Hari Jumaat baru ni my parent datang rumah saya.. So, macam biasalah.. mesti dinner dekat luar la... Kali ni kami pergi D'King Mee udang Banjir & Ikan Bakar Power.. 1st time saya pergi restoran ni.. Dekat area Sungai Petani jugak.. berhampiran dengan Giant..
Masuk je pintu Restoran terus nampak tempat memilih lauk untuk di masak.. Ada Udang, Sotong, Ketam, lala, Kerang.. & ikan
Dalam aquarium ni pun untuk dimasak jugak tau.. bagitahu je ikan mana 1 kita nak.. dia akan amik, kalau tak nak yang ni, ikan yang dalam bekas pun ada.. mean, ikan yang dah mati la.. hihii
Nampak macam nasi minyak kan.. hihii Actually ni nasi putih tapi dia tabur bawang goreng & daun soup.
Menu pilihan kami malam tu.. Ikan Bakar Power...
Udang masak Pedas.. Besar2 kan udang dia..
Lala masak sambal temurun.. Lala ni sedap... rasa dia lain dari yang lain.. memang turun temurunlah.. hihii
Gambar lain x sempat nak snap dekat2.. mana taknya.. mak saya duk bising asyik amik gambar je...hahhahhah.. tu yang gambar macam tak berapa nak cun je...Huhh!
Kalau u all nampak dalam tomyam dia pun ada udang besar2 kan.. selain udang, dia letak ketam & adala sayur sikit2...
Ni lah hasilnya selepas kami habis makan.. Ohya, kami tak makan mee Udang yer.. bukan apa, semua lapar nasi.. Actually dekat restoran ni famous mee udang la.. saya tengok memang ramai yang order mee udang.. takpalah, next time kami datang makan mee udang pulak.. (",)
Total untuk keseluruhan makanan ni semua RM120.20.. Kalau u all pun teringin nak makan.. datang sungai petani, pergilah dekat area Giant tau.. Dekat Traffic Light Simpang 4..
Ini adalah minuman saya... minuman kegemaran saya... Agak2 u all air apa ni yer??..hihii Nampak sedap tak air saya ni??.. Kalau nak try, nanti pergi restoran order TOMATO SUSU SUAM.. tapi tengok restoran jugaklah.. ada jugak yang takda.. kadang tu bila order mereka siap terpinga2 lagi..