Yap, saya memang suka bertanya... (^_^)

Dekat entry sebelum ni, saya ada dapat komen dari Shima.. katanya dia tersenyum baca soalan saya dekat entry tu... hahahha.. Untuk pengetahuan u all, saya ni jenis manusia yang suka bertanya... Soalan saya tu memanglah nampak remeh & ntah apa2 je punya soalan.. hahhah.. Tapi itulah saya sebenarnya... Family saya dah tahu sangat perangai saya... Kalau orang cakap sesuatu saya mesti akan tanya balik.. Contohlah kalau orang kata jangan duduk atas bantal.. nanti jadi bisul.. saya akan tanya pulak, kenapa nak jadi bisul.. Apa kaitan duduk atas bantal dengan jadi bisul.. Kiranya setiap kali orang bagi jawapan, setiap kali tu jugak saya akan bagi persoalan.. saya akan berhenti bila saya puas dengan jawapan yang diberi ataupun orang tu dah malas melayan saya cakap... muahhahha.. Tapi ia bergantung dengan siapa saya bercakap & mood saya ketika tu... tak semua orang saya akan bertanya dari A sampai Z.. orang yang saya tak kenal, malasla nak tanya lebih2 kan..

Berbalik pada entry sebelum ni tu pulak, saya bertanya sebab tiba2 ada pulak yang cakap kalau perut cepat membesar lelaki & perut lambat membesar perempuan... saya macam nak gak cakap rasa macam tak logik, eh, bukan tak logik tapi tak semestinya sebab disekeliling saya ada je kawan2 yang jenis perut lambat nampak tapi lahir anak perempuan or lelaki.. kiranya tak sama jantina la kan... Macam Jijah, dia lahirkan baby boy... macam saya baby girl...  First time plak saya dengar orang2 tua cakap camni... saya nak jugak cakap pasal ni tapi keadaan tak mengizinkan masa tu... Ia sama jugak macam kes, kalau bersalin awal, anak Boy, kalau bersalin lambat anak girl... Yang ni saya bolehla argue jugakkan sebab saya dah alami sendiri.. tapi tang saiz perut, nak argue pun saya takda pengalaman.. hahahh.. Nampak tak saya ni peel camne... ape ke jenis peel ntah... saya ni jenis nak kan sesuatu tu ikut logik.. bukan pe, kadang orang2 tua ni dorang cakap dengan confident je.. tapi bila sampai waktu, lain jadinya.. so, itu yang saya rasa macam nak tambah ilmu lebih lagi melalui pengalaman kawan2... (^_^) Wah gituuu....

Soalan2 camni, kita hanya akan terlintas bila kita tengah mengandung je... Yela u all, orang nak bercakap dengan kita bab2 ni pun, jika kita mengandungla kan.. Rasanya ramai je orang2 lain pun yang nak tahu gak pasal2 ni semua kan.. Cuma kadang2 tu, nak tanya lebih2 takut kene marah..hihii... Nasib saya ada blog, so, bolehlah bertanya dekat sini... Lagi syok sebab melalui pengalaman kawan2 kan berbanding melalui cerita or  cakap2 yang disampaikan dari mulut ke mulut...

Tengah nak bertanya ni, layankan je la soalan merapu saya ni ye u all... hahah.. Malas nak buat entry bergambar, camgini lah jadinya.. hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."
Yap, saya memang suka bertanya... (^_^)

{ 18 comments.. read them below or add one }

Mimi Azirah Mimi Azirah April 21, 2014
takpe bertanya spya tambah ilmu kan
syawalsimpsons syawalsimpsons April 21, 2014
sue pon jenis perut lambat beso/..tak tau la ina..sebab sue ngan ina kan susah nak nampak perut bila preggy ni kan
skuterlady skuterlady April 21, 2014
pada saya, tak semua alami simptom yg sama sepanjang tempoh kehamilan. lain orang, lain ragamnyanya... ^_^
Puan Kutu Puan Kutu April 21, 2014
bagus suka bertanya tak sesat jalan..tp kan kadang2 benda melibatkan org tua2 ni layankan je la dengan niat menjaga hati.huhu
QasehnyaRania QasehnyaRania April 21, 2014
rajin bertanya byk dpt ilmunya .hi hi i
QasehnyaRania QasehnyaRania April 21, 2014
rajin bertanya dpt tmbh ilmu.tak giteww:)
Mrs Velentine Mrs Velentine April 21, 2014
tapi kan kak..ada betulnya sebab MV anak perempuan semua bersalin awal abg haikal jer lewat 2 minggu...tang perut pun sama...masa bby girl lambat jer nampak..
Tihara Tihara April 21, 2014
orang kata malas bertanya sesat jalan..
rajin bertanya banyak faedahnya :)
Nida Mohd Nida Mohd April 21, 2014
Sy pn suka tnya balik kalo rs benda tu mcm pelik/x logik / x penah dengar..mesti nk tau lg detail..hihihi
zaza zehra zaza zehra April 21, 2014
bagus jgk kadang2 banyak tanya.. :)
Solehah Shamsuddin Solehah Shamsuddin April 22, 2014
akak sama dengan solehah. suka bertanya setiap kali bw blog orang. haha padahal, mesti orang tu susah nak jawab. maklumlah, kadang2 ni orang publish je komen n xreply komen kita tu
Fiza Rahman Fiza Rahman April 22, 2014
Ina, berdasarkan pengalaman saya yg dah ada 3 anak ni. Anak 1st (boy) perut kecik. Masih bley pakai kebaya even dah 5 bulan sampai org tak tau saya pregnant. Dah start 5 bulan ke atas, memang perut membesar bagai johan sampai bos saya ingat saya pregnant kembar.

Anak kedua (girl), yg ni saya rasa memang cepat besar perut saya.

Anak ketiga (boy), perut kecik sebab tak sedar pon dah 5 bulan ada bb dalam tu.

Dan untuk ketiga² anak, dorang lahir awal dari tarikh jangkaan ☺
tifaanvar tifaanvar April 22, 2014
saya an lkki perut comel je. And cepat lahir dr due date. Ank prmpn perut besar n lambat dr due date. Camane tu??
azizah :) azizah :) April 22, 2014
Mcm jijah perut lmbt nmpk.. bila 5,6bln ke atas baru nmpk dgn jayanya.. yer tu mmg lelaki.. lg satu lahir lmbt.. lebih due..
Shima Salleh Shima Salleh April 22, 2014
percayakan instinct ibu je :) takde kena mengena ngan perut tau ekekekekeke :)))))
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ April 23, 2014
salam k.ina..

eheh..akak yg bertanya..kitorg jgk dpt kongsi jawapan.. hihih :)
Maria Firdz Maria Firdz April 24, 2014
klu bab tu, x blh nak kata gak la... sbb saiz peurt tu bergntung saiz badan juga sbnrnya..
ayut ayut April 27, 2014
Ni namanya entry pertanyaan dan huraian....hahaha..okla kak..memang pon kat sini secara xlangsung blh kongsi pngalaman dgn kawan kan..