Ni 1st time saya ditag untuk menjawab soalan2 ni.. biasanya saya di tag untuk join CGL je.. Tapi saya seronok jugak nak jawab soalan2 ni semua... hihii Ohya, saya di tag oleh LYAfrina (",)
1. How old were you when your first child was born?
Umur 27 tahun.. Agak tua jugak tu... muahhahah.. Tapi alhamdulillah jugaklah, saya ni bunting pelamin.. Kahwin tak sampai sebulan tiba2 dengan takdir Tuhan, terus ada "pening2".. (",)
2. What month and year was your youngest child born?
Buat masa ni, anak saya baru seorang.. si cantik manis Nur Alisha Binti Mohamad sukri..Alisha Dilahirkan pada 05/09/2010 @ hari Ahad pukul 11:24 malam.
3. How did you feel when you first found out you were pregnant?
Saya rasa seronok ada sedih pun ada tak percaya pun ada tapi dalam masa yang sama.. bersyukur sangat2 sebab Tuhan makbulkan doa saya.. Actually dari saya zaman anak dara lagi, time takda siapa2 yang nak kat saya pun lagi...hahhahhah saya dah berniat kalau saya kahwin, saya nak bunting pelamin @ anak cepat & nak anak ramai.. muahahhah
4. Who did you tell first?
Orang yang pertama tahu saya mengandung adalah my dear sebabnya my dearlah yang bawak saya pergi beli pregnant test & yang bawak saya pergi jumpa doktor untuk pengesahan.. Lepas tu barulah saya bagitahu dekat my mum.. Actually masa mula2 nak bagitahu my mum tu, malu2 alah sebenarnya.. hahahhah
5. How many pounds/kg did you gain during your first pregnancy
Sebelum saya pregnant berat saya 52kg tapi bila dah 3 bulan pregnant berat saya turun jadi 48kg .. Berat akhir ketika nak masuk labour room 64kg.. *Sekarang ni 43kg je... huwaaaaaaaaaaaaa stress saya dengan berat sekarang!!*.
6. What did you crave while you were pregnant?
Masa mula2 saya perasan saya pregnant sebabnya saya boleh suruh my dear beli asam boi.. sedangkan sebelum ni saya dah lama tak makan asam *konon pantang sebab nak jadi awet muda lah.. ;p hihii*.. Time saya mengandung, banyak tau saya mengidam.. antaranya nak makan pelam telur... hihii Kalau u all nak tahu, ketika mengandung saya selalu mimpi makanan.. lepas tu, bangun pagi mulah suruh my dear carikan makanan tersebut.. hihi
7. Did you find out the gender of your first child? Why or why not?
Saya memang nak tahu apa jantina kandungan saya tu.. asal je scan mesti tanya jantina apa.. hihii Excited nak tahu, maklumlah anak pertama.. tapi saya tak kisah pun boy or girl.. janji anak saya tu sihat walafiat (",)
8. Did you have any complications during your pregnancy?
Alhamdulillah.. sepanjang saya mengandung saya takda apa2 masalah.. cuma setakat alahan muntah2 tu ada lah..
9. How much did your first child weigh?
Berat Alisha ketika dilahirkan hanya 2.6kg je.. Tak sangka pulak kecik sangat.. bajet 3 kg lebih.. sebabnya ketika Alisha 36 minggu doktor scan berat Alisha dah 2.9kg.. Tak sangka pulak, puasa boleh menurunkan berat baby.. Ohya, ketika saya mengandungkan Alisha saya tetap jugak berpuasa sebabnya saya rasa larat, so, saya puasa je la kan.. tapi tu pun saya tinggal jugak puasa 5 hari sebab alisha dah selamat lahir ke dunia ni..
10. Was your first child early, late, or on time?
Alisha lahir ngam2 pada tarikh jangkaan doktor.. tak awal & tak lewat.. hihii
11. What is the most difficult challenge or health issue that any of your children have faced?
Alhamdulillah,saya syukur sangat2 sebab alisha setakat ni tak da masalah apa2.. cuma sekali je dia demam.. tu pun sebab ibu & abah dia demam.. selain tu alisha seorang anak yang sangat cergas... susah untuk kene apa2 jangkitan la.. Maybe sebab minum susu ibu dia yang sedap, lazat & berkhasiat ni kot.... muahahhahah
12. What's your favorite part of being a mom?
Semua saat adalah yang terbaik.. terindah.. semuanyalah..!! saat bersama alisha adalah saat yang menggembirakan hati saya.. saya tak rasa satu kerugian walaupun saya tak berkerja.. kerana saya dapat jaga alisha sendiri.. makan minum alisha saya yang sediakan.. saya dapat melihat sendiri perkembangan Alisha... ohhhhh sungguhlah happy...!!
