Selain kami ke Menara Alor Star.. Kami juga pergi ke Muzium Kota Kuala Kedah.. Ni first time bawak Alisha ke Muzium @ tempat bersejarah ni..
Balai Pameran
Pemandangan di Kota Kuala Kedah.. Sebenarnya tempat ni dah rosak akibat peperangan yang berlaku dulu.. tapi ia telah dibina semula mengikut yang asal..
Alisha di dalam bilik pameran.. Nampak tak kegembiraan alisha tu.. hihii.. Alisha suka duduk dalam bilik pameran ni tau.. siap boleh main cak2 lagi tu.. hahhah dia dah buat gaya macam rumah dia.. orang duk gelak je tengok telatah dia.. Dalam ni bising dengan suara dia je.. hihi
Ohya, Alisha sekarang ni.. dah makin sukakan kamera tau.. dah pandai amik gambar tengok kamera.. hahha Setakat posing ala2 nak menyanyi lagu Negaraku tu takda masalah la... muahahhahha
Ni antara yang ada di dalam bilik pameran.. (",).. Secara keseluruhannya tempat ni best sebab saya memang suka tengok2 tempat bersejarah ni tapi saya TAK MINAT baca buku sejarah...