Ibu, rambut kak isha dah rosak


Alisha kan sekarang ni dia cukup suka tengok rambut dia lepas mandi @ lepas sikat rambut.. Yela, rambut dia nampak lurus & panjang kan... Asyik duk tengok cermin je.. lepas tu cakap dekat saya "Ibu, rambut isha cantik"... bukan main melebar senyum.. Alahai anak... (",) Tapi bila rambut dia dah kering, Alisha datang bagitahu saya "Ibu, rambut isha dah rosak"... pastu saya cakapla... "rambut kak isha tak rosak, tapi rambut kak isha jenis curly.. tu yang jadi camtu"... Nampak gayanya Alisha sukakan rambut lurus.. si ibu time mengandung berangan kan anak rambut curly @ ikal.. tu yang dapat rambut cam Alisha.. (",) Time Aqilah saya berangan nak anak rambut lurus, tu yang Aqilah rambut lurus..

Ohya, saya banyak ceritakan status dialog2 Alisha ni dekat FB.. kalau u all nak baca lagi dialog2 comel si Alisha ni.. add la saya dekat FB tau.. hihi



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 10 comments.. read them below or add one }

aziazib aziazib April 23, 2014
sy request add dah... hihihi... selalu cam tu la ina kalau rambut lurus teringin nak kerinting. yang kerinting sibuk pi wat rebonding kan...
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 23, 2014
salam k.ina..

hihi..alisha ni comel la...
:)
nnti dah besar mesti rambut alisha kembali straight
Nora Karim Nora Karim April 23, 2014
hihihi comel betul la kakak alisha ni...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 23, 2014
hihi.sian alisha.nanti dah besar paham lettew yg rambut alisha jenis curly :)
Maria Firdz Maria Firdz April 24, 2014
lebih kurg stail rmbut Faiqah gak.. klu x syampu agak berkarut di hujungnya...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 26, 2014
lama2 nnti sh besar isha mestipaham kenapa rambut isha curly
ayut ayut April 27, 2014
Ala alisha..curly tu cantikla....kak ayut dulu nk rambut ikal tp smpi skrg lurus je..hihihi
Fiza Rahman Fiza Rahman April 29, 2014
Panjang rambut alisha.
Unknown Unknown May 05, 2014
Suka baca dialog akak n anak2.. comel je rada bila anak2 pandai berkata2
Mimie Mimie May 11, 2014
Dah pnjg rambut alisha...cantik aje