13. Do you think it's easier to be a mom or a dad?
Sebenarnya apabila kita dah jadi ibu or bapa.. tanggungjawaab kita terhadap anak tu kita patut tunaikannya.. tak kira samada susah atau senang.. tapi bagi saya, bila kita seronok dengan kehadiran anak kita.. secara tak langsung ia membuat kita rasa happy untuk membesarkan anak kita.. (",)
14. What is the best piece of advice you could give to someone who is about to have their first child?
Bersedia dari segi kewangan & fizikal & mental sebabnya kita akan perlukan banyak duit untuk perbelanjaan anak kita.. lagi satu.. kita perlukan tenaga untuk jaga anak kita.. kiranya kita kene jugak pentingkan kesihatan kita sebabnya kalau kita sakit, macamna kita nak tunaikan tanggungjawab kita sebagai ibu.. lagi satu.. kalau ada antara u all berniat nak menyusu badan untuk anak u all.. ketika u all mengandung tu.. u all dah kene set ur mind tentang penyusuan tersebut.. InsyaAllah sedikit sebanyak ia dapat bantu u all mencapai impian tersebut..
15. Did you always think you'd have kids?
Yap, saya pernah fikirkannya & saya memang menginginkannya.. & alhamdulillah dengan rezeki dari Tuhan, saya dapat anak yang secomel Alisha.. hihi
16. What's been the biggest surprise about motherhood?
Ketika saya mula2 dapat mencium alisha ketika nurse letak alisha di atas dada saya selepas saya selamat lahirkan alisha.. MasyaAllah... tak terkata saya saat tu.. terharu sangat2..
17. Are there things you miss about life before kids?
Emmm saya pun tak berapa nak ingat tapi yang pastinya saya sangat seronok zaman dolu2.. sebab dapat main masak2.. main kawen2... hahhahhaha
18. How many children do you have?
Setakat ni hanya sorang... Nur Alisha Binti Mohamad Sukri
19. Do you plan to have any more children?
YAP!! SUDAH SMESTINYA!!... Saya kalau ada rezeki saya nak anak minimum 5 orang... hihii.. Sebabnya saya memang nak anak ramai.. kalau fikir ketika anak2 kecik memang kita rasa susah nak jaga tapi bila fikir kita dah tua nanti.. time raya.. anak2 & cucu2 balik rumah.. riuh serumah.. dekat halaman rumah penuh dengan kereta anak2.. Tak ke seronok yang amat masa tu.. Inilah yang saya bayangkan & saya inginkan bila dah tua pakai tongkat nanti.. (",) sebab tu saya nak anak ramai.. Lagi satu, doa anak2 kita tu kan sangat penting untuk membatu kita "kelak"... sorang makcik tua pernah cakap dekat saya.. "kita akan 'kaya' bila kita ramai anak & kita 'miskin' bila kita sorang je anak".. *fikir2kanlah apa maksud makcik tu* Saya berdoa pada Tuhan, moga kurniakanlah saya lebih lagi anak.. Kerana sesungguhnya anak kita itu adalah rezeki kita.. JIKA SAYA TAK PERLU BEDAH.. SAYA TAKKAN TERAGAK2 UNTUK TERUS MENGANDUNG.. MOGA2 SAYA TAK PERLU BEDAH..
20. Who's the mom that you admire most?
Dah semestinyalah.. MY MUM..
Saya forward soalan ni untuk Nisa, Jaa , Karimah, Cik Rose, PinkUmmi & ibu2 yang lain.. jangan lupa tinggal link tersebut dekat saya tau.. sebab saya pun nak baca cerita u all jugak.. (",)
P/s : Sorry jika saya tak dapat jenguk rumah u all sebab saya kesuntukan masa.. family saya akan datang rumah saya.. (",)