Anak2 saya dari umur belum setahun kot saya dah ajar mereka menabung.. Sebelum ni dah ada 2 tabung mereka tapi baru2 ni saya beli lagi satu pasal tabung yang dah sedia ada tu dah penuh... anak solehah ni pulak duk hentak2 bagi boleh sumbat jugak duit, last2 "bumbung" tabung dia tu rosak, so, saya beli yang baru dekat kedai RM5...
Saya suruh mereka masukkan duit dari tabung yang rosak tu ke tabung yang baru.. Anak2 saya ni pantang jumpa duit syiling, mesti nak masuk tabung.... kadang sengaja pergi cari duit syiling dalam beg duit syiling saya.. Kalau balik ampung pun sama jugak, terjumpa duit syiling sapa2, dorang ambik & cari tabung nak sumbat duit tu... Setakat ni dorang tak reti lagi nak membeli, so, belum ada lagi la aksi "korek" duit dalam tabung...hihii