Cara atasi anak gagap

Saya perasankan lebih kurang bulan 12 tahun lepas or bulan 1 tahun ni, tiba2 anak solehah saya si Alisha tu jadi cakap macam gagap sikit tau... Contoh macam nak sebut Ibu, dia sebut "Iiii iii iii Ibu.. bla bla bla..".. Serius, saya memang jadi susah hati.. Ibu mana tak susah hati tengok benda2 camni kat anak kan.. Risau plak, kang sampai besar... Alisha ni akan makin menjadi2 gagapnya bila dia nak cerita sesuatu dengan cepat.. Spesis ikut ibu dia ni, jenis cakap laju... Tapi tu sebelum ni la u all.. Alhamdulillah sekarang Alisha dah cakap ok, takda gagap dah... nasib gak sekejap je gagapnya datang.. Uishhh sekejap pun, cukup buat ibu dia risau tau... So, saya nak share kat sini cara saya buat dekat Alisha supaya cakap elok, takda gagap2 dah..

Saya selalu marah Alisha bila dengar dia mula nak gagap... Tapi takdalah saya marah sampai menjerit tu tau.. Volume suara saya tetap sama cuma nada suara tu tegas... Contoh ayat yang saya cakap "Alisha..!! Cakap elok2!! Jangan duk cakap iiii iii iii ibu".. Saya akan tegur Alisha setiap kali dia nak jadi cakap gagap... Sampai satu tahap, saya tak perlu keluarkan suara..cukup sekadar saya bulatkan bijik mata je... hahha... Bila saya selalu tegur dia pasal dia cakap gagap tu, so, secara tak langsung dia ingat tau u all... Bila dia ingat, secara automatikla dia betulkan cara dia cakap... kira macam dia baru nak cakap gagap, tapi tiba2 dia teringat ibu dia marah, terus dia betulkan percakapan dia.. Camtu je saya buat u all.. Just tegur bila dia dah mula nak gagap.. Lama2 dia ok sendiri.. 

Btw, saya ada gak google pasal ni.. katanya budak2 besar Alisha ni normal kalau gagap sebab ianya sekejap je.. nanti akan hilang... Tapi saya sebagai ibu, takkan nak tunggu hilang sendiri camtu kan.. entah berapa lama baru hilang... kalau makan tahun naya jawabnya... tu yang saya guna cara saya sendiri dengan tegur Alisha.. nasiblah sebulan dua je jadi gagap tu.. Ohya, saya ada baca kita boleh control gagap ni dengan cakap slow.. takyah laju2 sangat.. kira macam bila rasa nak gagap tu, kita tarik nafas & hembus & baru cakap.. Tapi tips ni saya baca untuk orang dewasa.. tips untuk budak2 cam Alisha ni takda plak jumpa.. lagipun, Alisha ni saya suruh tarik nafas, dia boleh gelak2 plak tengok saya ajar dia buat camtu... ahhahha.. Tapi tak kisahla, sebab cara yang saya buat dengan tegur Alisha tu berkesan.. Sekarang ni, Alhamdulillah dah takda gagap... 

Nak update gak pasal Alisha sikit... Alisha ni sekarang dah kurang bahasa German.. Eh, actually kalau sembang2 dengan kita, memang takda keluar pun bahasa German.. Bahasa German tu hanya terkeluar bila dia sembang sorang2 or dia sengaja nak ajuk cakap Aqilah... Bila dah petah cakap ni, bukan main banyak cakapnya u all... Maklumlah, dah nak jadi kaklong kepada 2 orang adik la katakan.. (",).. Haa saya ada gak update pasal dialog2 Alisha ni dekat FB saya kadang2.. So, kalau u all nak tahu gak perkembangan2 Alisha ni selain dari blog, boleh add FB saya yer.. (",)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Cara atasi anak gagap

{ 17 comments.. read them below or add one }

Ahmad Zu Mal Md Rayi Ahmad Zu Mal Md Rayi March 03, 2014
Petua yang berguna utk ibu-ibu yer :)
Muhammad Taufiq Muhammad Taufiq March 03, 2014
Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)
lynndamya lynndamya March 03, 2014
Salam kak, wahh lama jugak tu sebulan dua jadi gagap, mmg risau lah kan..kesian klw xhilang2 gagapnya..bagus cara akak ni, hehe :D
syawalsimpsons syawalsimpsons March 03, 2014
alisha sama ngan syawal, bezanya alisha banyak cakap..syawal ni pemdiam...insyallah kalo sue datang umah ina lagi pasni, mungkin ina akan dengar syawal berceloteh...tp kena dengar betoi2 sebab dier banyak berceloteh dalam bahasa inggeris
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN March 03, 2014
salam kak ina,, siapa yang tak risau kan kak, sebabtu kena tegur awal kan, takut budak2 terbiasa nnt,hehe
Azi Azi March 03, 2014
xtahu pulak pasal gagap ni boleh jadi secara tiba2 ye... setakat ni xpernah melalui situasi ni...
:: Mrs.Eady :: :: Mrs.Eady :: March 03, 2014
ehhh....cantik rumah baru!
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ March 03, 2014
salam k.ina..

aaaa.. betul2..cik seri tu pun ade mase gagap dia datang, nk sebut 'ummi' punyelah lama..
"uu.uu.uu.uu.uumiii" jenuh nk bulatkan bijik mata ni.,..
mmg mcm tu ke kak ina..? anak2 besar mereka ni gagap..?huhu
Petak Bunga Petak Bunga March 03, 2014
sy pun gagap gak kalau nk ckp cepat2.. mesti hilang word
Mas Zull Mas Zull March 03, 2014
assalamualaikum intan...kekadang mmg ada budak yg mcm tu tapi kena awal2 la buat mcm cara intan ni...;)
Shima Salleh Shima Salleh March 03, 2014
aqil dulu pun mcm tu sekejap. Afiq pun hr tu ada jgk lepas tu hilang...
azizah :) azizah :) March 03, 2014
kalau cakap laju kan.. kdg2 kita dewasa ni pon gagap..hehe
Fiza Rahman Fiza Rahman March 04, 2014
Qahirah pernah gak ckp gagap2. Tapi sekejap jer lah lpas kena tegur ngan ibu dia ni.
Mimi Azirah Mimi Azirah March 04, 2014
kalo anak gagap memg kita akan riso kan kak ina..rse lmbrt aje nk tggu die keluarkan ayt tuh..hahaha
shahdiana shahdiana March 04, 2014
budak-budak baya alisha ni memang la kan..anak yana pun dulu ada kejap part gagap ni keluar...hihihihi..tapi tak lama la....so jangan risau sangat ye
AnonymousAnonymous May 10, 2014
tapi saya masih gagap walaupun unur saya 31

AnonymousAnonymous April 11, 2016
ank sy gagap..risau saye dibuatnye..bru terjdi bulan lpas....klu ckp susahh nk kluarkn semua..contohnye aaa aaa aayah...nk mulakn tue susah..lme sbotnye..risau sy