Aksi Alisha masak Kek Buah

Inilah Alisha... budak yang suka sangat bab2 mem"baking" ni... Inilah jugak antara aktiviti yang saya lakukan untuk menghabiskan masa yang berkualiti dengan Alisha... Kalau kami pergi Tesco kan, Alisha ternampak kotak kek segera, mesti dia akan cakap "Ibu, Isha nak masak  kek"... haa itu maknanya nak suruh beli la tu..


Saya ajar Alisha guna tepung segera je u all... Saya bukannya reti pun bab2 masak kek ni.. hihi.. Kek segera ni senang.. semua dah ada dalam kotak tu.. kita hanya tambah telur & marjerin je...


U all perhatikan gaya Alisha duduk dekat semua gambar dalam entry ni tau... Macam2 gaya dia duduk.. hahah.. Itu kes dia dah penat la tu..


Kali ni boleh dikatakan 90% Alisha yang buat kek ni... Saya hanya bantu sikit2 je.. 


Buat pertama kali jugak, tengah2 Alisha buat kek tu, Alisha boleh cakap "Wah, penatnya ibu"... siap buat gaya lap peluh dekat dahi lagi... hihii



Walaupun Alisha penat tapi dia tetap teruskan sampai habis... Bersemangat si budak Alisha ni... (",)


Alisha jugak cakap "Nanti abah balik nak tunjuk Abah.." Alahaiiii... seronok dengar dia cakap camtu... Dengan penuh kasih sayang Alisha buat kek ni...


Kegembiraan anak, adalah kegembiraan saya... sangat terserlah di wajah dia yang dia happy masak kek semalam..


Bila oven bunyi je "ting"... cepat2 Alisha berlari.. Bila dah potong pulak, dia duk tanya saya & Aqilah, sedap tak dia masak kek... Bila abah dia balik kerja, cepat2 dia ambik kek & bagitahu abah dia yang dia masak kek tu (",) Nampaklah Alisha teruja dengan kek dia tu.. (",) Kek Alisha buat kali ni sedap.. kira menjadila.. tapi saya ni yang mencacatkan kek Alisha.. Saya tak reti nak bajet suhu... so, kek ni macam tergaring sikit dekat bahagian tepi2 loyang tu...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 30 comments.. read them below or add one }

PERMATABIRU PERMATABIRU April 22, 2014
kek buah ke?nampak sedapp
Sidratul Muntaha Sidratul Muntaha April 22, 2014
tak pnh try lagi buat cake buah
anyhow nak try jugakkalh one fine day
budak2 kat umah tu seme gila baking
pegang nozzle je deme tak reti lagi
letih
ecah khalili ecah khalili April 22, 2014
pandainyeee..alisha nak tao x,aunty xpandai buat kekkk..kirenya alisha lagi terer la ni..
Masya Masya April 22, 2014
SAMELAH X RETI BUAT KEK BUAH JGK.. KALAU NAK SENANG MMG INSTANT JER.. PANDAI ALISHA... MMG NAMPAK TERUJA BTL DIA..
Mar Mansor Mar Mansor April 22, 2014
wah pandainya alisha buat kek...mudah kan sekarang ni..ada macam2
QasehnyaRania QasehnyaRania April 22, 2014
wah.alisha dh boleh tolong ibu kat dapur..bestnya.lpas ni blh brgabng tenaga dgn adik aqilah pulak.blh buat biskut raya sesama kan .syoknya :)

zmarl (ibu) zmarl (ibu) April 22, 2014
alisha dah terer la..
suka tengok dier senyum..manis cam ibu..
pasni leh la amik tempahan kak ina..hehehe
mama lynn mama lynn April 22, 2014
GOOD JOB ALISHA.... mcm best je aktiviti membaking ni. nak ajak diana buat kek jgk la nnt
Mrs Velentine Mrs Velentine April 22, 2014
dulu pernah buat..good job alisha
AnonymousAnonymous April 22, 2014
Nampak sedapppp ;) hee
- AZIE - - AZIE - April 22, 2014
pandainya alisha..nmpk sedap !!
Unknown Unknown April 22, 2014
saya belum cukup sabar nak bagi diorang baking sendiri.. mostly saya tolong.. next time kena bagi peluang jugak kat anak2 kan.. kena jadi ibu penyabar.. haha
Unknown Unknown April 22, 2014
Sedapnyaa alisha buat kek.. jauhnya cik jijah nk rasa..

Bestnya ada ank pompuan kak.. leh tolong kt dapur.. nk ajar kimi gak la.. hahaha
ayie atiqah ayie atiqah April 22, 2014
waa..kecik2 pndai d wt kek! =)
Unknown Unknown April 22, 2014
Alisha pandai buat kek.... jauh sgt cik jijah nk rasa.. mst sedap ni..

Bestnya kak ada ank dara.. leh tolong di dapur
Unknown Unknown April 22, 2014
Wahhh alisha.. sedapnya alisha buat... jauh pula cik jijah nak rasa
Unknown Unknown April 22, 2014
Sedapnyaa alisha... jauh pulak cik jijah nak rasa
emarieys emarieys April 22, 2014
lepas ni boleh masuk junior chef lah alisha....senyum puas hati si alisha.
emarieys emarieys April 22, 2014
lepas ni boleh masuk junior chef lah alisha....senyum puas hati si alisha.
zety zety April 23, 2014
banggenye aunty tgk dia berjaya buat kek :)
ecadwinkyasha ecadwinkyasha April 23, 2014
lepas ne kalau ibu nak makan kek, suh chef alisha je buat.hehehe~
aziazib aziazib April 23, 2014
nampak menarik kali ni ina.. nampak pn sedap. sy teringin gak nak wat kek tapi xde oven. maybe leh hantar pia clas baking one day....
ini kisahnya ini kisahnya April 23, 2014
kek ni memang sedap.. peberet mak kite.. kalau beli kat luar memang mahal.. nak kene cari yg instant jugak ni nak try.. :)
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 23, 2014
salam k.ina..
sedapnye..pnndai alisha baking cake yer!!
alhamdulillah..mmg nmpk terserlah kegembiraan alisha mmbuat kek.. ^^
Nora Karim Nora Karim April 23, 2014
dah besar dah alisha ni... pandai dah nak masak2... bagus la... :D
Maria Firdz Maria Firdz April 24, 2014
hehe.. suka baca celoteh dan aksi akk ttg anak-anak... tak sabar plak nk tunggu puteri-puteri sy membesar mcam alisha dan aqila... sy jadikan blog akk sbg panduan walaupun sy bekerja, tak menghalang sy utk beraktiviti dgn anak-anak... penguat smngt sy juga sbnrnya...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 26, 2014
yeay... brjya.. nti blh buat dgn aqilah pulakkan:)
ayut ayut April 27, 2014
Hahaha..saat last plak ibunya tlebih suhu..jadilah kak ina..yg penting muka hapoy alisha tu mmg tserlah sungguh...
Fiza Rahman Fiza Rahman April 29, 2014
Rajinnya. Pandai alisha buat kek ☺
Mimie Mimie May 11, 2014
Lpas nih leh order kek kat alisha la