Aktiviti bermanfaat bersama anak

Saya ni otak kadang2 duk berpikir gak apa aktiviti yang nak buat dengan anak2 ni yer.. Nak bagi aktiviti yang agak2 fun la jugak kononnya... Alisha ni plak duk cakap kat saya, "Ibu, Isya nak buat kek".. So, datanglah idea saya nak bagi dia buat kek..


Saya beli tepung kek segera jenama NONA je pun u all.. Dah kata pun ibu dia memang tak reti bab2 ni kan.. sekadar nak menunaikan hajat si anak nak buat kek.. kata ibu yang penyayang.. hihii.. 


Alisha dah bagi idea apa aktiviti yang dia nak buat, so, takyahlah saya nak pikir2 beria sangat, senang anak dah pandai bagi idea.. (",) tugas saya hanya masukkan bahan2 dalam bekas je.. Yang tukang putar si Alisha ni la... Sampai 2 belah tangan dia pegang.. Jadilah sayang.. asal kamu rasa selesa...


Ni yang dah siap, nak tunggu masuk oven.. Ibu dia bukan reti pun samada adunan tu dah ok ke belum.. dah kembang ke belum.. main tibai je ni... hahah


Wajah 2 beradik selepas siap buat kek.. Nampak tak mulut Aqilah tu haa.. Kek belum masak lagi, tapi dia g ambik rasa yang baki2 adunan dalam bekas tu.. Sambil makan sambil cakap "dap dap..".. Yang si kakak duk perasan dah.. tersengih2 sambil cakap "Aqilah, kakak masak sedap?"..


Inilah kek hasil Alisha "putaran" Alisha tu yer... Merekah boleh tahan jugaklah kek ni.. Lepas tu bahagian atas dia tu rangup sikit.. bahagian dalam dia lembut.. Eh, kan dah kata ibu dia ni tak reti buat2 kek ni.. masuk oven tu pun, main tibai je suhu dia tau.. ahhahahha... tak kisah la u all.. sebab motif saya buat kek ni untuk meluangkan masa dengan alisha dengan menunaikan hajat dia nak buat kek.. Kononnya memanfaatkan masa berkualiti dengan anaklah katakan.. hihii.. Ohya, bab rasa dia plak, bagi saya biasa2 je u all... yela, kan beli tepung segera, so, gula dia dah siap letak dalam tu.. bagi saya agak manis la.. kalau kurang sikit manis mesti lagi sedap.. Apa2 pun saya happy sebab anak saya happy.. Nampak tak wajah 2 beradik kat atas tu, bukankah itu muka ceria.. hihi.. Dah siap masak, Alisha duk telefon opah dia la acu dia la atuk dia la.. semata2 nak gtau dia masak kek.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 30 comments.. read them below or add one }

Syeeda Syeeda March 07, 2014
dah pandai anak-anak dara akak wat kek. Mesti rajin ni.. =)
Unknown Unknown March 07, 2014
wah dalam cakap nak buat dah siap ye... best alisha
Tie HT Tie HT March 07, 2014
menjadi kek dia, naik elok jer
talented alisha ni :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 07, 2014
salam k.ina..

alahai..comelnye alisha ni..nk nmpk ladies.. hihi ..aqilah pun makin berisi tgk bdn die..

rajinnye alisha nk wat kek..
alhamdulillah...
Unknown Unknown March 07, 2014
yang penting time well spend ngan anak2 kan kak? :)
Mimie Mimie March 07, 2014
kalau saya buat kek cheese mesti aina n auni nk dtg tlg kak ina..
Ardini Humaira Ardini Humaira March 07, 2014
dni buat kek selalu guna tepung ni. tak pernah tak mereka. konfem merekah guna tepung nona. tapi sedap. hehe...
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN March 07, 2014
heheh pandainya alisha ye dtg idea ni nk mask kek,,

mase2 yg mcmnilah sgt bnilai kn kak ina=)
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa March 07, 2014
da lama xjenguk sni, dah berubah da blog akak..btw cpt ja besar aqilah...makin cute alisya :) moga jdi anak yg solehah :)

clincell tu ada bg rm50 slain bg try produk :)
Unknown Unknown March 07, 2014
ibu isha dh ade assistant blhlah lps ni asah baking skill lagi
Anizz Annisa Anizz Annisa March 07, 2014
gebu keknyee..heheh.. pandai dh anak dara akak.. :)
akmahika akmahika March 08, 2014
Nampak sedap jer kek tu..mintak sikit boleh tak Alisya?hehe
Sya Sya March 08, 2014
bagus aktiviti mcm ni..lama2 budak boleh minat msak..nnti dah besar,mesti rajin tolong ibu kat dapur..
ewanthology ewanthology March 08, 2014
dah besar nnt mesti terer buat kek.
AnonymousAnonymous March 08, 2014
Iyelah ina yg penting family time tu kan...tp mmg jadik la...kalau js pun lum tentu lg...hehe..

Nti kalau free blhlah singgah kt butik online js ye...
http://butikleesha.blogspot.com
Kekzamanis Kekzamanis March 10, 2014
Bagus jugak aktiviti macam ni.. Melatih sel2 otak anak2 berhubung..
lizz lizz March 10, 2014
Amboi bestnyer alisha buat kee..auntie nak sikit...
Ina lizz nak gambar ina hari tu lizz dah komen n email ina utk buat kad birthday ..
Mungkin ina tak dapat kot...
Razucute@yahoo.com
Deq's Qienz Deq's Qienz March 10, 2014
aloloo rajinnya diorgnya tlg ibunya yerr..tahniah kak ina for a gud news..i'm so happy for u :D
mama lynn mama lynn March 10, 2014
antara aktiviti yg best jugak ngan kiddos..
Permata Malap Permata Malap March 10, 2014
wah, Alisha buat kek..okla tu,kak..kegembiraan anak tu yang paling penting.;)
aziazib aziazib March 11, 2014
sy pn fail bab buat kek ni. oven pn xde... huhuhu
Unknown Unknown March 11, 2014
Alhamdulillah..hubungan semakin rapat...kek pun dpat..sedap kek tu
Miss Pija Miss Pija March 12, 2014
haihh...dah lama tak buat cake...ini menambahkan lagi smngt saya untuk buat sbb anak2 akak pn dah start buat ni.
shahdiana shahdiana March 13, 2014
kita ibu ayah ni sedaya upaya nak bagi anak2 happy kan...im trying my best tau...
Unknown Unknown March 13, 2014
kalau waktu saya umur aleesya. xdenya saya nak buat macm nih hehe
ietams ietams March 14, 2014
seronoknya membaking dgn anak² dara.
enjoy nya nampak terserlah sangat tauuu,,
jeles betul tengok..huhuhu..
Myra Jay Myra Jay March 14, 2014
Wahhhh rajinnya kakak Alisha.. pandai dia buat kek..hehee
Maria Firdz Maria Firdz March 14, 2014
Mmg itulah mnfaatnya.. Lpas buat dpt mkn.. Anak suka ibu pun bahagia...