Roti Sarang Lebah arab dengan sos butterscotch yang sangat sedap & sangat lembut selembut kapas..!!

Saya sekarang memang malas sungguhla nak buat entry dekat blog tau... Cerita banyak, resepi pun banyak jugak nak share.. Pakat duk terperap dalam draft je semuanya... tapi dekat FB saya rajin pulak saya upload gambar masakan.. ahhaah.. Bagi menunaikan permintaan kawan2 dekat FB, saya karanglah jugak entry resepi MINI BUNS SARANG LEBAH ARAB WITH BUTTERSCOTH SAUCE... Resepi asal Roti sarang lebah ni adalah dari Sis Lydia Honey tau.. Roti sarang lebah with butterscotch sauce ni sangat2 sedap & sangat2 lembut.. selembut kapas hokay..!! Butterscoth sauce dia tu, Ya Allah Ya Tuhanku.... sedap sungguh..!! 

U all memang patut try buat roti sarang lebah ni, ramai orang buat sekali terus jadi.. siap buat meniaga lagi.. tapi saya pulak, masa cubaan pertama, tak menjadi sangat pun u all... bukan tak menjadi apa, maksud saya tak menjadi tu sebab roti saya tu terlebih garing.. so, keras la sikit... saya ni bab2 suhu memang fail.. tak tahu nak agak berapa suhu patut guna... Tapi itu kali pertama lah yang tak menjadi disebabkan terover suhunya... Untuk kali kedua & kali ketiga masak, Ya Allah Ya Tuhanku... rasa nak menangis...sebab menjadi.. hahahha... Dia jadi lembut selembut kapas... Nak dijadikan cerita pulak, kali kedua tu, saya buat dengan niat untuk bagi MIL & adik2 ipar makan..


Ini roti sarang lebah yang saya buat untuk family my dear.. Roti ni sebelum dimasukkan ke oven... kat atas tu, kita boleh je nak hias apa2 pun.. saya letak badam & jintan hitam & alamakkk yang warna warni tu apa nama dia yer.. dan2 lupa plak time nak taip entry ni.. adehhh...


Ini roti yang saya dah curah butterscotch sauce... Lepas masak je roti, keluar dari oven terus saya letak butterscotch sauce.. Time ni sos tu dah suam2 sikit... Saya memang sengaja melimpah ruahkan sos tu atas roti, dah gaya sekali pandang macam pizza.. hahahha... Sos tu sangat sedap & rugi kalau letak sikit... hahahha


Nampak tak sos tu yang dah sejuk, dia nampak pekat melekat je dekat roti tu... Alahaiiii... Dengan roti tu pun bila kita pegang, ianya selembut kapas... MasyaAllah.... Ohya, Family my dear cakap ROTI SARANG LEBAH WITH BUTTERSCOTH SAUCE NI SEDAP !!.. MIL cakap sedap & adik2 ipar pun cakap sedap... Mereka pun duk cakap lembut... (^_^).. Mulalah ai rasa nak kembang vontot... kikikiii


Hari ni saya masak pulak lagi 2 loyang... 1 loyang untuk saya makan sendiri & 1 loyang untuk my dear bagi rakan2 opis dia makan... Alhamdulillah, tertunai hajat di hati saya.. Bila saya rasa seronok, bila saya rasa teruja dengan sesuatu... saya nak kongsi kegembiraan saya tu dengan orang lain jugak.. So, saya terus masak roti sarang lebah ni untuk kawan2 opis my dear.. Harap mereka pun akan suka dengan roti sarang lebah ni.. InsyaAllah... Minggu depan jika dipanjangkan umur, saya nak masak lagi untuk parent saya & jiran kanan & kiri rumah saya ni.. InsyaAllah..


