Cara saya pupuk Alisha sukakan BUKU..

Guna gambar recycle sebelum ni je.. malas nak godek2 album.. hihi

Memandangkan ada yang bertanya cara saya pupuk minat alisha terhadap buku, so hari ni, saya nak ceritalah sikit pasal tu.. Tapi sebenarnya anak saya ni macam anak u all jugak... bukanlah setiap masa suka mengadap buku main pun banyak jugak.. hihii.. Tapi alhamdulillah la setakat ni alisha memang menunjukkan minat dekat buku atau apa2 je untuk dibelek2.. seperti surat khabar, pamphlet, novel, buku cerita, majalah & semualah yang sewaktu dengannya..

Kalau tak silap saya, ketika Alisha berumur 10 bulan lebih kot.. tak sure tapi yang pastinya sebelum umur setahun la.. Alisha dah tidak lagi mengoyakkan mana2 buku or apa2 je yang berbentuk kertas sebaliknya dia dah mula memerhati kadang2 tu sambil pot pet pot pet seolah2 membaca.. hahahha 

Back to the title.. Actually, ketika saya mengandungkan Alisha saya memang seorang yang suka membaca sebabnya time tu belum ada broadband... saya pulak jenis tak suka tengok TV so, life banyak dihabiskan dengan membaca.. maybe dari sini jugak kot alisha boleh sukakan buku...

video

Selain tu, saya dah start kenalkan Alisha dengan buku ketika dia masih kecil.. ketika belum pandai meniarap pun..time 2 dia berumur 3 bulan lebih.. setiap malam saya akan baca buku cerita untuk dia.. & kadang2 saya tunjuk buku cerita tu dekat dia... VIDEO DEKAT ATAS TU, VIDEO SAYA MELATIH ALISHA MELIHAT BUKU KETIKA BERUMUR 3 BULAN LEBIH.. (Alisha tergedik2 kaki & tangan nak pegang buku cerita tu).. hahahhaha

Ohya, kalau u all nak tengok video ketika Alisha menyulur semata2 nak ambik majalah pa & ma saya, KLIK SINI manakala jika u all nak tengok dia  menyulur sebab nak ambik kertas, KLIK SINI..  Kedua2 video ni dirakam ketika Alisha belum lagi berumur 6 bulan..

Saya jugak jenis seorang yang biarkan je jika Alisha nak koyakkan apa2 je buku sebab bagi saya ianya adalah salah satu cara alisha dalam mengenali buku @ belajar... dah banyak jugaklah buku kene koyak ketika alisha masih lagi kecik.. hihii Pendek kata, saya telah mula mendedahkan Alisha dengan buku ketika dia masih kecil lagi... walaupun orang kata ketika anak masih kecil mereka belum tahu apa2 lagi tapi hakikatnya mereka belajar dalam diam(",)

Seorang doktor pernah bagitahu saya, yang anak2 pada 3 tahun pertama sebanyak 80% "jaringan2" akan bersambung manakala selebihnya sebanyak 20% akan bersambung selepas umur 3 tahun walaupun ketika kita berumur berpuluh2 tahun.. so, alangkah ruginya kita, jika kita membiarkan 80% jaringan2 tersebut berlalu begitu sahaja tanpa bersambung...(",)

P/s : Sama2lah kita luangkan masa walaupun 5 minit bersama anak2 untuk mengajar mereka... Bak kata Kak Nida, sorang penceramah tu cakap " Anak2 bawah 4 Tahun jika belajar selama 5 minit tu pun dikira dah lama" Pssttt ini cara saya pupuk Alisha.. setiap orang mungkin berbeza (^_^)

{ 18 comments.. read them below or add one }

fiza fiza December 08, 2011
Rajinnya anak dara nih membaca.

Thanks for the tips intan. Anak dara saya plak dia suka sgt koyak kan buku, pastu masuk mulut...haihhhh...bagi buku yg hard cover plak habis di hisapnya sampai terkopek. Nak kena pupuk minat membaca gak nih ☺☺
Naz Naz December 08, 2011
bertuah Alisha dapat mak yg memahami
mas saari mas saari December 08, 2011
singgah dari blog Ujang!
bagus2... ajar dari kecil, nanti dah besar dia mesti cepat pandai membaca!

macam anak Mas umur 5 tahun dah lancar membaca!
konde konde December 08, 2011
comel-nya

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM100, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
k.h.a.l.i.l.a k.h.a.l.i.l.a December 08, 2011
baru baca review dr ujang. wah2.... insyaAllah besar nnt bijak Alisha ni ^_^
Izan Ishak Izan Ishak December 08, 2011
good girl alisha... baguslah kecik2 dah sukakan buku. bila dah besar dia cintakan ilmu...
Dalila Hamid Dalila Hamid December 08, 2011
kecik2 dah rajin membaca.... besar nnti tentu cerdik..... InsyaAllah amin
aimi aimi December 08, 2011
mst alisha pndai nt =)
Puan Kutu Puan Kutu December 08, 2011
pandinya alisha.aiman dulu msumo setahun sy dah belikan buku abc 123,habis dia koyakkan.haha.

dah besar sikit br ok,tak koyak dah..

sejak baby mmg sy bacakan buku cerita utk dia..

sekarang alhamdulillah sy tgok aiman mmg minatkan buku.tp mslhnya buku cerita jer.buku sekolah nie kena ajar slow2.tak boleh paksa sgt nti dia stress.kesian!haha..
fieda fieda December 08, 2011
ALA COMEYNYER DIA...
Saiazuan Saiazuan December 08, 2011
hmm menarik, jadi memang betul la klu nak didik biar bermula dari akar nya :)
wan nurul hezrina wan nurul hezrina December 09, 2011
sharing yang bagus..hikhik tgktuh buku terbalikpun still fokus lagi..dasyat=)
ummu muhammad ummu muhammad December 09, 2011
part yg koyak buku tu aduiiii saba jelahkan heheh buku ibu muhammad yg die koyak ade yg kulit tebai tu tak tahan..
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda December 09, 2011
excited Alisha nk bc buku eh..(dlm video tue).. bgus la, pndi Ina didik ank ye..hehe..

Hannah pun suke bc buku gak.. n suke conteng2 kertas gune pensel warne.. ^_^
Mama Adam Mama Adam February 01, 2012
Aktiviti mengoyak bagus untuk kanak2. Tapi, kasilah recycle paper ke, buku murah2 utk koyak. Sayang kalao buku dikoyak.

Adam dulu pun, saya biarkan saja. Tapi, kalo sedar awal, saya kasi kertas utk dia koyak. Jenuh juga utk selotape balik buku yang koyak. Walaupun x byk, sayang.