"Ibu pun ada"...

Rasa nak penyet2 je si Alisha ni tau.... Cepat betul pemikiran dia ni matang... Hujung minggu baru ni kami balik rumah MIL.. Biras saya yang tengah mengandung 7 bulan pun ada dekat kampung jugak...  Nak dijadikan cerita, time biras saya betulkan kain batik yang dia pakai tu, Alisha yang ada di sebelah terus pegang perut biras saya tu sambil cakap "Ibu pun ada"... 

Ya Allah Ya Tuhanku... pandai pulak budak kecik ni cakap ibu dia pun ada @ ibu dia pun mengandung... kiranya dia tahulah kalau perut perempuan besar, itu maknanya mereka mengandung & dalam perut ada baby... Saya ingatkan kot la dia hanya paham dalam perut ibu dia je ada baby... tapi rupanya dia dah paham semua perut perempuan yang besar2 adalah disebabkan mereka mengandung..

Kiranya dia tahulah jugak yang satu hari nanti perut saya pun akan besar camtu jugak.. Ohya, untuk pengetahuan u all, saya dah mengandung 5 bulan lebih sekarang ni tau tapi perut saya masih lagi kecik... kalau pakai baju t-shirt tu, tak nampak pun macam mengandung.. Adik ipar saya cakap "kebuncitan" perut saya tu bukan nampak buncit sebab mengandung tapi macam buncit sebab perut buncit... ahhah... Dah nak buat camne, spesis perut kecik.. time Alisha & Aqilah pun sama jugak...

Berbalik pada cerita Alisha, dia ada tengok buku pink biras saya tu ada gambar scan tau.. Aqilah tengok jugak masa tu, Aqilah macam biasala, excited dia tu... Kakak Alisha ni terus cakap "Aqilah, ni orang punya".. Eeeee geramnya Alisha ni... awat yang comel sangat ni... pandai pulak dia bagitahu adik dia yang gambar scan tu bukan adik dia tapi orang lain punya... olololooo... Haaa biasakan, kalau Alisha tengok gambar scan dekat buku pink saya, Alisha akan cakap itu baby muhammad... Harap2 masin la mulut Alisha... Actually saya memang ajar & bahasakan baby dalam kandungan ni dengan panggilan Muhammad... Bukan ke kata2 itu jugak satu doa... InsyaAllah...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
"Ibu pun ada"...

{ 18 comments.. read them below or add one }

Nieyla Nadia Nieyla Nadia April 16, 2014
Alhamdulillah...semakin bijak alisha yea...mudah mudahan dapat membimbing adik2 bler besar nant..Amin...:)
syawalsimpsons syawalsimpsons April 16, 2014
alhamdulillah moga menjadi kenyataan yang baby muhammad dalam perut ibu alisha ni kan..insyallah,...sue doakan ina moga selamt semua
ietams ietams April 16, 2014
wahhh!
pregnanT.. Tahniahhh!!
seronok tengok orang pregnant..
bestnya nanti dapat baby.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 16, 2014
Salam K.Ina..

hehehe..cma pun rasa nk penyet2 jgk!
geram... bagusnye kakak alisha ni :)
Siti Asiah Siti Asiah April 16, 2014
sweet & bijak je Alisha ni. Moga Allah makbulkan permintaan Ina utk dapatkan baby Muhammad...;)
lynndamya lynndamya April 16, 2014
Salam, wahh bijak~ bijak~ tp budak2 ni kena hati2 kalau cepat matang..takut2 termatang benda lain pulak..hehe..dan comelnya diorang ni :D..haa bagus tu kak, atleast kalau keluar baby boy, leh terus letak Muhammad..mesti diorg excited..haha :D
JunAina JunAina April 16, 2014
Mesti semua excited nak terima ahli keluarga baru.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 16, 2014
@lynndamya

haa betoi tu, tu yg kene selalu memrhati budak2 ni kan.. n kita as a parent pun kene pandai main peranan menjawab segala persoalan anak2...
Dunia Zumal Dunia Zumal April 16, 2014
Alisha bakal dapat adik lelaki yer :)
tifaanvar tifaanvar April 16, 2014
bijak...bijak. Smga kata2 alisya mnjadi doa agar mndapat adik Muhammad. Amienn
sal ya sal ya April 17, 2014
Haha... Akak teringat kwn akak dok ckp ngn bby dlm perut dia umar sbb nak sgt anak lelaki. Dia pn x plan nak anak ramai. Dah scan pn still pggl umat. Selagi x keluar kan. Tp semua tu ketentuanNYA. Delivered bby gal jgk dan muka sebijik boy. Tp x slh berdoa. Atas rezeki kita jgk la kan. Yg pntg mak dgn baby sht.

Alisha ni kakak yg baik dan bijak ye...
maszull maszull April 17, 2014
assalamualaikum intan...mmg anak yg bijak ni...;)
Nora Karim Nora Karim April 19, 2014
comei btul la alisha ni...
Puan Kutu Puan Kutu April 21, 2014
comel betul alisha ni...sy dok bayangkan wajah alisha dengan kata2 dia yg comel..bukan apa dua kali jumpa tak dengar lgsung alisha ni bercakap..pemalu sgt orgnya.hehe
Unknown Unknown April 22, 2014
Alisha budak bijak..
Moga termakbul impian akak utk dpt ank lelaki