Siapa pernah makan ayam masak Gulai Tempoyak?

U all pernah makan tak ayam masak gulai tempoyak?.. Dulu, saya tak pernah makan & tak pernah tahu pun yang ayam pun sedap kalau kita buat masak gulai tempoyak...


Semua ni bermula dari my dear lah.. Masa mula2 dulu.. saya tanyalah my dear.. nak masak resepi apa lagi ayam.. maklumlah dah ketandusan idea.. sekali my dear cakap masak gulai tempoyak.. pada mulanya saya cakap taknak sebab mesti tak sedap punya.. lainlah kalau ikan patin ke.. syok jugak..


Tak nak menghancurkan perasaan my dear punya pasal.. saya pun try la jugak buat masak tempoyak.. sekali dah siap masak.. tu diaaaaaaaaaaaaa... sangat2 sedap hokay!!.. Lebih2 lagi saya ni memang sangat2 sukakan tempoyak.. Adussss sedap sungguh... 

Tak sangka sungguh rupa2nya ayam pun sedap masak gulai tempoyak.. hihii.. So, kalau u all penggemar tempoyak, u all try la masak, tak rugi... sedap oooooooooo... hihii 

Lagipun bahan2 dia bukan susah pun.. u all tumbuk bawang merah + putih + kunyit hidup + cabai burung. lepas tu masukkan dalam kuali & letak air... masukkan asam keping, serai, tempoyak, garam, gula & ayam.. bila dah pekat.. kasi angkat & makanlah.. hihi.. Ohya, kalau letak daun kesom lagi sedap.. hihi

{ 17 comments.. read them below or add one }

Ummu Darwisy Jauhary Ummu Darwisy Jauhary October 21, 2011
Hmm sedapnya nmpak!!! ;) Kna cube ni..!!
NER NER October 21, 2011
tak penah makan ayam punya tapi time praktikal kat Melaka sempat makan gulai tempoyak nangka. sedap jugak
AnonymousAnonymous October 21, 2011
alahaiii uncle mmg kalah dengan tempoyak..sampaikan keluarga sebelah mertua takkan hidang tempoyak depan uncle waima dalam peti sejuk kerana mmg uncle alah huhuuuu.....

semua kata sedap..tapi uncle makanan eksotik mmg tak pernah rasa..kecuali petai..masak pedas camput udang..itu je yg uncle makan
ct kektus ct kektus October 21, 2011
Tak pernah mkn tmpoyak. Apatah lg aym atau ikn msk tmpoyak. Hehe
fieda fieda October 21, 2011
kak fieda tak pernah try buat lagi...nanti nk try..kak fieda suka gak tempoyak tp budu tetap no 1..hehehe..

psstt..alhamdulillah..followers dah bertambah...hehe..ina pun makin ramai tu..
Myra Jay Myra Jay October 21, 2011
Tak penah makan lagi..

Nampak cam sedap..
Nak cuba la nanti :-)
ade2mama ade2mama October 21, 2011
tempoyak?????
cm ngeri jew ehehehe

nty la sume mama kte buat eheh

tpy msti masm2 kn..eheheh
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty October 21, 2011
ooo sedapker ina??aduuus nape tak pernah trynie..harus di try=)selalu patin masak tempoyak jerk=)
SeputihSalju SeputihSalju October 21, 2011
pnh dgr ayam msk gulai tmpoyk, tapi tak pnh try..tkt tak sedap..hihihi
Fiza Rahman Fiza Rahman October 21, 2011
Tak pernah try lagi masak ayam gulai tempoyak, selalunya ikan.

tempoyak Ikan bilis pon sedap gak tau.
Unknown Unknown October 21, 2011
biasa makan yang patin je,
tak sangka ayam pun leh ek..

p/s: psl carrot tu, ina leh cari yg dlm pek dia akan tulis 'australian carrot', psr raya besar cam tesco, jusco, giant semua ada...
yg loose punya kira kilo tu confirm cina mali...
eB eB October 21, 2011
x minat ayam.. nk ikan gaks.. tp tq... leh try :)
Fiza Rahman Fiza Rahman October 21, 2011
Intan, just nak bagitau intan menang GA fisher Price. Tahniah ☺☺
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda October 22, 2011
uisy.. sy xpenah mkn lak.. sdap eh Ina? hehe.. nnti masakkn utk sy la.. ^_^
tinieamintinieamin October 27, 2014
uii bru baca blog nie,,,,ayam tempoyak...klu ayam kampung @pencen lg mablassss..sehingga menjilat kuku sedap nyerrr