Ikan Cencaru sumbat sambal & air asam

Tengahari tadi u all makan nasi lauk apa yer?.. Hari ni saya masak IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL.. Ikan cencaru ke ikan jaket ke ikan kerah ekor ke.. samala tu tau.. nama je lain2.. (",)


Tadaa inilah IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL yang saya masak tengahari tadi.. Apa ada hal dengan warna hitam tu.. hitam tu kan menawan... ahhahhah.. Actually warna je hitam.. hitam sebab garing bukan sebab hangit... Saya memang suka goreng ikan ni garing2 tau u all.. baru rasa berselera sikit makan.. Makan IKAN GORENG SUMBAT SAMBAL dengan nasik panas2 cicah pulak dengan air asam.. Ya Allah.. super duper sedap.. belum ditambah pulak dengan perut yang lapar tu... hambikkk.. sepinggan nasik tak cukup hokey..!! Kalau masak ikan cencaru, bagi saya, lawan dia mesti dengan air asam.. takda air asam, tekak ni rasa ada kekurangan.. wahhhh gitu kekdahnya... muahhahah.. Opsttt tapi kalau u all tak suka air asam, makan IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL ni macam tu je pun dah triple sedap tau u all.. man taknya, dia punya sambal tu.. menangis u all makan... sedap tak sedapnya.. dapat bayang tak kesedapan dia.. hihii


CARA NAK MASAK SAMBAL : BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + CILI KERING + BELACAN + AIR = BLEND PASTU TUMIS PASTU MASUKKAN AIR ASAM JAWA + GARAM + GULA = MASAK SAMPAI CILI TU BETOI2 MASAK TAU U ALL.. DENGAN KATA LAIN SAMPAI CILI TU TUKAR WARNA JADI MERAH GELAP... BILA BETOI2 MASAK, BARU DIA RASA SEDAP.. RASA DIA LAIN TAU.. TAK RETI NAK EXPLAIN.. LAGI SATU, JIKA TAK MASAK, TAKUT ADA YANG JENIS PERUT TAK TAHAN, KANG MULA MASUK TANDAS PLAK.. BILA SAMBAL DAH MASAK = SUMBAT SAMBAL TU DALAM IKAN CENCARU YANG DAH DIBELAH BELAKANG TU.. OHYA, SEBELUM TU, SAPU BADAN IKAN TU DENGAN GARAM & KUNYIT DULU YER PASTU GORENG.. SIAP..!!




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 22 comments.. read them below or add one }

Masya Masya March 20, 2014
saya paling suka cicah ikan cencaru dgn air asam.. xpun ikan pari .. ikan lain mcm kurang sikit.. ikan keli goreng pun sedapp cicah air asam ni.. tp ikan keli leceh sikit nak bersihkan..
eima eima March 20, 2014
amiiinnn...

sedapnye aku tgk ni wei .lama tak mkn lauk ni ..huhu
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
lapar plak ptg2 ni tgk ikan cencaru tu.
Aswan Azmy Aswan Azmy March 20, 2014
suka makan yang bakar lagi..cicah dengan air asam..urmmp... :)
NzA NzA March 20, 2014
Nyum3x...sedap tu. Ank2 akak lbh suka mkn yg bakar.
ecah khalili ecah khalili March 20, 2014
menu kite sama..tapi ecah masak malam semalam.haha..
Syah Eida Syah Eida March 20, 2014
sedapnya.. lama tak makan ikan sumbat.
Ayu azmir Ayu azmir March 20, 2014
Nampak cam sedap... harus buat ni
Ayu azmir Ayu azmir March 20, 2014
Nampak cam sedap... harus buat ni
tifa anvar tifa anvar March 20, 2014
sedappnya... Caru sumbat ni. Dh lama x buat. Tak pernh try dngn air asam
nurfadilah suardi nurfadilah suardi March 20, 2014
wow sedap yer.terliur dan lapar lak tgk ikan ni.emmmmm
Joanna Yunus Joanna Yunus March 21, 2014
eh eh akak perasan sekarang adik manis akak ni rajin le upload gambar makanan....

Vitamin R menyerang ek...

sama le menu kita
shaFazie shaFazie March 21, 2014
makan dengan nasi panas2 perghh sedapnya hihi
jaakechik jaakechik March 21, 2014
jaa panggil ikan ni ikan kerongan... muahahaa.... ikan ni memang sedap kalao buat sumbat tak kira goreng atau bakar.. sedap bahn sumbat tu... maka sedap ler dia.. heee!
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ March 22, 2014
salam k.ina..

hahaha.. akak buat pewot cma kreuk kreukk dah ni..
sedpanye cencaru sumbat...cicah air asam lagi.. nyum2 ^^
ayut ayut March 23, 2014
Ayut suka cencaru bkar..nyummy!sedap sungguh..huhu
shahdiana shahdiana March 24, 2014
wah..ada2 je resepi ina ni ye... syabas ina...esok2 jangan lupa buat buku resepi pulak..bagi hadiah GA... :D
Mimi Azirah Mimi Azirah March 24, 2014
Uitty memg sedap sgt nih kak ina
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
ikan peberet ni. mmg suka sgt kalau buat sumbat.tpi kalau su buat su x masak dulu sambal kelapa tu. terus sumbat n goreng garing. cik abg suka bakar. mcm biasa dua versi.hihi