Sebab utama wujudnya IntaNBerliaN

Firstly saya nak cerita dekat u all macamana saya boleh terlibat dalam dunia blog ni.. Tak pernah pun saya terfikir yang saya akan ada blog.. Tapi satu hari tu, my dear tegur saya "Daripada ina asyik main game je, apa kata ina buat blog".. *Sebelum ni saya sangat2 suka main game di Facebook terutamanya CAFE WORLD... hahahhahha* Masa my dear cakap suruh buat blog tu, saya tak berminat pun, yela, tak reti la saya nak berblog2 ni..

Tapi tu la, satu hari, saya dapat tahu biras saya dah ada blog... tiba2 pulak jadi teringin nak ada blog jugak.. hihii.. Saya try nak daftar blog tapi tak menjadi, kebetulan adik saya pun ada blog, so saya pun suruhlah dia daftarkan untuk saya.. hihii.. 

Pada mulanya saya letak nama blog saya ni lain tau.. apa entah, dah lupa.. lepas tu my dear tegur saya.. "letak la nama intanberlian".. So, sejak tu lah, wujudnya blog IntaNBerliaN.. Kiranya blog saya ni ditubuhkan atas restu suami sayalah cewaahhhhh..Hahahaha

Perghhhhh intro bukan main panjang.. bawah ni baru masuk motif kepada TITLE ENTRY ni.. hihii

Motif saya wujudkan blog ni adalah untuk tatapan anak saya Si ALISHA & jugak adik2nya di masa akan datang.. Saya nak Alisha tahu macamana perangai dia masa kecik2.. betapa ibu dia ni sanggup melayan perangai dia tu tak kira penat lelah.. 

Betapa ibu dia ni, sayangkan dia.. sakit alisha sakitlah ibu dia ni.. gembira alisha, gembiralah ibu dia ni.. Saya nak alisha lebih memahami pengorbanan seorang ibu membesarkan anak2 mereka.. Biar Alisha membesar sebagai anak yang tahu menghormati orang tua.. tahu menghormati ibu dia, ibu mentua dia & jugak ibu2 di seluruh dunia ini..

Saya jugak nak alisha tahu pengorbanan & kasih sayang seorang ibu tiada tolak bandingnya.. Saya nak Alisha membesar sebagai anak yang baik.. apabila dia dapat mengetahui segala pengorbanan ibu dia besarkan dia melalui pembacaan dia dalaam blog ni nanti, dia takkan sesekali terlintas untuk melakukan sesuatu yang mampu mengguriskan hati seorang insan yang bergelar ibu di dunia ini.. InsyaAllah..

Inilah tujuan saya wujudkan blog ni.. sebab tu, dalam blog ni banyak mengandungi cerita2 alisha.. tapi adalah jugak selingan2 cerita lain yang berlaku dalam kehidupan kami.. (",)
Sebab utama wujudnya IntaNBerliaN

{ 17 comments.. read them below or add one }

yen(toka ziizokukuto) yen(toka ziizokukuto) October 07, 2011
assalamualaiku kak,,
wah,,,terkesima baca entry ni
terpancar kasih sayang ibu kat situ,,nice entry kak
Jaa Jaa October 07, 2011
ehem... terbatuk la plak...

bagus2, untuk tatapan anak2 kita nanti kan...huhu.. agak2 patut x buat salinan kt mana2? mana ler nk tau..kot2 kena hacked...ayok...mana nk cari balik...

hehehe...
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda October 07, 2011
la...Ina ade adik yg blogger gak ke? br tau.. *trus gi terjah blog die*

hehe..bgusnye wat blog utk kenangan Alisha ye.. sy xt'pikir pun camtue, huhu~.. maybe coz sy xbyk sgt crite psl Hannah kat blog.. XP
Dylla Abas Dylla Abas October 07, 2011
hmm..insyaAllah 1 hari nanti Alisha pasti tahu pengorbanan ibunya (",)
Zie Zie October 07, 2011
Hahaha semua yg buat blog ni mesti letak gambar anak-anak. hehehee... kat siapa lagi nak bercerita selain kat blog..
Myra Jay Myra Jay October 07, 2011
Ohhhh camtu ye sejarah kewujudan nama blog nieh :)
Cik Rose Cute Cik Rose Cute October 07, 2011
lebih kurang jer story tue...hihihi...tapi kita tengok sepupu ada blog terus buat....
narumi sakura narumi sakura October 07, 2011
sweett la akak..kelas gitu..tetibe wat saye teringat kat mak T^T

http://narumiaida.blogspot.com/
N i e Z a N i e Z a October 07, 2011
aahh kan..wt blog ni mcm diari la..ade la benda nak citer nk tunjuk kat anak2 nti..
Aziela Aziela October 07, 2011
Maaf..lewat balas kunjungan dari segmen lulu. Anyway...follow sini. At least dah jadi blogger hebat...
fiza fiza October 07, 2011
Macam i plak lebih terpengaruh tgk kawan² forum nyer blog, tu yg terjebak ☺☺

Banyak kisah anak² gak, selain personal & info lain.
juanita aka tetikusrusak.net juanita aka tetikusrusak.net October 07, 2011
hihii.comel nye ulasann..
tapikan lepas ni , print screen la yer tulisan2 ni.
ye r kitamana tahu sejauh mana internet & blogspot boley bertahan
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda October 07, 2011
congrats Ina.. ^_^ hihi~...

http://nurinassyahira.blogspot.com/2011/10/bloglist-si-purple-sudaa-keluar.html
Ana Farhana Ana Farhana October 08, 2011
wahhh :D

ana buat blog sbb tpngruh dgn kwn, bce blog dorg mcm best je, tu yg buat tu.

tq sggh blog ana :)))
fieda fieda October 09, 2011
OO SAMA LA KITA..KAK FIEDA TGK SEPUPU WAT BLOG GAK YG TERINGIN NK JUGAK..
Ummi Iman Ummi Iman May 13, 2012
Salam ina,
Akak dok godek2 entri lama cari abah alisha :D. Dah jumpa dalam label my dear ;) sungguh mencari ;)

Sambil tu baca jugalah story lama-lama. Jumpa yg ni... Baru tau kenapa letak IB. Oklah hubby support. Cerita buat blog untuk anak sama macam akak. Sebelum ni buat blog bisnes. Bila bisnes dah tutup. Buat blog peribadi pula ;) itupun semangat sebab adik ipar buat blog peribadi dia :)

Tapi campur2 juga.. ;) apa yang akak suka. Untuk share dengan orang lain.

Seronok berkenalan dengan ina :)