Papan Gelongsor terbesar di Sungai Petani

Ini bukan papan gelongsor tapi simen gelongsor.. hihi.. Kalau pergi ke Taman Jubli Perak Sungati Petani ni, anak2 saya memang suka la.. kami tak pergi petang tapi kami biasa pergi pagi.. bukan apa, kalau petangkan ramai orang, nak dapat parking susah la sikit kan..so, kami bawaklah anak2 pergi main dekat playground tu pagi.. Kalau bab berjalan anak2 saya tak kisah kene bangun awal pun, pukul 7 pagi dah siap mandi... (",)

Inilah antara permainan yang ada dekat playground tu tau u all.. besar sungguh papan gelongsor @ simen gelongsor ni.. Nak bagi Alisha naik pun rasa seriau.. Yang seriau tu saya, yang si anak... Tuuuu nampak tak?.. dekat atas yang ada budak kecik sorang tu.. tu la si Alisha...

Tengoklah tu, sambil gelongsor siap boleh tengok kakak dekat atas tu yang tak turun2 lagi.. Alisha lagi berani Alisha kata.. hahha.. Kat sini memang kene jagalah alisha ni.. tak berani nak lepas sorang2... nak bagi dia panjat tangga belakang papan gelongsor ni pun saya dah berdebar2.. tinggi tu u all mana saya tak risau, dah la ni first time anak saya main yang ni..

"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 22 comments.. read them below or add one }

Amirul Amirul March 19, 2014
Kecil lagi boleh la main gelongsor, makin besar nanti mesti malu je rasa kalau naik ni... petang2 kt jubli ni ramai betul couple buat benda x snonoh
Unknown Unknown March 19, 2014
seronoknya ... tu lah anak-anak kadang-kadang kita ni punyala seriau dia orang relaks je kan
Dunia Zumal Dunia Zumal March 19, 2014
Zumal pun pernah main simen gelongsor masa kecik2 dulu kat Tasik Melati, Perlis. Entahlah ade tak lagi benda tu. Hehe :)
msredcheesecake msredcheesecake March 19, 2014
asalnya apa ni? batu ke? dia buat gelongsor ek?
sitirohaida sitirohaida March 19, 2014
senang macam nie,,tak bergaduh...
Maria Firdz Maria Firdz March 19, 2014
Wah. Bsarnya.. Puas anak blh main ni..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI March 19, 2014
eh tgk ni tringt yui pnh main mcm ni gak..mmg bsar cmni..kat ne lupa dh.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ March 19, 2014
salam k.ina..

besaqnya...dah rupa simen gelongsor..
habis hati kalo anak2 dpt main kat sini.. hihi
syawalsimpsons syawalsimpsons March 19, 2014
ina...ina tau tak, ina buat sue menangis sebab entry ni...sebab bila sue tgk gelongsor tu...terus zasss teringat akan zaman sue budak2 dolu selaloo mak bawak main kat sini...dolu gelongsor ni warna simen je...sekarang dah warna merah...ada lagi tak spider web merah kat depan2 gelongsor tu...sue egat lagi..tergolek kot bila dah sampai bawah...seronok dolu petang2..main ramai2 ngan budak2 lain..allah ina...terbayang sungguh sue dengan gelongsor ni..sue egat dolu wwaktu antara sue umo 10-12 tahun...ina...rindu la ngan SP ni...lagi2 gelongsor ni..kadang2 berani G ngan kengkawan, naik bus..lepas main tu, G kat library berdekatan kat situ..ada lagi tak library kat situ

lizz lizz March 19, 2014
waa bestnyer..kalo uwais ngan sara pi sini mesti tak mo balik..1st time nengok gelongsor rupa gini..
nOe suhaimi nOe suhaimi March 19, 2014
ada juga papan gelungsur jenis mcm ni
syawalsimpsons syawalsimpsons March 19, 2014
ina sue pinjam gamba gelongsor ni yee
Mimie Mimie March 19, 2014
Aishhhhhh kat jna sy bace entry nih pun dh rasa seriau n gayat
Nur Madihah Nur Madihah March 19, 2014
Wah, saya pun nak naik juga
Unknown Unknown March 19, 2014
Mak aihh, besornyer, kalah gelongsor ruma kita hehehe
Fiza Rahman Fiza Rahman March 20, 2014
Besar betul ni. Mak pak pon boleh tumpang main ni..hehe..
jaakechik jaakechik March 21, 2014
besornya gelongsor ni.. boleh naik berjemaah ramai-ramai tuu... hee!
ayut ayut March 23, 2014
Hahahaha..serius sgt besar.xdinafikan..xpe2x.permulaan mmg kna tgk.nnt dh slalu alisha kompem dh pndai budget nak main macamane..
Unknown Unknown March 30, 2014

Serius best.. rasa mcm diri sendiri nk main
QasehnyaRania QasehnyaRania April 04, 2014
puas main gelongsor besaq ni kan.hihi