Roti Tempayan @ Roti Payang yang sangat sedap..!!

Ini cite masa kami balik Terengganu tahun lepas.. Kena up cepat2 ni sebab InsyaAllah jika takda halangan bulan 6 nanti kami nak balik Terengganu lagi.. Nampak tak, dah nak balik Terengganu lagi sekali, tapi cite tahun lepas punya tak habis2 lagi... haihhh...


Saya nak kenalkan u all dengan RESTORAN NURUL ISLAMIAH yang terletak di alamat 438 A Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu..


Kalau u all pergi ke Kuala Terengganu, u all wajib singgah kedai ni tau.. nampak tak saya tulis apa tu.. WAJIB.. itu maksudnya kalau u all tak singgah & rasa kenikmatan roti tempayan @ roti payang bak kata orang terengganu, memang u all rugilah... Kedai ni wujud dah lama tau.. zaman saya kecik2 lagi dah ada.. Time abah balik kerja dulu2, mesti beli roti tempayan ni.. Alahaiii nostalgia nyer..


Roti tempayan ni u all boleh pilih nak lauk apa, kambing pun ada.. Tapi kalau u all tak makan kambing, ada lauk lain..



U all boleh order lauk daging cincang.. Dekat kedai ni ada lagi masakan lain macam roti canai, masakan panas & lain2 lagi... Tapi disebabkan roti canai tu dekat tempat lain pun ada, so, saya tak suggest u all.. kalau nak makan no hal je.. tapi roti tempayan kene order sekali tau.. sebab yang ni, dekat tempat lain takda... Eh jap, ada... saya pernah teringin sangat nak makan roti tempayan, my dear bawak g kedai mamak... beli roti nan maybe orang sini panggil roti tempayan ni roti nan kot.. Tapi percayalah wahai sayang2.. Rasa dia memang tak sama macam yang dekat kedai nih..!!


Inilah gambar roti tempayan @ roti payang tu... rasa dia tu, Ya Allah Ya Tuhanku... sedap sungguh..!! makan sekeping tak cukup.. tak reti camne saya nak cerita dekat u all berkaitan rasa dia tu.. Tapi yang pasti, saya dah tak larat nak telan air liur dibuatnya sambil karang entry sambil bayangkan kesedapan roti tempayan ni.. adehhh Confirm kedai ni akan masuk dalam list wajib terjah bulan 6 nanti..!! Roti payang, mung tunggu aku mari deh..!!


Ni gambar yang saya google... Nampak tak ada benda alah bulat sebelah makcik tu.. dalam tu lah dorang masak roti tempayan tu.. tempek tepi2 dinding benda alah tu.. eh, benda alah tu, tempayan la ek orang panggil kan? Kedainyanya simple je u all.. Tapi sebab kesedapan masakan dia tu, berpuluh2 tahun kedai ni bertahan tau... Nyum nyum sedapnya... huwaaa nak balik Terengganu...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 21 comments.. read them below or add one }

Sheila Salim Sheila Salim March 19, 2014
Assalamualaikum kak intan. wahhh roti tempayan. adoiii nak balik ganu juga la. ehhehe. dia ada banyak kedai kat tempat lain tak? sheila area Kemaman..
Masya Masya March 19, 2014
MAK DGN ABAH DGN ADIK NAK PG TERENGGANU.. WAJIB BG TAU DIA ORG NI HIHIHI.. KANG KEMPUNAN PULAK DAH BLK SINI....
syawalsimpsons syawalsimpsons March 19, 2014
kire macam roti naan la yee...mmm..nampak pon menyelerakan
Dunia Zumal Dunia Zumal March 19, 2014
Zumal belum pernah makan roti tempayan nie... Macam best jer :)
Unknown Unknown March 19, 2014
saya jenis suka makan roti2 ni.. teringin pulak nak cuba..tapi kami mmg jarang sangat ke terengganu.. kena plan nampak gayanya ni..
Mimie Mimie March 19, 2014
Oooo...roti nih...adehhh teryelan air liur sy dibuatnye
haryati haryati March 19, 2014
macam besh je ina... tengok roti tu
sue zainun sue zainun March 19, 2014
jarang gi KT..jauh sangat hehe :)
Unknown Unknown March 19, 2014
La apasal x updated awal2... ni yg buat nak g trengganu ni hehehehe
sueada sueada March 19, 2014
mmg sedap roti dia. kuah dia pekat and daging kambing dia sebiji2 (err... btulkn perumpamaan nie?)
Unknown Unknown March 19, 2014
huaaaa, malam malam baca entri kak ina pasal makanan nih terliuq pula saya heee
Dayang Deno Dayang Deno March 20, 2014
Deno tahu tempat ni kak... memang best!^^ Akak bila nak balik ganu lagi? cakap la kat deno ya, insyaallah ada rezeki boleh jumpa lagi kak :)
Shida Radzuan Shida Radzuan March 20, 2014
first time dgr kak ina :)
tq sharing mna tau pi terengganu blh cr tempat ni :)
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
1st time dgr roti tempayan. Kuah tu...nampak sedap.
jaakechik jaakechik March 21, 2014
husband jaa suka la roti tempayan ni... makan panas-panas lembut jaa tekstur dia.. tapi kalo bungkus bwk balik rumah kejap jer keras kejung...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 22, 2014
salam k.ina..

ha'ah.. rupa dia mcm roti nan..
mungkin rasa tak sama..
*sambiltelanairliur*
ayut ayut March 23, 2014
Nmpk dh xsabar nk blik trengganu.hahaha.masuk list jgn xmsuk.. :)
Unknown Unknown March 30, 2014
Macam sedap je.. g ganu dulu xpernah tau pon
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
a’aaa. mcm roti nan
yg bezanya itu melayu kita buatkan
kalau kedai mamak sedia naklum le.hihi
saya suka makan roti nan ni dh ayam tandoori

in shaa Allah, teringin nak gi ganu. tapi x tau le bila..