Latih anak jadi anak yang rajin dari kecik


Alhamdulillah saya dikurniakan anak2 yang rajin.. Rajin menolong.. Kalau suruh, terus buat.. Eh, tapi ada jugak time yang kalau saya suruh Alisha tapi dia tak buat.. tu pun tak banyakla.. boleh kira dengan jari je.. biasanya dia rajin.. tak suruh pun dia sendiri buat.. dia dah tahu apa yang patut dia buat.. Macam dalam gambar atas tu, semalam Aqilah main apa ntah pastu tertumpah.. dia pun cakap kat saya "Ibu, nak ambik batang mop.." Saya tanya kenapa.. Alisha jawab "Aqilah buat tumpah".. Itu yang dia masuk tandas ambik batang mop tu... Ohya, perasan tak Alisha angkat @ kepit seluar dia tu.. Pandai plak dia buat camtu sambil mop takut seluar dia kotor.. dah gaya macam orang besar..hihii

Kalau u all pembaca blog saya dari dulu, mesti dah banyak baca kisah pasal anak2 saya yang rajin menolongkan.. siap bergaduh 2 beradik semata2 nak buat kerja tu jugak... Cara saya latih anak2 saya ni, dari dorang kecik2 lagi saya dah bagi dorang buat kerja.. Eh, bukan maksud saya saya bagi batang mop, nah ambik mop umah.. bukan camtu... tapi perangai budak2 ni kan dia suka buat apa yang kita buat.. sebagai contoh, dia tengok kita mop umah, bukan ke budak2 pun sibuk jugak nak main batang mop tu.. So, time ni, bagi dia batang mop tu, suruh dia mop.. bagi dia rasa apa yang dia nak belajar tu... dorang tengah nak explore.. Jangan plak kita sekat dengan tak bagi mereka guna batang mop tu... Lagi satu contoh, macam kalau kita nak bersiang sayur.. anak2 pun sibuk jugak datang dekat kita nak main sayur tu kan.. time ni, jangan kita ambik dia g letak jauh2 suruh tengok TV ke dengan alasan tak ganggu kita... tapi kita ambik sayur, ajar anak kita camne nak siang sayur tu.. tapi suruh dorang guna tangan dah la.. koyak2 camtu je... janji apa yang  mereka nak tahu or nak explore tu tercapai... Dengan kata lain, buat aktiviti kita tu bersama anak2... Itu yang cara saya buat dari anak saya umur belum setahun pun lagi.. sebab time tu dorang dah pandai jalan so dah pandai gerak situ sini nak "mengacau" ibu dia...

Apa2 pun saya harap moga anak saya ni akan kekal rajin sampai besar & bila2 la... jangan plak masa kecik ni je yang rajin.. Tapi saya percaya pada kerajinan seseorang anak or apa2 je, adalah dibentuk sejak dari kecik.. So, jika kita nak anak rajin.. asuh kerajinan tu dari kecik.. nak bagi anak minat buku, asuh minat anak pada buku dari kecik..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 12 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim March 05, 2014
Assalamualaikum kak intan, wahh bestnya.. betul betul betul.ajaran dari kecik ni ha melekat sampai ke besar. in shaa Allah ~~~
lynndamya lynndamya March 05, 2014
Salam, kak..haaa sy yg belum jd ibu ni pun setuju dgn cara akak, sbb biasanya yg sy tgk, budak2 yg tgh membesar dan penuh rse ingin tahu ni dianggap 'mengacau' kita tgh buat kerja...jd, bila dia nak explore, asyik kena tegur xboleh itu ini, kena marah, so asyik terbantut je dan xdpt apa yg dia nak explore tu..
klw ajak ank2 buat sekali, bukan je dpt ajar anak2, tp akan jd lebih fun dan rapatkan hubungan (n_n)
good job, akak !
azizah :) azizah :) March 05, 2014
thanks tips kak ina.. boleh jijah guna pakai untuk hakimi nanti walaupon dia anak lelaki :)
permatabiru permatabiru March 05, 2014
setuju..bak pepatah..melentur buluh biarlah dr rebungnya..kna mulakan dr awal..
Mas Zull Mas Zull March 05, 2014
assalamualaikum intan...menarik2 info ini..;)
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ March 05, 2014
salam k.ina..
alhamdulillah..bagusnye anak2 dara ni..
hihi..kalo cma, anak2 yg rajin, maknye pulak yg malas..lps ni nk kena semat dlm diri.. kena rajinkan dri demi anak2.. :)
Puan Kutu Puan Kutu March 06, 2014
lepasni kena ajar afiapotong sayur la..skang ni dia menyibuk gak bila kita buat kerja.tp sy bagi sayur buat dia main bukan ajar cara potong.hehe
Myra Jay Myra Jay March 06, 2014
Yup, memang cara ni akan dapat asuh minda diorang.
Anak menakan myra laki, alahai suka pulak buat2 kerja masak ke, klau tengok myra gulung popia dia pun nak tolong, so myra bg kat dia suruh gulung sniri pastu lekat dengan gam.
Telur pun dari part kacau smpai menggoreng smua dia nak buat sendiri
shasha yacob shasha yacob March 06, 2014
tudiaaa alishaa, rajin bebenoww, xmacam saya kecik kecik dulu, saya tau main batu seremban je. hehehe
shahdiana shahdiana March 06, 2014
yana setuju dengan ina..nak apa pun yang jadi pada anak tu mestilah kita kena start dari awal lagi..maksudnya dari kecil la...bukan tetiba dah besar baru nak asuh memang tak jadila kan..macam pemain badminton & squash tu...dari kecil dah training tu pasal boleh jadi juara negara....
Deqla Manjew Deqla Manjew March 07, 2014
alhamdulillah... alisha mmg anak & kakak yg rajin ...
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN March 07, 2014
wah rajinnya alisha,hihih gaye mmang mcm org besa dh ni