Hari ni genaplah 16 bulan saya menyusukan Alisha secara direct.. Yap.. secara direct.. Alisha tak pernah minum susu guna botol susu.. Saya sendiri pun tak pernah terfikir untuk melakukannya memandangkan saya sendiri tidak bekerja..Inilah diantara rezeki yang Tuhan bagi untuk saya berbanding ibu2 yang bekerja... di mana mereka terpaksa bagi susu badan yang diletakkan di dalam botol... Salah satu kebaikan menyusu badan adalah anak lebih rapat dengan kita di mana mereka jugak merasa selamat berada di dalam pelukan kita... So, saya sebagai ibu yang setiap saat & setiap detik bersama anak saya.. dah tentulah saya takkan melepaskan peluang yang telah diberi olehNYA..
Tapi tu la.. Bila Alisha dah makin besar.. dah makin pandai.. dah makin banyak benda yang dia tahu.. makin banyak dugaan yang terpaksa dilalui oleh saya yang menyusu secara direct ni haa... Kalau ketika kecik dulu.. ketika belum ada gigi lagi or gigi tak banyak.. dia menyusu macam biasa je.. Tapi bila dah ada gigi depan yang banyak ni haa... MasyaAllah... dugaan bertambah2.. Anak saya suka gigit hokay..!! Dulu dah berhenti sekejap gigit tapi sekarang dia dah sambung balik kerja menggigit dia yang terbengkalai tu.. alahaiiiii... Untuk pengetahuan u all.. bila anak kita suka gigit, ia boleh buatkan puting kita tu menanah tau.. Opah saya cakap, dulu ketika dia breastfeeding anak2 dia.. sampai menanah2 kene gigit... Adehhhh...
Untuk pengetahuan u all.. saya pernah rasa macam nak berhenti breastfeeding sekarang jugak!! Tapi apabila fikirkan AZAM + NIAT + inilah namanya pengorbanan seorang ibu... saya teruskan jugak penyusuan.. lagi 8 bulan saya akan menanggung semua nih... "Ya Allah Ya Tuhanku, kau tabahkanlah hati aku, kau kuatkanlah semangat aku untuk menyusukan anakku selama 2 tahun.."..
Selain dari Alisha ni suka menggigit... sekarang ni jugak dia dah suka menggetel... adehhhh... saya ni geli dia tak tau.. hahahaha.. U all bayanglah... sebelah dia hisap.. sebelah lagi tu tangan dia duk menggetel... eeeee geram betoi la rasa.. hihiii... Ohya, tau tak, apabila kita direct breastfeeding ni.. tak mustahil jugak breast kita akan jadi besar sebelah... tu pun kalau anak kita tu suka menghisap sebelah je... Adoiiiii....
Tu belum campur dugaan lain lagi.. krisis kekurangan susulah... masalah bengkak susu la.. haa tak lupa jugak, orang akan mengata kita ni seolah2 kita ni tak mampu membeli susu untuk anak kita ... macam2lah pendek kata.. cuma yang penting dalam diri kita adalah kuatkan semangat.. semua ni adalah untuk kebaikan anak kita!!... Sentiasa motivasi diri.. jika berada dalam keadaan tertekan... rileks kan diri & berfikir kembali secara waras... (",)
ps: rindu kenangan kena gigit. baby akak dah 5 tahun..