Adakah keputusan cerai susu badan itu salah

Sekarang ni saya takda mood nak update blog, nak bw, segalanyalah rasa takda mood... Saya kompius samada keputusan saya untuk cerai susu badan dengan Aqilah tu adakah tindakan yang betul atau tak... Aqilah macam tak boleh terima lagi... Hari2 menangis.. Tido malam pun hanya beberapa jam je u all.... Jenuh memujuk.. dukung dia sambil ulik suruh tidur... Secara peribadinya, badan saya jadi letih... Sangat letih..!! Tido tak cukup..

Susu badan saya dah takda sangat pun.. Aqilah kira macam nak hisap tu sekadar nak mengombeng.. Saya bukan tak nak bagi, tapi saya sendiri dah tak selesa bila Aqilah hisap.. Yela, susu dah takda.. so, kadang2 ia buat saya rasa tak selesa, kadang2 ia buat saya sakit, kadang2 ia buat saya rasa macam nak marah... Ya Allah Ya Tuhanku... Tak tahu nak cakap camne u all... perasaan saya sekarang ni, betoi2 dilema.. Ya Allah.. bagilah petunjuk apa yang terbaik untuk kami bertiga.. Aqilah, saya & kandungan...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."


Adakah keputusan cerai susu badan itu salah

{ 16 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons April 04, 2014
moga ina di beri petunjuk yg baik...semua yg terjadi ada hikmah...
Mrs Velentine Mrs Velentine April 04, 2014
kak ina...mv pernah alami benda ni 2 kali....masa ngadung wani n mimi...mv tak ceraikan susu badan mv biarkan jer anak hisap sebab nnt bila adik dia dah lahir automatik dia akan stop sendiri
PERMATABIRU PERMATABIRU April 04, 2014
bg something dekat dia utk pgg or main masa nak tido..
mcm ank sy suka gentel2 bantal busuk dia..ank k.ipar sy cerai susu badan nak tido dia gentel2 jenama baju..nmpk dan bunyi mcm pelik tp itu yg buat diaorg cepat lali & lena nyenyak..apasalahnya

*satu lg aqilah sambung minum susu botol or dalam cawan aje??bg dia susu apa?
Unknown Unknown April 04, 2014
Cuba bagi dia sesuatu yg lain.... ajar dia hisap botol ke... mungkin sebab aqilah masih kecil.. sabar in sha Allah...
skuterlady.blogspot.my skuterlady.blogspot.my April 04, 2014
salam intan,
dah berapa bulan mengandung? sabarlah ye.. kekadang kita sebagai mak kena bertegas demi kebaikkan... ^_^
AnonymousAnonymous April 04, 2014
doa yg terbaik tuk ina yer... mudah2an segal urusan dipermudahkan
Unknown Unknown April 04, 2014
alahai...sian akak aqilah n baby...sabar ye kak....moga DIA bg ptunjuk terbaik buat akak..amin..
Masya Masya April 04, 2014
ina mmg dah xde pilihan sbb susu dah kering, takpalah sekejap je aqilah mcm ni .. harap x berlarutan.. mmg amik masa sikit nak cerai susu badan ni.... yg penting aqilah masih ada selera makan.. walaupun tidur dia dgn ina mcm x cukup nak kena layan kerenah dia...
lynndamya lynndamya April 04, 2014
erk..akak...saya xtahu...harap ade blogger yg berpengalaman boleh explain sikit kt akak ye... :(
Maria Firdz Maria Firdz April 04, 2014
Sabar ea kak.. Gunakan pendekatan psikologi... Mmg ssh juga.. Tpi slow2 jgn pksa... Pnh rasa mcm yg akk rasa... Bykkn doa ea... Jika x psti buat istikarah moga dipermudhkn urusan akk...
Tie HT Tie HT April 05, 2014
moga dipermudahkan yea ina, kesian pulak kat Aqilah..take care
Unknown Unknown April 07, 2014
Keputusan ina tak salah.,tapi prosesnya mmg agak susah. Kesian kat anak.. tapi kita pun rasa tak mampu nak buat ape2.
Yang penting, ina teruskan berdoa agar aqilah dapat terima perubahan ni dengan baik.
tifaanvar tifaanvar April 07, 2014
bersabar dan brdoalah bnyk2 ina. Dugaan mngandung tu
Fiza Rahman Fiza Rahman April 07, 2014
Ina, masa pregnantkan qhalif pon saya mcm ni juga. Kesian kat qahirah. Sebab memang tak larat & sakit. Saya bag pon sket2 jer. Lpas qhalif lahir, buat tandem nursing ☺
Unknown Unknown April 10, 2014
Mmg mcm tu ina.. tambah lagi dgn perangai nk ada adik kan..
Mcm afiq ni, dia mmg tak nenen dah. Shima stop thn lepas bln 12. Smapai skrg tido atas lengan mok dia dan tangan tu mesti nak kutil nenen haaa... itu je pengubat rindu dia.. so tak dpt minum, dpt la pegang, mcm tu la kekdahnya
Unknown Unknown April 15, 2014
Siann yer aqilah.. tapi nak buat cmner kan.. kalau xmudarat utk akak n baby apa salahnya bagi juga..