Waktu sesuai membebaskan anak dari kepompong


Amboiiii bukan main lagi tajuk entry ni.. berkepompong bagai... ahhahah... Nak cite, sekarang ni, kami boleh dikatakan tiap2 minggu akan ke JUBLI PERAK SUNGAI PETANI ni haaa...  Asal kami tak balik kampung, pagi sabtu mesti g sana.. Selama ni, anak saya si solehah Alisha tu, tak pernah dibiarkan bebas tanpa kawalan ketika bermain tau u all.. Maksud saya camni, contohlah kalau kami bawak anak2 ke taman permainan, saya mesti ikut Alisha kat mana dia nak main.. Eh, sebenarnya dia yang ikut arahan saya apa yang dia perlu main.. Sebab Alisha kan dia jenis pemalu.. kalau ada orang, mulalah dia malu2 nak main.. So, saya kira macam ajarlah dia main... panjat situ panjat sini.. masuk dalam lubang tu, masuk dalam lubang ni.. Selain dari disebabkan Alisha ni jenis pemalu, saya sendiri pun secara peribadi risau gak u all.. risau takut dia terjatuh ke apa ke time panjat2 tu kan... kira macam saya ni layan dia macam dia tu kecik lagi.. Padahal dah nak ada 2 orang adik pun...



Kali pertama pergi Jubli Perak ni, saya masih bagi perhatian dekat Alisha.. kali kedua pergi pun masih sama.. Tapi masuk kali ketiga, my dear hanya suruh saya perhatikan Aqilah.. Alisha tu biar dia main sendiri.. dia dah besar... saya macam terkejut dengar my dear cakap camtu.. Tapi hakikatnya, saya sendiri dapat nampak yang Alisha dah mula pandai main.. Dia dah pandai bawak diri.. Kiranya saya hanya perlu memerhati Alisha main, tak perlu lagi ajar Alisha apa yang perlu dia buat... Senang cakap, seolah2 camni, saya hanya duduk setempat & mata memerhati aksi Alisha tu...



Saya buatlah seperti yang my dear suruh tu, biarkan Alisha bebas main sendiri.. Dalam hati saya, Tuhan je tahu, risau2 gak tau u all tapi saya cuba lawan perasaan saya tu... yela, ni la masanya saya nak didik Alisha supaya boleh bawak diri sendiri bila di luar rumah kan.. nanti kalau dia nak sekolah tahun depan senang, takdalah saya risau sangat kan... ni lah ibu2 kan, risau terlebih, anak2 tu takda apa2 pun sebenarnya... Tapikan, bila Alisha dah pandai main sendiri macam tu, mulalah saya rasa macam Alahaiiii anak saya dah besar rupanya...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 13 comments.. read them below or add one }

Mimie Mimie March 18, 2014
Alisha dah besarkan kak ina..die dh tau nk main ape dan macam mane kan...kejap je die dh besarkan
syawalsimpsons syawalsimpsons March 18, 2014
seronk tgk anak2 seronokkan..takpe tgk dari jauh pn tak pe kan
NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra March 18, 2014
kawasan kampung takda tempat camni kak, klu nak main pun paling dekat area gunung keriang, teringin sangat nak bawa adik solehah p main, mesti dia teruja..;-)

☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 18, 2014
Salam K.Ina..

hihi..
kalo cma, perati je dari jauh.. tp tu la.. kalau leka skit, mulala ade lutut yg berdarah..huhu..

alisha dah besar.. :)

psstt...kak, hadiah dah sampai pagi tadi ..terima kasih ye.. nnti cma update ::)
Unknown Unknown March 18, 2014
shima biasanya anak dah teror berjln dah boleh dh bawa ke playground..
Walau pun mcm tu, Aqil masih takut2, masuk umur 3thn> br dia ok n berani. Yang adik @ no2 mmg tak perlu diajar. Lihat abg main, terus dpt tangkap :)

Bila dah main susah nak balik tu yang kena handle ekekekekekeke...
Shida Radzuan Shida Radzuan March 19, 2014
mcm ank buah shida dah tahun1 pn masih main dlm rumah lgpn budak2 lar sna agk ksar kak..ssh nk main bsma..
Maria Firdz Maria Firdz March 19, 2014
Mmg risau... Nk kna tgk je...
Maria Firdz Maria Firdz March 19, 2014
Mmg risau... Nk kna tgk je...
Dayang Deno Dayang Deno March 20, 2014
dah makin besar alisha.... makin cantik pula tu.... <3
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
Alhamdulillah...alisha dah besar kan ☺
ayut ayut March 23, 2014
Ayat last tu terasa ayut baca.xpe kak..insya Allah Alisha membesar dgn ingt smua pesan akak...dia ttp akn ingt ibu dia :)
Unknown Unknown March 30, 2014
Alisha makin besar kak.. dah jadi anak dara..
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
teruja alisha bila bebas keejap dri kepompong .hihi