sekarang ni target saya nak bagi Aqilah pandai inform saya bila dia rasa nak buang air kecil or air besar...
Ohya, pasal buang air besar pulak, Alhamdulillah setakat ni saya masih lagi belum terleka bab ni.. saya masih dapat detect time bila anak solehah saya tu nak membuang air besar... so, bila nampak je dia tengah buat muka berkerut gaya nak meneran, cepat2 saya bawak dia pergi masuk tndas...
Dah panjang dah saya karang ni haaa... Nanti2 saya upate lagi pasal free diapers Aqilah ni yer... Mana tahu ianya boleh jadi panduan jugak untuk u all next time free diapers anak di usia Aqilah.. Tapi kalau ada yang nak tahu tips or cara saya free diapers Alisha di usia 2 tahun, klik link di bawah tu yer... Btw, kalau ada antara u all nak tanya or nak berkongsi pendapat or apa2 je, bolehlah tinggalkan komen yer.. (",)