Hidup ni bukan setakat orang akan tanya bila nak kahwin or bila nak dapat anak je tau.. Tapi macam kami ni pulak terkena tempias bila nak tukar kereta baru? Bila nak beli rumah?... Yela kereta my dear ni kereta "tua" kan... Kami pulak duk rumah sewa.. Kalau saya kaya.. tak payah cakap... sape yang takda rumah, sebijik sorang saya bagi.. siapa yang takda kereta, sebijik sorang saya beli... (^_^) Ohya, tapi yang kene tanya tu, dah semestinya bukan saya la kan.. sebab saya duk dengan anak2 je.. yang kene tanya mestilah my dear...
Berkaitan rumah, InsyaAllah ada rezeki Tuhan nak bagi, pasti kami beli.. tapi buat masa ni, rumah bukan satu perkara penting untuk kami.. buat masa ini tau.. akan datang tak tahu la.. Orang beli rumah, sebab nak ada tempat berteduh kan?... Orang beli rumah maybe sebab mereka takda tanah.. macam saya, saya kata belum berkepentingan lagi buat masa ni sebab kami dah ada tanah.. Alhamdulillah.. di tahun kedua perkahwinan kami, my dear dimurahkan rezeki untuk beli tanah yang dah siap dengan pagar batu.. Alhamdulillah luas jugak.. hampir setengah ekar... InsyaAllah jika takda apa2, inilah tempat akan kami menetap bila my dear dah pencen nanti... kami dah ada tanah, so, kami hanya perlu simpan duit untuk buat rumah mengikut citarasa sendiri... So, buat masa ni beli rumah bukan kepentingan la kan?.. Beli rumah sekadar untuk tambah aset tetap je la dalam life kami buat masa ni kan? Itu tanah milik my dear... belum campur lagi tanah yang bahagian saya punya... orang suka bercakap.. suka tanya macam2 yang kadang tanpa sedar mengguris kan hati kita.. perlu ke setiap kali orang tanya kami cakap "kami dah ada tanah.. tunggu nak buat rumah je lagi".. (^_^)
Sekarang masuk pulak kepada bab kereta... Yap, dalam bab kereta ni, memang kami nak beli.. rasanya buat masa sekarang kepentingan kereta melebihi kepentingan rumah... Saya tak impikan kereta yang besar2 pun.. sekadar nak ALZA je u all.. maklumlah, anak semakin ramai kan.. kenelah beli kereta yang besar sikit tapi murah.. hahah.. mengikut kemampuan kata orang.. Tapi tu la, rezeki belum ada lagi... Actually selain kereta my dear, saya sendiri pun ada kereta... tapi saya tinggal dekat rumah parent saya.. InsyaAllah akan ambik bawak balik Sungai Petani jugak nanti kereta tu.. lagipun Alisha dah nak sekolah tahun depan, so, bolehlah guna kereta saya tu untuk hantar or ambik Alisha dari sekolah... Tapi kalau kami nak beli kereta baru, rasanya saya akan jual kereta saya la.. tu pun kalau laku.. muahhahah..
Buat masa ni memang kami lebih pikir pasal kereta la.. Survey2 jugak kereta ALZA ni, InsyaAllah ada rezeki tak ke mana.. Tuhan dah tulis rezeki kami.. mana tahu kami berangankan ALZA tapi rezeki Tuhan nak bagi lebih dari ALZA... Sape tahu kan... Rezeki ni semuanya dari Tuhan... Cuma lambat atau cepat je.. Yang penting kene usaha... Apa2 pun saya hanya perlukan kereta yang mengikut kemampuan kami.. Macam ALZA tu insyaAllah tergolong dalam kemampuan la kan... saya tak nak beli kereta sebab nak "menunjuk" or mengikut orang... tapi nanti diri sendiri yang "tenat"... saya nak duit yang ada bila di tolak apa yang patut, kami masih ada lebihan...
Alhamdulillah jugak saya dikurniakan suami yang pandai urus duit.. yang pandai berjimat yang pandai menyimpan... Alhamdulillah kami tak perlu bayar bulanan kereta... alhamdulillah kami tak perlu bayar bulanan taska anak.. yang perlu dibayar hanyalah bil2 yang ada lepas tu loan macam loan peribadi.. loan study saya pun dah settle.. Alhamdulillah.. My dear jugak ada buat pelaburan emas sikit2 & pelaburan dalam saham sikit2... Emas tu my dear simpan dari belum kawen lagi.. Kira bolehlah untuk tanggung kami anak beranak ni.. Kalau terdesak adalah emas yang boleh digadai kan.. muahhahah.. Lagi satu jugak, Alhamdulllah sebab kami ditakdirkan menetap di Sungai Petani yang taraf hidup dia rendah.. barang murah.. so, Alhamdulillah bolehla menyimpan kan... Tapi takpala.. apa2 pun saya anggap mereka2 yang bertanya pasal bila nak beli rumah.. bila nak beli kereta.. secara tak langsung maybe mereka pun berdoa moga kami dimurahkan rezeki dapat rumah or kereta... InsyaAllah(",)
Saya cadangkan beli Exora lagi elok sebab Exora adalah terbaik dan saving minyak
Lagipun Exora besar dari Alza
Singgah entry saya gak ye. TQ