  • 2 cawan tepung gandum ____________ saya dah pernah guna tepung roti jugak
  • 1/2 sudu teh dry yeast _____________ saya guna yis mauripan
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1/4 cawan plain yogurt (suhu bilik) _________________ saya guna bancuhan susu tepung, maksud saya, mula2 ikutlah sukatan susu tepung u all tu.. macam susu saya guna ni, 200ml air + 3 sudu besar susu.. pastu ambik 1/4 cawan air susu tu untuk gantikan plain yogurt.. 
  • 1/4 cawan minyak sun flower _________________ saya guna minyak masak
  • 1/2 cawan air suam _______________ saya guna air suam2 kuku


  1. Larutkan YIS + GULA + AIR SUAM sampai berbuih macam dalam gambar atas tu tau... Nampak tak yang bulatan putih besar tu, yang tu buih la tu... kalau tak berbuih, seperti yang tepi2 bulatan putih tu, yang warna gelap sikit tu..
  2. Di dalam mangkuk adunan, masukkan TEPUNG GANDUM + BAKING POWDER = saya ayak terlebih dahulu pastu letak GARAM & kacau sebati
  3. Masukkan CAMPURAN YIS YANG DAH BERBUIH & YOGURT ke dalam mangkuk adunan tadi
  4. U all dah boleh uli sambil masukkan minyak sedikit demi sedikit.. ULI SEHINGGA ELASTIK.. Macam saya, time rajin saya uli sampai sejam time tak berapa rajin, uli setengah jam je... tu pun tetap jugak lembut.. Actually lagi lama uli lagi bagus, roti kita tu akan jadi lebih gebu..
  5. Bila dah puas uli, biarkan doh tu sehingga kembang 2 kali ganda dari doh asal
  6. Bila dah kembang bolehlah tumbuk2 doh tu bagi angin dia keluar
  7. Sapu minyak di tangan u all & ambik doh lepas tu u all genggam doh tu & akan keluarlah doh tu dari celah ibu jari & jari telunjuk kan... Haa doh yang keluar celah tu la u all ambik letak dalam loyang yang dah disapu minyak.. U all buat doh tu jadi sebesar buah langsat je tau.. Ohya, dalam loyang tu, u all susun rapat2 tau doh yang kecik molek tu semua..
  8. U all buat macam tu sampai habis, Doh tu MEMANG LEMBIK & MELEKAT2 DI TANGAN TAPI JANGAN RISAU, U ALL SAPU JE MINYAK DEKAT TANGAN BAGI KURANGKAN MELEKAT2 TU..
  9. Bila dah penuh loyang tu dengan doh, u all letak la apa yang u all nak letak atas dia, macam saya letak badam & jintan hitam... U all nak letak pumpkin seeds pun boleh.. tak nak letak apa2 pun boleh.. ikut citarasa masing2... Dah siap, u all biarkan hingga doh tu naik 2 kali ganda lagi sekali.. 
  10. Bila dah naik 2 kali ganda, bolehla u all bakar... Bila dah siap bakar time tengah2 panas tu, terus curahkan BUTTERSCOTH SAUCE ke atas roti tersebut & SIAP..!!

BUTTERSCOTH SAUCE


  1. 1/2 cawan brown sugar.. macam gambar dekat atas tu yer...
  2. 1/2 cawan whipping cream ____________ saya guna susu cair 
  3. 1/2 sudu teh esen vanilla
  4. 25g butter
  5. CARA2 : Cairkan BUTTER pastu masukkan BROWN SUGAR = Kacau selalu hingga gulanya cair & berbuih.. Tuangkan WHIPPING CREAM secara perlahan2 sambil tangan terus mengacau tau, kang hangus pulak.. pastu MASUKKAN VANILLA... kacau sebati & SIAP..!!

