Dah nampak muka perempuan


Sejak dari kecik, orang duk cakap muka Aqilah ni macam lelaki.. Mesti orang akan bertanya lelaki ke perempuan walaupun pakai baju pink.. Tapi masa parent saya datang rumah baru ni, bila abah saya tengok je Aqilah, ayat 1st yang keluar "Haaa dah nampak muka perempuan dah sekarang ni"... hihi.. Agaknya sebab rambut Aqilah pun dah makin panjang kot... Ohya, selain tu, ketika di Tesco,. my dear bagitahu, ada yang panggil Aqilah "kakak"... haaa nampak tak, maksudnya betoilah Aqilah dah makin nampak wajah manis seorang gegirl... cewah ayat... muahahahaa.. padahal time tu Aqilah pakai macam dalam gambar tu haa, baju t-shirt, seluar jeans & ikat tocang ke atas.. 

Lagi satu kan yang memainkan peranan, saya rasa sebab Aqilah kan lasak, so, dia nampak kurus dah sekarang ni... bila dia kurus, automatik muka dia pun jadi memanjang @ bujur kan.. so, time ni, dagu dia tu, jadi makin nampak runcing.. bila muka bujur ditambah dengan pulak dengan dagu runcing, so, ia buat muka Aqilah nampak dah sweet sikit kot... tu diaaa andaian dari ibu Aqilah.. hahhaha... Umur dekat nak setahun setengah baru ada yang nak tegur muka macam gegiril... 

Ohya, u all pernah dengar tak orang cakap jika anak atas pada anak yang dikandung wajah dia macam boy, anak yang lahir nanti jantina boy?.. Kiranya macam ni la, wajah Aqilah kan orang kata macam boy, so, InsyaAllah anak yang dalam kandungan saya ni jantina boy la... Saya dah banyak kali dengar orang cakap camtu.. Harap2 anak dalam kandungan saya ni jantina lelaki.. Dilahirkan dengan selamat, sihat, cukup sifat & segalanya.. InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 17 comments.. read them below or add one }

nita nita April 09, 2014
makin lama makin sweet jer kakak Aqilah ni macam kakak Alisha dia kan..

ha'ah.. akak pernah dengar.. sebab masa Asyraf baby ramai ingat dia girl dan Aisyah lahir ramai ingatkan dia boy dan anak ketiga lahir ada yang ingat girl tapi bg akak memang muka boy dan sekarang baby dalam kandungan doktor kata boy..
InsyaAllah.. kali ni Ina kandungkan baby boy.. akak doakan k.. ^_^
PERMATABIRU PERMATABIRU April 09, 2014
insyallah moga2 akak dpt anak lelaki nanti..:)
jamilahamzah jamilahamzah April 09, 2014
yeker? irsyad ramai tegur kata girl.. oh, ada potensi la yer anak ke3 k.ja gugurl? hehe
Maria Firdz Maria Firdz April 09, 2014
Sama la kak... Si kakak dulu dh pkai baju gaun msa kecik org kata boy lagi... Hadoi...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 09, 2014
salam k.ina..

hihi.. makin comel la aqilah dgn muka bujur dagu runcing tu..

alhamdulillah...
hehe.. pernah jgk ade org ckp mcm ni.. insyaaLLah.. adik aqilah nnti boboy plak.. :)
QasehnyaRania QasehnyaRania April 09, 2014
aamiin
mmm, tak pernah pula dgr pasai tu..

wajah bujur dagu runcing.. comel la nanti ank dara ni :)
Unknown Unknown April 09, 2014
alamak lupa akak nak ajar ina le... mak mertua akak cakap... picit hidung dia... kalau hidung dia keras anak lelaki kalau lembut... anak perempuan
Admin Admin April 09, 2014
sama la mcm anak sy si syaza nmpk mcm lelaki sbb rambut x panjang2 lg..pakai sepit kat rambut x smpai 5 saat dah dicabut nya hehe
Rizziela Rizziela April 09, 2014
kelembutan seorang dara mesti ada gak kan? comelnya dia
Myra Jay Myra Jay April 09, 2014
Tak kisah muka laki ke pompuan ke asalkan sihat dan cerdas kan..
Biasalah sementara muka nak berubah kan :D
Unknown Unknown April 09, 2014
dagu runcing tu yang manis :D
Masya Masya April 10, 2014
pernah jgk dgr.. tp xtaulah betul ke x huhuhuhu.. tp pengalaman sendiri. masa mengandung amir dulu kalau pusat kt tak tersembul maksudnya masa pakai baju/kain elok jer tak nampak pusat tersembul kat baju selalunya anak lelaki.. itu pengalaman sylah.. kalau anak perempuan masa mengandung pusat kita nampak.. xtaulah btl ke tak...
Nora Karim Nora Karim April 14, 2014
alololo.... comei n sweet je nmpk aqilah tu... :D insyaAllah, moga anak yang dikandung tu boy... amin...
Unknown Unknown April 15, 2014
Tak pernah dgr lagi tu.. tp jijah berharap akak dapat baby boy.. pewaris kuat dlm keluarga akak..
lynndamya lynndamya April 16, 2014
Wahhh sweet sudah, nampak dah keperempuanannya tu ya, hahah :D
Fiza Rahman Fiza Rahman April 22, 2014
Ina, macam saya dulu ramai ingat qahirah boy even pakai baju pink. Sentap iols tau. Sekali masa pregnant anak ketiga yg kluar boy ☺