Keputusan penyusuan dekat Aqilah

Asal saya mengandung je, susu mesti drop.. termasuklah mengandung anak ketiga ni pun.. Memang nampaklah Aqilah tak puas menyusu tau u all.. yela, dia duk hisap2 tapi bukannya meriah pun.. sekadar macam nak mengombeng jer.. Kesian saya bila tengok dia tak puas.. Lagi satu plak, saya sendiri pun tengah duk tahan rasa tak selesa bila dihisap.. tak tahulah sampai bila boleh tahan tu... Jika dah tak tahan dengan rasa tak selesa or dengan rasa kesakitan, maybe saya akan stop sepenuhnyalah penyusuan susu badan dekat Aqilah ni... Ye sayang.. memang sakit bila dihisap yer.. sebab ia dah kering.. saya tak rerti nak explain.. tapi time Alisha dulu pun saya dah rasa camni...

Bila saya asyik nampak Aqilah tak puas menyusu, so, keputusan saya adalah untuk CAMPUR PENYUSUAN AQILAH DENGAN SUSU FORMULA... KIRANYA SUSU BADAN + SUSU FORMULA... Bulan lepas saya dah start beli susu formula dekat Aqilah... Walaupun macam tu, secara real nya, Aqilah lebih banyak minum susu badan sebab ibu dia malas nak bancuh susu.. hahha.. Bila saya tengok susu dah kering sangat, baru saya bangun cepat2 buat susu dekat Aqilah sebab time tu saya sendiri dah rasa tak selesa..

Semalam Aqilah membuktikan dekat saya yang dia memang tak cukup susu.. U all tahu, tengah2 tido, dia terjaga sambil menangis.. biasanya saya sumbat nipple saya ni je la ke mulut dia kan tapi malam tadi dia tak nak tapi dia menuju ke tepi katil tempat saya letak air masak or air susu kakak dia.. Alahaiiii siannya saya tengok Aqilah.. dia dah mula rasa yang susu ibu dia ni dah takda sangat... Saya pun dukung Aqilah bawak ke dapur, bagi dia minum air masak.. Masuk bilik dia guling2 takleh tido, last2 saya sumbat jugak nipple ni dekat dia, baru terlena.. kiranya dia hisap nipple bukan sebab nak minum susu tapi sekadar nak mengonggong bagi dia terlena... 

Ohya, saya belikan susu ANMUM jugak untuk Aqilah.. seperti mana susu yang kakak dia minum... Alhamdulillah, Aqilah takda masalah minum susu ANMUM ni, maksud saya takdalah masalah sembelit ke or apa.. tapi ok je.. kira susu Anmum ni serasilah dengan dia kan... Anak2 saya ni, walaupun minum susu, tapi mereka minum dalam gelas plastik tau u all bukan dalam botol... maybe sebab mereka starting dengan direct breastfeeding so, mereka tak reti nak hisap susu botol secara serius, hisap main2 bolehla.. Botol susu ada beli masa zaman Alisha dulu, yela, dah anak orang ada botol susu, saya belilah jugak tapi saya terlupa yang anak orang yang saya tengok hisap botol susu tu, memang dari awal dah dididik guna botol susu.. anak saya ni umur setahun lebih baru nak kenal botol susu, mana dorang nak layan botol susu ni.. dorang layan macam mak pak dorang ni.. cawan gelas.. haaa yang tu layak untuk dorang.. hihii.. Apa2 pun, saya tahu, keputusan yang saya buat dekat Aqilah ni, InsyaAllah dah terbaik untuk dia... Setiap apa yang berlaku ke atas kita samada kita suka or tak, tapi adalah sebaik2 rancangan yang telah Tuhan bagi dekat kita.. InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Keputusan penyusuan dekat Aqilah

{ 16 comments.. read them below or add one }

NM03 NM03 March 20, 2014
eh, lama betol tak singgah sini...
syawalsimpsons syawalsimpsons March 20, 2014
alhamdulillah moga aqilah selesa dengan susu tu yee
Unknown Unknown March 20, 2014
kesian aqilah..takpe.. kalau ina larat nanti lepas baby lahir boleh tandem dedua..ganti balik masa kecederaan kata orang..mcm aqil dulu kami ganti balik setahun..so umur 3 tahun baru aqil stop bf..

lagi bagus kalau tak membotol.. nanti susah nak rentikan..saya pun kalau boleh tak suka sangat nak bagi susu dlm botol..tp sbb bekerja so takde pilihan..
Unknown Unknown March 20, 2014
ye la kesian aqilah kan... kalau arwah mak akak dulu dia tak kasi menyusukan anak kalau kita mengandung, ye la cakap orang tua2kan....

Qayyum dulu menyusu sampai umur 4 tahun lebih
Sumaiyyah 3 tahun lebih...
Unknown Unknown March 20, 2014
salam perkenalan.. salam singgah sini .. jemput singgah blog ye..
Mimie Mimie March 20, 2014
sian pulak kat aqilah tp nak buat mcm mne kan kak ina susu dah kering
Syira Lokman Syira Lokman March 20, 2014
intai apa la yg tuan blog update hari ni..hehe
lizz lizz March 20, 2014
ololo sian aqilah..takper la ina...janji dia minum susu lagipun ana dah berbadan dua...dulu kawan saya pun gitu..
tabiat bergayut ngan nipple tu sama ngan sara dedulu gitu la jugek..
Maria Firdz Maria Firdz March 20, 2014
Insha ALlah.. Allah tahu yg terbaik... kita hnya merncg.. Allah yg menentukan..
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
Tak per lah. Nak buat mcm mana kan ina. Sian plak bila aqilah tak puas menyusu.
jaakechik jaakechik March 21, 2014
Kesian aqilah.... apapun cerdik betul lah dia... suka tengok gelagat dia... hehehehe...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 22, 2014
salam k.ina..
huhu..nmpk gaya tu mmg dh kena campur dgn susu formula..

bagus kak, tak ajar minum botol..
cma ni punya susah nk ceraikan botol dgn diorg.. huhuhu
ayut ayut March 23, 2014
Aqilah pastinya blh pham..nk jd kakak dh tu . hihihi. Insya Allah.kputusan yg tbaik pastinya ;)
Unknown Unknown March 30, 2014
Xpelah susu formula pon.. jnji kenyang dia myusu...sian aqilah... nenen akak utk mengempeng jer..heee
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
sian aqilah.
smga dipermudahkan