PERINGATAN

  • Pastikan oven betoi2 panas baru masukkan doh roti tadi yer... Kiranya u all kene panaskan oven terlebih dahulu la... Panas oven tu maksudnya kosong la dalam oven tu yer.. takda apa2... U all guna suhu lebih kurang 180 - 200C api atas bawah lebih kurang 10 15 minit ke... Bila dah bunyi "ting".. barulah u all masukkan doh u all yang dalam loyang tu tadi... Untuk oven di rumah saya ni, saya guna suhu 160C.. Untuk 10 minit pertama saya guna api bawah sahaja & 5 minit terakhir saya guna api atas bawah...
  • Doh memang lembik, JANGAN TAMBAH TEPUNG TAPI JUST SAPU MINYAK JE DEKAT TANGAN U ALL TIME NAK BENTUKKAN DOH JADI BESAR BUAH LANGSAT tu yer...
  • JANGAN BAKAR LAMA SANGAT NANTI KERAS
  • Ohya, tujuan oven nak kene betoi2 panas tu sebab nak jadikan roti u all tu nanti lembut selembut kapas... Wah, gitu kekdahnya.. 
  • Kalau tak habis makan, simpan dalam bekas kedap udara yer... Iskk tapi takdanya tak habis makan... sekali hadap je tu... (^_^)
  • Ohya, saya letak BUTTERSCOTH SAUCE YANG TENGAH PANAS2 KE ATAS ROTI YANG KELUAR OVEN TU YANG TENGAH PANAS2 JUGAK... TAPI MESTI BERHATI2..!! Yela, sebab tengah panas kan.. (^_^)
P/S : WARNA BUTTERSCOTCH SAUCE TU COKLAT GELAP TAU.. GAMBAR SAYA NI DAH MERAH MACAM SOS PIZZA.. BIASALAH, KAMERA MURAH, FAKTOR PENCAHAYAAN.. HIHII




"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 35 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons April 15, 2014
ok sue dah amik resepi..insyallah nak buat weekend ni
Falsya Falsya April 15, 2014
Inaaa..terliur dh..smbl baca smbl pikir ade x bahan2 kat umah..hehe
ainza ainza April 15, 2014
wah sis, tengok dalam gambar pun dah nampak sedap apatah lagi kalau rasa ni. mesti sedap! hihi mengidammm pulak laa
Masya Masya April 15, 2014
gigihnya mak yong menguli tepung, seyes terliur nampak sos tu.. sy dah beli bahan nak buat roti jgk.. tp asyik x sempat² nak menguli kikikiki .. sampai amir dah merenggek² nak makan roti...
Delimasari Delimasari April 15, 2014
nk ambik resepi boleh ke?
Nonny Nonny April 15, 2014
ermmm sedapnya terus lapar perut tengok roti nie.
msredcheesecake msredcheesecake April 15, 2014
nampak pun sedap... terliur
Nora Karim Nora Karim April 15, 2014
uish... sedapnya.... tapi sayang tak de oven.. huhuhu
Unknown Unknown April 15, 2014
Sedapnyaaaa... terliur tengok...resepi simpan dulu.. t leh try
Nur Madihah Nur Madihah April 15, 2014
Sedpanya! first time dengan nama makanan ni :)
QasehnyaRania QasehnyaRania April 15, 2014
waaa.. nengok pon dh mcm nk nangis.cntik je bentuk roti.belom rasa lagi kan :)
aziazib aziazib April 16, 2014
kalau bab bakar-bakar ni ok bye xde oven.. sobsob... teringin nak buat puding roti. buat ina hantar ke kita.. hihihi
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 16, 2014
Salam K.Ina..

aduyai..sana sini ade beehive ni.. tergugat menegoknyer.. nyum3..

sos butterscoth akak tu mcm sos yg letak atas piza.. nampak 'pedas' ehehe..
thanks share resepi kak.. siap step by step..
tak sabar nk beli oven.. nk meroti..

