Mee kari simple tapi sedap..!!


Buat pertama kali dalam sejarah, semalam saya masak MEE KARI... Serius saya tak tahu @ tak pernah masak mee kari tapi saya teringin nak makan.. kalau beli tak puas, masak sendiri boleh makan banyak & berulang kali.. yang saya tahu, masak mee kari ni macam kita masak gulai kari biasa tu haa... Dengan penuh semangat, petang semalam saya masak mee kari ni tau... Rahsia yang saya nak bagitahu u all, normally kalau saya masak sesuatu yang saya tak pasti ianya menjadi or tak, mesti saya akan berdoa dalam hati masa tengah masak tu...  contohnya "Ya Allah... bagilah sedap masakan aku ni... aku masak dengan penuh kasih sayang untuk bagi anak & suami aku makan"... ohya, tapi normally time masak2 tu adalah jugak saya zikir apa2 kan.. tapi itu perkara biasa yang semua orang buatla kan... Ada masa saya kelam kabut, tak sempat gak nak zikir time masak tu u all.. yela dengan anak pulak time tu la nak kelam kabut sekali..

Cara saya masak mee kari ni sangat2 simple tapi sangat sedap..!! Sungguh teruja sangat bila suapan pertama ke mulut saya je.. terus saya terhenti sekejap makan.. hahahha.. pastu dengan seronoknya & dengan perasankan dirinya bagitahu my dear "Abang, ina masak sedap..." melebar saya senyum rasa macam tak boleh nak tutup mulut ni... hati seronok sebab menjadi.. hahhaha.. Ohya, tapi bila saya cakap camtu, my dear buat tak tahu je u all.. takda respon.. biasalah, my dear kalau sedap bukan nak bagitahu tapi kalau tak sedap laju je dia kritik... tapi dalam diam2 my dear tu u all.. tau tak, my dear siap bertambah lagi makan mee kari yang saya buat tu tau... wah, apakah maknanya??... Ini yang buat saya makin seronok... Seronok memasak.. Selagi tengah Tuhan kurniakan kudrat ni, bolehlah saya masak untuk anak & suami.. masak puas2.. Nanti jika kudrat saya dah diambil, sekurang2nya saya tak rasa ralat... InsyaAllah.. (",)

Cara saya buat mee kari ni senang je u all.. Saya hanya guna bahan yang ada di rumah je tau... BAWANG BESAR + BAWANG PUTIH + HALIA = BLEND.. DALAM PERIUK, TUMIS 4 SEKAWAN + BAHAN BLEND = TUMIS SAMPAI WANGI.. PASTU MASUKKAN SERBUK KARI AYAM + SERBUK CILI.. = MASAK SAMPAI PECAH MINYAK.. PASTU MASUKKAN AYAM.. MASUKKAN AIR + SANTAN PEKAT + FISHBALL & FISHCAKE + AIR ASAM JAWA + GARAM + UBI KENTANG YANG DAH DIREBUS & DILENYEK UNTUK PEKATKAN KUAH.. SIAP...!!

Cara nak makan makan biasala kan.. celur mee, celur sayur sawi, celur tauge, telur rebus & daun sup.. bahan2 celur ni dimasukkan sekali dalam mangkuk time nak makan tu.. (",)


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 28 comments.. read them below or add one }

msredcheesecake msredcheesecake April 24, 2014
akk sampai skang tak pernah masak mee kari...hhhee
PERMATABIRU PERMATABIRU April 24, 2014
seyies mmg puas hati kalau masak mee kari sendiri..i like..**selalu sy tambah serai ketuk dalam kuah kari tu..:)
PERMATABIRU PERMATABIRU April 24, 2014
seyies mmg puas hati kalau masak mee kari sendiri..i like..**selalu sy tambah serai ketuk dalam kuah kari tu..:)
Sheila Salim Sheila Salim April 24, 2014
Assalamualaikum kak intan. wallah. terliur sheila...
- AZIE - - AZIE - April 24, 2014
sedap...dh la mengidam mee kari
Unknown Unknown April 24, 2014
4 sekawan tu ape???newbie lagi dlm bidang masak memasak ni
Masya Masya April 24, 2014
saya tak minat mee kari.. tp resepi ina ni mcm senang jer.. macam sedap jer .. nanti nak cubalah hihihihi
Kak iman Kak iman April 24, 2014
aaahh.... bhgianya tgk mee kari akk
Unknown Unknown April 24, 2014
review resepi ina.. dua kali shima patah balik baca fishball+fishcat, mata dok berhenti kat situ sambil fikir... fishcat tu apa ye?
Oooo rupanya fishcake ^_^
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ April 24, 2014
salam k.ina..
sedapnye.. peberet cma ni.. nyum3... ^^
mintk kopiteh resepi dulu..aaa...nk try nnti!

fishcat? ape tu kak? bebola jgk ke?
intanfirdaus247 intanfirdaus247 April 24, 2014
salam ina,,wah sedapnya walaupun simple tp mmg selera
syawalsimpsons syawalsimpsons April 24, 2014
sue salute la kat ina...rajin n sifat ingin tahu tu meninggi snagat...mmg terrer la ina ni masak...
Delimasari Delimasari April 25, 2014
boleh ikut cara Intan ni ---
haryati haryati April 25, 2014
erm...sedap jugak ye....bley try sendiri ni
Unknown Unknown April 25, 2014
kalo pandai masak kari , kira sng jer nk buat mee kari ni.. kan.. tgk pic nmpk sdp mee kari ina..terliur plak tgk.. :)
emarieys emarieys April 25, 2014
akak pertama kali masa mee kari masa raya tahun lepas...hehehe.
QasehnyaRania QasehnyaRania April 26, 2014
kalau buat mee kari sy suka letak kerang hihi..
lega n puas hati kan bila dpt buat sndiri
ayut ayut April 27, 2014
Sedapnya...!! Tgk gmbar pon nmpk sedpanya dh kak...hihi
maszull maszull April 28, 2014
assalamualaikum intan...nampak gambar jer dah terasa sedap ni...:)
Fiza Rahman Fiza Rahman April 29, 2014
Sedapnya. Dah lama tak makan mee kari.
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 30, 2014
@Shima Salleh


hahhahh salah eja la shima.. tak perasan.. hihii
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 30, 2014
@♥ Cmª shIemª ♥

kak ina silap eja cma.. sbnarnya fishcake tapi g taip fishcat plak.. hihi
IntaNBerliaN IntaNBerliaN April 30, 2014
@misz sheyla

4 sekawan tu, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis & buah pelaga
Puan Kutu Puan Kutu May 04, 2014
sy tak berapa minat mee kari tp tgok mee ina ni likat melikat kuahnya macam sedap la pulak..tp betul ina, sy tgok tesktur kuah dia ni mmg perfecto
Unknown Unknown May 05, 2014
Mak selalu masak mee kari.. sedapp.. tapi jijah xpandai buat..huu
Mimie Mimie May 11, 2014
Uiiiiiitttt kak ina meleleh air liuq sy..hehehe