Ini si muka budak cerdik... Tadi saya cakap 'Aqilah, bukak seluar pergi kencing".. Dia pun bukak seluar & menuju ke arah tandas.. Lepas tu saya cakap lagi "Nak kencing duduk".. maksud saya mencangkung... Aqilah pun masuk tandas & mencangkung.. Bila dia dah siap kencing, terus dia berdiri sambil tunjuk air kencing dia dekat saya & tepuk tangan.. Hahhahahha... nampak tak gaya orang excited.. kononnya dia dah pandai la tu.. Ikut segala arahan ibu dia.. (^_^)
Alhamdulillah makin seronok mengajar Aqilah free diapers.. semakin senang walaupun ianya tak semudah ketika mengajar Alisha.. Tapi takpa, tak boleh bandingkan dengan Alisha kerana Alisha free diapers ketika usia 2 tahun berbanding Aqilah start belajar free diapers ketika usia setahun 5 bulan..