:)
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 16, 2014
@♥ Cmª shIemª ♥

hahhahha tau tak, ada kwn kak ina siap ckp kuah kari... kah kah kah....

actually dia warna coklat gelap tau.. tapi biasalah dah kamera pun murahkan.. tu faktor pencahayaan tu yg warna dia berbeza dr yg real.. hihi
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 16, 2014
@Delimasari

blh je.. ambik je kak.. hihi
Myra Jay Myra Jay April 16, 2014
Akhirnya keluar juga entry roti Ina ni :)

Myra mcm nak balik buat je, tak sabar sangat..
Serius tau myra ingt Ina letak sos + daging/ayam cincang tu (mcm kita buat sos spagethi) sebab kaler merah..heheee
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 16, 2014
@Myra Jay

HIHII MMG RAMAI YG INGAT CAMGITU... LEBIH2 LAGI CARA SAYA LETAK YG PENUH DGN SOS TU PUN BUAT LAGI NAMPAK MCM PIZZA... takyah cakap org lain, saya sendiri pun tgk camtu.. hahahha
lynndamya lynndamya April 16, 2014
Wahhh apekah ini~~~ T_T nampak sangat sedap, tp xde mase nak buat..belum rajin lagi, hahaha
tifaanvar tifaanvar April 16, 2014
bestnya resepi ini, siap dimodify dngn bhn2 yg biasa ade kat rumah je.
Tq ats resepi ni.
sal ya sal ya April 17, 2014
Baru je bercadang nak buat sbb tgk resepi seorg kwn yg dok kat mekah ni. Dia rajun msk pus share resepi termasuk la resepi roti ni. Nnt nak buat jgk sbb anak2 mmg suka roti.
Mimie Mimie April 19, 2014
Ok kak ina nti sy try ye..dh buat nti sy share dekat blog
Puan Kutu Puan Kutu April 21, 2014
terus salin resepi tau ina..nti seru dtg sy buat.bab nak menguli tu yg malas sikit tu..sejam kena uli?fulamak...hehe
Fiza Rahman Fiza Rahman April 22, 2014
Kecur ailio tgk roti tu.
lina lina April 23, 2014
Assalamualaikum tuan rumah,

teruja betul nak buat roti ni sana sini kata sedap....dh copy recipe
lina lina April 24, 2014
alhamdulillah dh mencuba terbaik....terima kasih berkongsi...
QAYYUM Creations QAYYUM Creations May 06, 2014
Sis nora.sy guna adunan roti ni goreng buat cakoi.klu cicah butterscotch sdap jg ni
Unknown Unknown June 02, 2014
terliur nengok..tapi maaf la yer kalo saya silap..saya rasa bukan jintan hitam kot sbb nmpak seperti bijan hitam...hehe
IntaNBerliaN IntaNBerliaN June 02, 2014
@Bai Zura

As salam.. terima kasih tinggalkan komen... yap, rupa dia mmg macam bijan kan... tapi sebenarnya saya mmg guna jintan hitam atau dengan nama lain, habbatus sauda... rumah saya takda bijan hitam... just ada habbatussauda sebab saya amalkan minum air habbatussauda.. :-)
AnonymousAnonymous September 30, 2014
Waaa kecur tgk..xsabar tggu oven ni..mmg nk buat Sgt InsyaAllah..tq share resepi
sheila sheila October 21, 2014
Baru nak tnya kenapa sos nya kaler merah... Hihi.. Kesilapan kamera rupanya... Pape pun kena try ni.. Tip berguna nk buat roti gebusss...
sheila sheila October 21, 2014
Baru nak tnya kenapa sos nya kaler merah... Hihi.. Kesilapan kamera rupanya... Pape pun kena try ni.. Tip berguna nk buat roti gebusss...
Unknown Unknown December 06, 2014
thanx sis atas perkongsian resepi..nak try buat..heee :)
Unknown Unknown December 06, 2014
terima kaseh atas resepi ni...nak cuba buat...harap2 menjadi mcm ni..heee
AdhanHaziq AdhanHaziq January 27, 2015
Tq for sharing.. syok lg baca dgn lawaknye... hihihi