Secara peribadinya, selama ni saya tak pernah tahu pun pasal URUTAN PERINEAL.. Anak nak masuk 3 orang baru saya tahu pasal urutan ni... Bila dah tahu, terdetik jugak di hati ni nak buat tapi dalam masa yang sama rasa seriau pun ada jugak bila membayangkan cara nak lakukakan urutan perineal ni.... Itu kalau membayangkan yang negatif.. tapi bila membayangkan yang positif, rasa nak buat sekarang jugak... Ohya, tahu ke apa yang positif tu??... Saya ada terbaca yang ada orang lakukan urutan perineal @ urutan perineum ni, dia bersalin takda nak kene potong or nak kene jahit... Tak ke best bila pikir pasal tu... Lebih2 lagi bab2 jahit menjahit ni, Ya Allah... rasa macam tak sanggup dah nak beranak... adehhhh sakit sungguh rasa... uisshhh tiba2 pulak terbayang pasal jahitan dekat "aset" kita tu...
Tak mau tulis panjang2 la, jom baca dulu cara nak lakukan urutan Perineal or urutan perineum ni... eh jap, sebelum tu nak bagi info sikit.. perineum tu maksudnya kawasan sekitar faraj & dubur tau..
URUTAN PERINEAL @ URUTAN PERINEUM HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA USIA KANDUNGAN 34 MINGGU KE ATAS & ATAS NASIHAT DOKTOR
- Mula2 sekali u all kene pastikan kuku u all tu pendek & benar2 bersih yer
- Lakukan urutan ni dengan menggunakan minyak kelapa dara, minyak zaitun or apa2 je minyak yang sumber bahannya semulajadi.. Jangan pulak guna minyak baby tau..
- Bila tangan & kuku kita tu dah benar2 bersih, kita carilah port yang selesa untuk kita mencangkung & lakukan urutan perineal ni..
- Sapukan minyak dari bahan semula jadi tu tadi dekat jari kita ni haa...
- Letakkan ibu jari kita 1 or 1.5 inci ke dalam faraj & 4 jari lagi di bahagian vontot seperti dalam gambar atas tu..
- Tekan2 ke arah bawah iaitu ke arah dubur & ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.. dengan kata lain, lakukan urutan ni mengikut bentuk U.. maksudnya kelima2 jari kita tu la yang bergerak dalam bentuk U tau.. 4 jari yang di vontot & 1 jari di dalam faraj
- Lakukan urutan tersebut lebih kurang 10 minit
- Urutan ni dilakukan sekurang2nya 4 kali seminggu.. InsyaAllah selepas 1-2 minggu u all akan mula rasa regangan..
Ohya sayang2... lepas lakukan urutan ni, u all boleh jugak buat kemutan pada vagina @ senaman kegel tau.. Eh, ke ada yang tak tahu apa itu senaman kegel?.. Senaman kegel ni kira macam cara kita menahan dari rasa nak terkencing tu haa.. Senaman ni bagus untuk buat otot vagina kita jadi lebih anjal.. dengan kata lain, otot tu boleh mengembang dengan lebih baik bila kita dah nak bersalin nanti.. Otot rahim kita pun akan jadi kuat jugak.. Actually senaman kegel ni, u all boleh lakukan bila2 je u all nak & di mana sahaja tanpa ada sape2 pun tahu.. Alaa bukan susah, u all buat je cara macam nak tahan air kencing separuh jalan & kira sampai 10 lepas tu lepas.. tahan lagi, lepas lagi.. ulang je benda yang sama...
Sama2 lah kita lakukan urutan ni & senaman ni yer.. Moga Tuhan mempermudahkan proses bersalin saya, awak, awak, awak & awak & semua yang mengandung yang tengah baca entry ni... InsyaAllah..
BACA KISAH SAYA LAKUKAN URUTAN PERINEAL @ PERINEUM
BACA KISAH SAYA LAKUKAN URUTAN PERINEAL @ PERINEUM