Hari ni hari pertama, kehidupan Aqilah tanpa pampers di siang hari. Saya tak pasti waktu sebenar Aqilah start tak pakai pampers tadi.. tapi agakkan saya maybe pukul 10 lebih kot, sori ye jika saya salah gtau time yang betoi. Cara permulaan saya train Aqilah dengan bawak Aqilah masuk tandas 30 minit sekali.. Walaupun camtu, bukannya setiap kali bawak ke tandas tu dia kencing tau.. duk main air adalah... lagi dia seronok boleh kerap main air.. hihi.. So, lepas ni saya akan up kan sejam sekali baru bawak pergi tandas. Btw, untuk permulaan, saya bawak Aqilah pergi tandas setengah jam sekali sebab saya nak cari "rentak" untuk pastikan berapa lama sekali baru Aqilah akan kencing. Cari "rentak" ni penting tau bagi kita untuk senang agak bila patut bawak anak ke tandas.
Untuk hari yang pertama ni, awal2 tadi saya dah tersilap agak. Aqilah terkucil..! Padahal sebelum tu saya dah bawak Aqilah pergi tandas tapi dia taknak kucil. So, saya bagi dia pakai seluar semula. Alih2 nampak dia dah terkucil time main dalam bilik. Saya pun tukarlah bagi Aqilah pakai seluar lain. Pukul 1 lebih, Aqilah terlena tanpa pakai pampers. Pukul 3 lebih baru Aqilah terjaga. SURPRISE AQILAH TAK TERKUCIL WAKTU TIDO!! Good Job Sayang..!! Bila Aqilah dah bangun tidur, dia mintak air, lepas dah minum, saya pun terus bawak Aqilah pergi tandas..
Itu bab buang air kecil yer.. Sekarang masuk bab buang air besar pulak... Tadi tengah2 Aqilah main dengan Alisha, tiba2 saya nampak Aqilah duk mencangkung sambil meneran... Alamakkk Aqilah nak buyak hokay..!! Saya apa lagi, terus angkat aqilah masuk tandas duduk, bukak seluar dia, "pop" terus dia punya tuttt jatuh dalam lobang.. ahhahha... Nasib sempat... Nampaknya, balik Chemor nanti, saya kena ambik pelapik tandas budak dekat umah parent saya ni.. Pelapik tu Alisha punya yang saya guna masa train Alisha free diapers sebelum ni... Tak sangka Aqilah terlalu awal tak nak pakai pampers.. So tadi, terpaksalah saya pegang dia atas mangkuk tandas tu... Alhamdulillah dalam tempoh 5 jam lebih tanpa pampers, Aqilah boleh dianggap dah berjaya.
Ini je la update pasal Aqilah free diapers untuk hari ni. Tunggu hari Isnin nanti saya update lagi. Ohya, nak tulis pasal gelagat Alisha bila saya bawak Aqilah pergi tandas, Alisha cakap "Aqilah, kencing elok2, dah siap bagitahu kakak".. Olololo suwitnya kamu ni kak Isha nampak sangat betapa kakaknya kamu. Konon bila Aqilah bagitahu dia dah siap kucil, dia nak tolong cuci la tu (",)
"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
baguih la ina..sue pon nak cuba jugak untuk izz la nanti..bila sue dah bersedia