Kalau u all ingat, sebelum ni, dalam entry INI saya pernah tanya pasal produk VCO.. betul ke ianya dapat membantu masalah kelenjar tiroid saya yang membengkak ni.. Tapi takda siapa pulak yang pernah guna produk tu.. so, saya masih lagi dalam keadaan was2 samada VCO dapat betul2 membantu saya or tak.. Saya tahu maklumat tu dalam laman web je.. Sekadar baca testimoni..
Tapi semalam saya ada terbaca entry AKAK K-POH DAN THYROID di blog Akak K-Poh.. Actually Kpah ni pun pernah ada TIROID & dah pernah kena bedah hokay!! Tapi sekarang dengan kuasa Tuhan, kpah dah okay.. Kpah ikhtiar guna MINYAK KELAPA DARA.. Bila Kpah pergi check semula dengan doktor, doktor cakap dah takda hormon tiroid tu.. Alhamdulilah..
Ketika Kpah bagitahu dia guna minyak kelapa dara, saya rasa macam nak menangis je sebab Tuhan temukan saya dengan Kpah *dalam alam maya je..hihii*, orang yang pernah ada pengalaman minum VCO.. Sedangkan sebelum ni saya ragu2.. tapi Tuhan Maha Berkuasa, Dia gerakkan hati Kpah untuk buat entry tersebut & gerakkan juga hati saya untuk membacanya.. Alhamdulillah.. syukur yang amat sangat kepada Tuhan..
Yap, saya ingin ikhtiar guna minyak ni.. Moga2 saya tak payahlah kena operate.. bukan apa, macam2 saya fikirkan pasal alisha ketika ketiadaan saya jika saya operate... Tapi tu la.. saya & kpah ni berbeza.. sebelum ni, hormon tiroid kpah tak normal, so kpah perlu menstabilkan hormon tiroid sedangkan saya ni hormon tiroid saya normal cuma kelenjar tiroid je bengkak.. tak tahulah samada VCO ni berfungsi or tak untuk saya.. emmm tak salahkan kalau saya mencuba....
Inilah Minyak Kelapa Dara yang Kpah guna tu.... Terima kasih yang tak terhingga dari saya untuk Kpah sebab bagi maklumat ni (",)
Nak tahu pengalaman Kpah guna Minyak kelapa dara ni, baca entry INI