Punca kaburkan bahagian mulut

Entry sebelum ni kan saya, saya kaburkan bahagian mulut saya.. Bukan apa u all, tiba2 saya terpikirkan sesuatu... Sebelum2 ni saya pernah terbaca ada orang komen maksud saya boy lah, yang dia rasa macam geram tengok bibir sorang girl ni, rasa macam nak ki_s.. Saya tak ingat di mana saya baca, samada FB ke blog ke atau mana ntah.. sebab sebelum ni saya macam tak ambik endah.. biasalah manusia.. kadang2 kita baca komen seseorang tu sepintas lalu, kadang2 kita baca komen seseorang tu dengan memahami maksud "tersirat"...

So, lepas2 ni, untuk gambar2 saya yang ambik dekat2 saya akan coverla bibir saya tu walaupun tak mungil..hahhahha... Kalau ambik gambar jauh2 or ramai2, takdalah nampak sangat bibir kita tu kan... Saja lah tulis entry ni, kang ada yang salah paham plak kata saya ni baik sangat ke apa ke.. saya tak baik mana pun tapi saya berusaha untuk berubah.. Gambar saya pun saya akan kurangkan upload di blog.. Eh, bukan rasa macam memang dah kurang ke gambar saya di blog... (^_^) Apa2 pun, segala kelemahan diri, datangnya dari saya sendiri... InsyaAllah akan berusaha untuk jadi lebih baik..

P/s : Bak kata Maria, wajah wanita menjadi tarikan lelaki, mereka memandang kita dari berbagai sudut..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Punca kaburkan bahagian mulut

{ 18 comments.. read them below or add one }

Ariana Ariana April 07, 2014
betul3 kadang2 gamba kita,kita ingat ok tapi sesetengah org (lelaki especially) akan tgk kot lain.
ya allah hai..geli pulak rasanya..
sbb kdg2 dari gamba pun boleh jadi zina
Maria Firdz Maria Firdz April 07, 2014
Sy dh xde gmbr sendirian kak... Suami sy suruh buang semua gmbr kt tenet.. Cuma de lagi sikit kt dlm picasa album... Tpi kt blog dh kurg... Kt fb tggl yg org tag aje... Sbb kdg lelaki tgk mata, pipi pun dia dh lain macam.. Tu kata suami sy sbg lelaki...
mila mila April 07, 2014
btl2..sy dh lama da praktik x ltk pic kat blog..kalo tgk mmg xde..melainkan yg terbaru terpaksa review psl produk,tu pon jenuh nak edit ltk plaster kat lengan2 hahaha.
Fiza Rahman Fiza Rahman April 07, 2014
Thanks atas perkongsian ina.
zmarl (ibu) zmarl (ibu) April 07, 2014
setuju..
nampaknya nak pelan2 kurangkan gambar sendiri jugak la kat blog..
Unknown Unknown April 07, 2014
Bagus tu permulaan yg baik
DYatie ABakar DYatie ABakar April 07, 2014
Hehehe. Sama2 kita berubah.
Rizziela Rizziela April 08, 2014
patutlah..tp setuju juga dgn pendapat tu
Deq's Qienz Deq's Qienz April 08, 2014
Masya ALLAH gan gambar pon boleh timbulkan dosakite kan..tenkiu sharing kak :)
- AZIE - - AZIE - April 08, 2014
sy pun dh memg jarang letak gmbr dkt blog..sejak dr awal buat blog lg, hubby dh pesan..simpan utk privacy sendiri sama..jgn selalu show off gmbr2 sendiri..tp tue la sekali dua terlepas jugak hehehehe...
Unknown Unknown April 08, 2014
macam2 perangai orang..pandai2 lah kite handle..
haryati haryati April 08, 2014
betul jugak kdg2 bley timbul citer lain pulak kan
mama lynn mama lynn April 08, 2014
Alhamdulillah ..sy sokong apa yg ina buat walau lynn sendiri x mmp nak praktiskan. mudah2an kt mjadi wanita solehah kan ina
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 09, 2014
salam k.ina..

ha.. betui2 tu.. lelaki ni mmg sifat dia akan pandang pada setiap sudut.termasukla kaki/tangan kita..

baik elakkan sblm jadi bahan nnti...


:)
QasehnyaRania QasehnyaRania April 09, 2014
peringatan bersama.. thanks ina
Mimie Mimie April 09, 2014
gmbr sy de jugak sorg sorg tp byk upload pic ramai ramai..lpas nih leh ikut mcm kak ina la
Unknown Unknown April 15, 2014
Thanks bgtau kak.. jijah pon baru tau ni