Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Syukur kepada Tuhan atas segala ujian yang telah DIA berikan.. Semalam abah saya telefon, abah cakap ketika adik saya buat fisoterapi semalam, ADIK SAYA DAH BERJAYA MELANGKAH 10 TAPAK.. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA TUHAN...
Tapinya adik saya melangkah tu dengan bantuan la u all... Guna tongkat yang lebih kurang macam dalam gambar atas tu... Abah saya cakap, bila adik saya mampu melangkah, ini maknanya dia masih boleh berjalan.. Ya Allah Ya Tuhanku... Besarnya kekuasaan Tuhan... Tak sangka adik saya mampu jadi seperti sekarang... Kalau tengokkan keadaan dia ketika kemalangan tu, ibaratnya kami hanya perlu kuatkan semangat.. kene redha jika kami kehilangan adik saya.. Lebih2 lagi di dalam icu hari tu, adik saya ditempatkan di dalam bilik khas.. kiranya, kalau dalam wad ICU tu, adik saya yang paling kritikal la time tu...
Tapi ini semua kuasa Tuhan.. Kita sebagai hambaNYA jangan sesekali berhenti berdoa.. Doa itu adalah senjata kita.. Dengan perkembangan adik saya yang dah boleh bercakap, dah boleh melangkah.. InsyaAllah tak lama lagi pasti boleh berjalan.. InsyaAllah...