cara nak bagi anak tidur

Aqilah kan dia biasa tidur siang tau.. So, bila malam mulalah lewat tidurnya... kami dah mengantuk tapi dia tak nak tidur gak lagi... Last2 satu hari tu, kami semua dah masuk bilik.. dah baring atas katil pun... tapi anak solehah Aqilah ni tak nak tido.. turun katil naik katil... g bucu sana, g bucu sini.. tu belum masuk bab dia keluar masuk tandas lagi.. Last2 saya ambik dia letak dekat luar bilik.. kira dia sorang2 la luar bilik yang gelap tu.. tapi takdalah gelap sangat sebab ada samar2 lampu jalan.. Aqilah pun apa lagi, menangis la kan.. Ohya, bukan letak lama dia luar bilik tau.. kejap je.. sebab saya letak je & buat2 tutup pintu pastu bukak balik sebab Aqilah menangis...

Sejak dari tu, kalau Aqilah tak nak tidur lagi, kami akan cakap "Aqilah kalau tak nak tidur, ibu letak Aqilah dekat luar bilik yer"... dan2 dari dia nak main2 tu, terus dia baring... hahahha... Serius comel sangat aksi dia time ni.. Kadang saya suka kacau.. hihii... kadang saya tanya "Aqilah tak nak tidur lagi ke?" Aqilah geleng kepala.. Lepas tu saya cakap "Aqilah nak duduk dekat luar?"... Aqilah geleng kepala makin laju... hahhahha... Bukan apa u all, sebab dalam bilik kan time tu dah gelap.. so, bila dia tak nak tidur & gerak sana  gerak sini, saya risau takut dia terjatuh katil.. Bila saya "ugut" camtu.. sekurang2nya kalau dia tak nak tidur lagi pun, dia baring statik je sebelah saya... takdalah saya nak risau kan... So, inilah cara saya nak bagi Aqilah si budak yang aktif ni diam2 dalam bilik... (^_^)

P/S : OHYA, JANGAN SALAH PAHAM YER.. SEBAB AQILAH SEKARANG NI KAN SEDANG MELALUI PROSES CERAI SUSU BADAN.. SO, DIA MASIH DALAM PROSES NAK SESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN... KALAU DULU DIA TIDUR AWAL SEBAB TIDUR SAMBIL HISAP SUSU BADAN.. SEKARANG NI, RUTIN DAH BERTUKAR... KIRA MACAM DIA NAK KENE LENA SENDIRI TANPA BANTUAN NIPPLE IBU DIA NI


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
cara nak bagi anak tidur

{ 18 comments.. read them below or add one }

Rizziela Rizziela April 22, 2014
saya akan buat mcm tu bila anak2 bergaduh or nagis x mau berhenti...x tahan nak dengar
Unknown Unknown April 22, 2014
tak salahkan kalau niat nak mengajar...
Ciktie Ciktie April 22, 2014
alahaiii ciannya Aqilah.. tapi betul juga, kalau dah tidur siang malam turn nak main la pula
Masya Masya April 22, 2014
cian aqilah .. pttnya ina lekakan dia waktu main siang.. biar dia main siang puas².. jgn bg tidur ... lekakan dia.. bg tgk tv ke, buat aktiviti ke.. mlm mesti dia cpt tidur dan esok cpt bangun pagi ...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 22, 2014
@Masya

a'aa sepatutnya camtu lah kan.. tp sebab aqilah sekarang ni dalam proses cerai susu badan, so, dia kira macam dalam proses nak sesuaikan keadaan baru dia tu...

kalau selama ni dia tido awal sbb terlena sambil menyusu tapi kali ni, dia nak kene lenakan diri dia sendiri...

saya aada tulis permasalahan aqilah berkaitan cerai susu hingga menangis setiap malam kan.. ini antara perkembangan dia la... its more better dari sebelum2 ni yang menangis berjam2 setiap kali nak tido...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 22, 2014
smga dipermudahkan buat aqilah.aamiin
Mrs Velentine Mrs Velentine April 22, 2014
alhamdulillah sememangnya itu lah caranya...ugut2 manja...
tifaanvar tifaanvar April 22, 2014
bagus cara ina ni. Kita org tahulah macam mana cara ina buat tu. Sbb setiap ibu akan faham bila tiba situasi macam ni. Si ibu bukanlah kejam tapi terpaksa demi kebaikkan anak juga. Kalau aqilah x tidur siang kesianlah si ina dngn preggy lg melayan ank2 dua org ni.
Unknown Unknown April 22, 2014
Kalau hakimi xmo tido gak malam nak buat dia cmtu.. train dia supaya tido awal
Unknown Unknown April 22, 2014
biasalah aqilah tu.. afiq dulu mula2 nk putus susu pun sanggup tahan mata takmo tido.. skrg pukul 10 mlm dh tido hihi tp shima pun kena baring sekali la sbb dia nak pegang pusat! hahahaahaha...
emarieys emarieys April 22, 2014
akak pun selalu buat 'ugutan' kalau nak mereka berdua tidur.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 23, 2014
salam k.ina..

hehe..rase nk geget je aqilah ni..
kalo anak2 cma kan kak.. dah ugut letak luar dlm gelap, blh pulak dia amek kerusi,panjat bukak lampu..si faiz tu la..dah betoi2 ngantuk.baru dia mai tido dlm bilik.. :p
Nora Karim Nora Karim April 23, 2014
bahaya gak tu kalau dalam gelap terjatuh... alahai kesian aqilah dah kena cerai susu badan... tabah la duhai anak...
Maria Firdz Maria Firdz April 24, 2014
Alhamdulillah la anak sy mudah tidur belaka... jam 10 mesti masuk bilik, golek-golek dan gurau2 smpai penat, nnt mudah la tidur...
QasehnyaRania QasehnyaRania April 26, 2014
in shaa Allah smga dipermudahkn ..aamiin
ayut ayut April 27, 2014
Aqilah tgh nk biasakn dri dgn keadaan kan...mcm2x permaslahan dan ragam ank2x ni..tp tu la moment yg paling indah...alhamdulillah
Fiza Rahman Fiza Rahman April 29, 2014
Sian aqilah. Good luck lah ina. Saya ni tak tau mcm mana nak cerai susu si qhalif. Bagi sampai dia benti sendiri kot...hehehe...
Mimie Mimie May 11, 2014
Meati comel aje time aqilah geleng kepala bile kne ugut ngn ibu die..heheee