Saya buat buku pink pada 28/01/2014 tapi sekarang baru nak tulis.. biasalah tu kan, entry tertangguh, kat draft banyak lagi yang tertangguh tu.. kikikii.. Bila kita nak buat buku pink untuk anak kedua ketiga & seterusnya, kita kene bawak sekali buku pink yang lama masa kita mengandung sebelum2 tu pergi klinik.. tu penting tau, jangan bagi hilang buku pink tau.. Nak cite dekat u all, masa nurse panggil nama saya, dia peganglah buku pink lama saya tu kan, dia tanya saya ada masalah apa.. Saya jawablah saya mengandungkan... Lepas tu nurse tu senyum2 je kat saya.. Malu ai tau.. tahulah anak ai kecik lagi dah mengandung.. tapi no hal, rezeki tuhan bagi.. adalah hikmah, mana tahu Tuhan nak bagi baby boy ke.. (^_^)
Ohya, nak buat buku pink ni, better g pagi la.. bukan pe, nak buat tu bukan sekejap.. berejam jugak tau.. macam saya ni g petang, so, terpaksa g hari lain pulak jumpa doctor untuk settle kan buku pink ni.. Masa dekat misi tu, macam biasalah, dia akan pegang perut kita & breast kita.. tujuan dia pegang breast tu sebab nak rasalah kot2 ada apa2 ketulan ke.. selain tu, dia jugak akan cek tiroid kita.. yang ni dia just suruh kita telan air liur tengok samada kelenjar tiroid kita tu bergerak sekali or tak.. Dalam bab tiroid kali ni, alhamdulillah bengkak kalenjar tiroid @ goiter saya tu dah ok...
Lepas misi settle cek, saya kene g timbang & lepas tu ambik darah untuk test HB @ Hemoglobin.. Selain tu, kene ambik darah untuk test HIV jugak tau.. bukan saya sorang je, tapi suami pun kene ambik darah test HIV jugak.. Kiranya kalau u all nak buat buku pink, bawak sekali husband yer.. Result HIV ni katanya seminggu baru keluar.. Lepas dah siap tu semua, kene g masuk jumpa misi lagi sekali sebab dia nak tengok la samada HB & berat kita tu ok or tak.. dia nak tulis dekat buku pink kan..
Alhamdulillah saya takda masalah apa2.. So, saya dapatlah sticker berwarna putih.. suker suker suker.. (",) Sticker dekat buku pink ni ada macam2 warna.. warna putih ni kira takda masalah apa2 la.. Masa time Aqilah dulu, buat2 je buku pink, terus dapat sticker warna hijau.. puncanya berat badan saya time mengandung tu 44kg.. sepatutnya berat minimum mengandung 45kg.. Kalau ikutkan lepas dah settle jumpa misi, saya kene masuk jumpa doktor plak, tapi dah lewat, so, saya kene ambik tarikh lain untuk jumpa semula doktor.. Bila dah sampai hari yang nak kene jumpa doktor tu, doktor scan perut saya, katanya masih kecik so, dia tak dapat nak bagi anggaran tarikh bersalin.. Nak kene datang plak selepas 2 minggu... Lepas 2 minggu tu, saya g la jumpa doktor lagi... kali ni baby pun dah besar sikit.. so, doktor buat keputusan bagi tarikh bersalin yang sama yang tertulis di kulit buku pink tu @ tarikh yang ikut kitaran haid saya...
Untuk rekod saya :-
28/01/2014
Tempoh hamil : 9/52 + 5/7
HB : 12.2
Berat : 47kg
23/02/2014
Tempoh hamil : 13/52 + 3/7
HB 11.9
Berat 47kg
Due date : 29/08/2014
Alamakkk lupa nak tulis tadi.. Lepas checkup dengan misi, saya g klinik gigi pulak tau.. untuk cek gigi kita plak.. kiranya cek gigi ni termasuk dalam prosedur buat buku pink la..