Aqilah dalam proses cerai susu badan


Firstly saya nak bagitahu, mulai entry ni, saya akan kaburkan anggota badan anak saya jika time tu mereka tak pakai baju or seluar pendek yer.. Walaupun mereka masih lagi kecik sekarang ni, tapi saya rasa ianya perlu untuk anak2 saya.. yela, di masa akan datang, mana nak tahu jika ada kawan2 mereka tengok gambar mereka berseluar pendek or tanpa baju, mesti mereka pun akan merasa segan kan.. gambar yang lepas2, insyaAllah saya akan cari masa untuk edit kembali dengan kaburkan seperti gambar atas ni..

Actually sekarang ni saya dalam proses ceraikan susu badan dekat Aqilah.. Susu badan saya memang dah drop sangat2 dah.. Pendek kata kalau Aqilah hisap pun sekadar nak menggombeng je.. Susu tu pun kalau perah, entah berapa titik je agaknya yang menitik dalam cawan... Alahaiiii.. Kalau dulu, bila anak tak hisap je, mesti breast akan membengkak tapi sekarang tak lagi u all.. takda apa2 effect pun... Kesian jugak tengok Aqilah ni.. Tapi takpa, saya kene pikir positif..!! Setiap yang berlaku samada saya suka atau tak, yang pasti ianya adalah yang terbaik yang dah dirancang oleh Tuhan..

Nanti saya ceritakan lebih lanjut pasal cerai susu badan ni.. Ohya, nampak tak gambar atas tu u all... Sekarang ni untuk bagi Aqilah tidur, saya terpaksa enjut dia... Yela, kalau sebelum2 ni dia terlena ketika menyusu kan... Agak susah jugak nak cerai susu badan dengan Aqilah ni... Nanti2 la saya story yer.. Tiba2 plak rasa perit dekat tekak ni haa.. sebak la plak u all...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 25 comments.. read them below or add one }

mama lynn mama lynn April 02, 2014
mudah2an aqilah memahami situasi mamanya ni.. mesti ssh kan nk cerai susu badan ni. Diana dulu ckp 2 thn kot mama nya da stop bg susu badan
Maria Firdz Maria Firdz April 02, 2014
memang sedih kak bila target tak smpai.. tapi Allah know the best kan... firstly kena redha baru proses tu lebih mudah.. insha Allah.. moga dipermudahkan urusan akk..
Suria Amanda Suria Amanda April 02, 2014
dah samapi masa Aqilah bercerai susu badan kot dik...akak dapat susukan dania dulu 6 bulan je dik...
Mrs Velentine Mrs Velentine April 02, 2014
xpe kak ....lama2 nnt dia biasalah tue
Mar Mansor Mar Mansor April 02, 2014
in sha Allah dipermusdahkan..Aqilah akan faham
QasehnyaRania QasehnyaRania April 02, 2014
in shaa Allah smga dipermudahkan
akmahika akmahika April 02, 2014
Aqilah anak yang baik...dia faham dan akan biasa la lama2...
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin April 02, 2014
Kesiannya Aqilah. Akak try la minum apa2 supplemen yg boleh susukan badan kalau Aqilah msih tak mahu ceraikan susu. Kalau dia tak nak juga, cuba try suruh dia minum susu guna botol.
Unknown Unknown April 02, 2014
kecik je aqilah ni ya ina? masih blh tidur kat baby bouncer.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 02, 2014
salam k.ina..

huhu..alahai..tersentuh hati tgk aqilah tido mcm ni..
dugaan utk ibu yg FBF..
Unknown Unknown April 02, 2014
tang bab kabur tu akak beri two thump up... memang sewajarnya dari kecil kita didik merekakan...
Ardini Humaira Ardini Humaira April 03, 2014
:'( darwish tak nak susu botol, gelas, straw sudu semua tolak kalau rasa susu. huaaa tatau cmana nak prektiskan dia berpisah susu
emarieys emarieys April 03, 2014
ina gantikan dengan susu tepung ke?
Nida Mohd Nida Mohd April 03, 2014
memang susah dan sedih sgt bab nak bercerai susu ni..takpe, pikir positif n kuatkan semangat..
Sheila Salim Sheila Salim April 03, 2014
Assalamualaikum kak intan. alhamdullilah. aurat anak2 kita kena jaga daripada awal. nanti lama2 depa pun terbiasa kan. semoga Aqilah berjaya bercerai susu badan. hehehe
Nasa Mulia Nasa Mulia April 03, 2014
salam...sian tengok baby yang nak diceraikan susu..tapi u tengah pregy kan, memang eloklah tu, tapi kadang ada yang menyusu sampai melepasi 3 tahun, jenuh mak dia sapu benda supaya anak tak mahu...
lynndamya lynndamya April 03, 2014
Salam, anak akak dah besar :) sebak ye sbb dh xdpt nk menyusukan dia :)
Haa, sy setuju dgn blurkan gambar tu, mmg sy sendiri pun, even dah besar, tp bila tgk pic sendiri mase kecik2 tak pakai baju, rase malu kot...huhu
Puan Kutu Puan Kutu April 03, 2014
cera susu budan bukan proses yang mudah ina.bertabahlah..Insyaallah ada jalannya
Zuraida Rahim Zuraida Rahim April 03, 2014
Saya pun dalam proses cerai susu.. anak dah nak masuk 3 tahun dah..
Unknown Unknown April 04, 2014
BW sambil sebar kebaikan ^^
http://iniblogcantik.blogspot.com/2014/04/jus-kordial-sunnah.html
Mrs Velentine Mrs Velentine April 04, 2014
kalau nak cerai susu ni mak kena keras hati sebab kalau anak nangis tue yg buat kita sayu
AnonymousAnonymous April 04, 2014
ye faham sangat tu, pasti kan apa keputusan yg kita buat, dah kita fikirkan sedalam2nya untuk kebaikan semua kan !
Masya Masya April 04, 2014
ciannya aqilah... harap dia oklah nak cerai susu badan ni...
Fiza Rahman Fiza Rahman April 07, 2014
Saat yang paling menyedihkan bila nak weaning off. Stop sementara ni. Lpas bb nah kluar, klo aqilah nak BF lagi buat lah tandem nursing.
Unknown Unknown April 15, 2014
Cerai susu badan ni mmg perit kan.. harap ada jalan pyelesaiannya..

Siann pulak aqilah.. dia kecik lagi..