Didik anak suka baby ketika mengandung

Ketika saya belum mengandung, saya tak nampak pun tanda2 anak solehah si Aqilah ni suka baby... Maksud saya, bila jumpa baby tu, takdalah dia nak g pegang or apa2 kan... Tapi dengan takdir Tuhan, bila saya mengandung je, automatik nampak Aqilah mula sukakan baby...


Pantang nampak gambar baby, mulalah nak pegang sambil mulut pot pet pot pet... Dah mula nampak ciri2 dah ready untuk jadi kakak dalam diri Aqilah ni..


Itu baru tengok gambar.. bila dah nampak baby real, mulalah nak main2 dengan baby tu.. cuma masalahnya cara Aqilah main tu ikut cara untuk umur dia.. lasak la sikit kan... Ohya, tau tak baru ni, dia pegang kedua2 belah kaki baby dalam gambar ni & nak buat macam kayuh basikal tu... hihiii.. Actually, selama ni memang dari kecik saya selalu buat dekat anak2 saya camtu... angkat kaki dorang macam kayuh basikal tu sambil kira 1 2 3... tu yang Aqilah pun nak tiru.. hihi.. Nampak tak ciri kakak kat situ... hihhi


Sejak dari mengandungkan Alisha lagi, saya dah didik anak saya supaya rapatkan diri dekat baby dalam kandungan.. Antara cara yang saya buat, saya akan bagi mereka usap2 perut saya sambil sembang.. Selain tu jugak saya ceritalah yang dalam kandungan saya ni adik mereka.. Dengan kata lain, dari awal lagi saya dah bagitahu yang mereka bakal dapat adik.. So, takdalah nanti bila saya dah bersalin anak2 terkejut dengan kehadiran adik baru kan... Bila mereka dah tahu bakal dapat adik, mesti mereka akan ternanti2 kelahiran adik baru tu kan...

 Alhamdulillah, cara yang saya guna ni, berjaya untuk Alisha.. Alisha memang sayang sangat dekat Aqilah.. Jangan sape2 nak ambik adik dia... Kalau dia nak g jalan pun, mesti bawak adik, kalau kita usik konon2 nak tinggal adik, siaplah dengar Alisha mengamuk.. hihii... Walaupun camtu, gaduh tetap ada.. adat lah tu kan.. Tapinya dari gaduh dengan baik, lebih banyak baik la kan.. Ini satu tips je yang saya tulis, tips lain, u all baca di entry lama saya yer... Malas nak ulas panjang2 benda yang sama.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 14 comments.. read them below or add one }

Sya Sya March 03, 2014
baguslah kak Aqilah ni ye..syg kat bby.. :)
Sheila Salim Sheila Salim March 03, 2014
Assalamualaikum kak intan. bagusnya tips kak intan... memang kena bagi si akak tahu kewujudan adik dalam perut kan.. nanti baby dah keluar, berebut la dua orang tu kang. hehehe comelnya baby ~~~
Rizziela Rizziela March 03, 2014
naluri seorang kakak
Ummu Athiyah Ismail Ummu Athiyah Ismail March 03, 2014
oo..macam tu yer..anak seterusnya in syaa Allah boleh lah try cara tu..tq for the info :)
syawalsimpsons syawalsimpsons March 03, 2014
sue egat lagi sue penah menyakat alisha nak amik aqilah..terus larik kat ina, ngadu la tu..kikiki
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 03, 2014
salam k.ina..

hihi..comel je tgk aqilah melayan bby tu..
time cma dulu, cma tak sempat nk 'dekatkan' seri dgn bby..
salah cma buat dia rasa terasing... huhuh..

alhamdulillah jgk,dlm terlambat tu masih sempat lagi..
Unknown Unknown March 03, 2014
ooh gitu... nak praktikkan untuk adik hakimi nanti...
Unknown Unknown March 03, 2014
alhamdulillah smga kakak isya dan kakak qila mnjadi kakak solehah, amiin..
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra March 03, 2014
sama la macam saya akak, saya latih adik solehah saya, tiap kali balik mesti tanya dia, bb kecik mana, dia akan tunjuk perut saya, then saya suruh dia kiss, dia siap kiss perut saya lagi, hihi
Nora Karim Nora Karim March 03, 2014
wah, dah tunjuk ciri2 seorang kakak Aqilah ni... hihi comel!
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda March 04, 2014
muke Aqilah bile dh bsar nie, nmpk gak mirip ngan Alisha ye.. ^_^
Fiza Rahman Fiza Rahman March 04, 2014
Nak jadi kakak dah aqilah ☺☺
Mimie Mimie March 04, 2014
kemain aqilah suke kat baby...alahai pndai btul die
Mimie Mimie March 04, 2014
kemain aqilah suke kat baby...alahai pndai btul die