Baru2 ni kami 3 beranak keluarlah jalan2.. tiba2 terpandang kedai buku HASANI ada BUAT sale sempena bukak sekolah ni... Apa lagi, abah alisha pun cepat2lah berhentikan kereta & singgah...hihii... Bila dah singgah tu, dah semestinyalah akan ada buku untuk Alisha...hihii
Kali ni saya belikan Alisha 3 buah buku... Tapi buku mari menyanyi tu, saya kongsilah dengan alisha... yela, ibu dia ni nak nyanyi lagu kanak2 tapi tak tahu lagu apa.. kebetulan jumpa, terus beli...hihii Saya nyanyi alisha menari... hahahhahhah
Buku yang atas tu buku cerita tajuk PEGUIN PERGI BERKELAH... memang bagus sebab ia diwarnakan mengikut suku kata... Tapi saya paling suka buku yang bawah tu.. LEARNING TOGETHER.. COLOURS.. bagi saya sangat2 menarik..!!! Saya tengok sekali, terus jatuh cinta.. muahahhah..
Actually buku ni siap sediakan guiding & notes untuk parents lagi.. U all boleh tengok dekat bawah buku tu.. dia ada tulis LEARNING TOGETHER.. Warna dalam buku ni pun sangat2 ceria... Alisha suka je membelek...hihii
Betapa "teror"nya anak saya ni membaca buku dalam keadaan terbalik... muahhahhahhahha... Mentang2 ada buku baru, buku lama terlupa nak tengok.. hihii... Agaknya tulisan buku ni + gambar besar kot... Tu yang dia seronok sangat tengok... (",)
Asyik beli buku alisha je kan... so, kali ni saya beli jugak buku untuk saya sendiri...hihii.. ANAK ANDA GENIUS & PERMAINAN UNTUK ANAK TATIH.. Actually saya memang suka baca buku2 macam ni... buku untuk kita, parent2 supaya lebih memahami keperluan anak2 seiring usia mereka selain untuk menambahkan ilmu saya tentang cara mendidik or mengetahui pembelajaran yang sesuai untuk anak2 macam alisha ni
Buku anak2 genius tu menerangkan bagaimana kita boleh mewujudkan keadaan sesuai yang boleh merangsang dan menggalakkan pembelajaran anak2.. Manakala buku permainan untuk anak2 tu pulak memang buku yang dikhaskan untuk bagitahu kita apa permainan yang kita boleh main dengan anak kita untuk membantu mereka belajar kemahiran seperti keseimbangan, koordinasi, penyelesaian masalah, bahasa, kemahiran motor, kreativiti & pendengaran..
P/s : Saya tidak mendesak anak saya belajar sesuatu sampai melampau2 tau.. tapi saya mengajar Alisha dalam keadaan enjoy... kiranya bermain sambil belajar... YANG PENTING MESTI SESUAI USIA DIA LAH... Lagipun saya percaya pada "KANAK2 DAPAT BELAJAR DAN MEMANTAPKAN KEMAHIRAN MENDENGAR, BAHASA, PEMIKIRAN, MOTOR, SOSIAL DAN KEYAKINAN DIRI KETIKA BERMAIN"