"Duit boleh dicari tapi masa bersama keluarga adalah sebaliknya..."


Baru2 ni ketika kami 3 beranak, tengok video iklan sayang mama yang Alisha suka tu.. Tiba2 my dear cakap "Perempuan dalam video ni tak kerja mesti sebab suami dia tak bagikan".. hahaaa boleh pulak macam tu.. pandai2 je my dear ni.. hihii.. Padahal suami yang tak bagi isteri dia kerja tu.. my dear lah sebenarnya... hahaaa Tapi saya tak kisah sebab saya dah seronok jadi "HOME MINISTER"... (^_^)

U all nak tahu tak, my dear pernah cakap dekat saya.. "Duit boleh dicari tapi masa bersama keluarga adalah sebaliknya".. Yela, jika kita asyik berkerja tanpa memberi memberi sedikit masa berkualiti untuk dihabiskan bersama family.. tak ke dah rugi.. Contohlah.. Anak kita ketika kecik memerlukan perhatian dari kita tapi kita terlalu sibuk dengan kerja.. sedar2 je anak kita dari tak boleh meniarap tiba2 dah boleh berjalan.. so, tak ke dah rugi saat2 indah untuk kita bersama anak kita.. masa itu tidak mungkin mampu diputar kembali... 

Syukur Alhamdulillah jugak sebab saya dapat seorang suami yang lebih suka duduk rumah.. Keluar rumah pun, mesti kami 3 beranak sama2 keluar... Bila berada di rumah, my dear lebih suka mengadap komputer duduk tengok saham dia, tak pun tengok pasaran emas.. lebih hebat main game Top Gun dekat facebook.. muahhahah.. Thats y bila my dear ada dekat rumah saya jarang online... hihiii

Sesibuk mana pun kita.. carilah masa bersama family kita.. memang zaman sekarang, duit sangat penting tapi adakah  ianya berbaloi jika melihat anak kita or family kita tak bahagia?.. Janganlah kita membiarkan masa berkualiti bersama keluarga dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja... kerana sesungguhnya masa itu tidak mampu diputar kembali.. (^_^)

P/s : Hujung minggu @ hari cuti memang best bila kita dapat berkumpul dengan family (",)

{ 17 comments.. read them below or add one }

fieda fieda December 19, 2011
btul tu ina...bertuah kita ni suami tak kasi keje...pendapat suami ina tu sama gak la dgn pendapat suami kak fieda..dia taknak anak dia terabai bila org lain yg jaga..tapi nasib tak serupa..ada kwn2 kita yg terpaksa berkorban masa dgn bekerja sbb nak tolong suami...
Dalila Hamid Dalila Hamid December 19, 2011
alahamdulillah... suami akak pun begitu... tak reti nak berhibur kat luar selalunya ditemani akak sekali...
KhaiZa KhaiZa December 19, 2011
yup... betul3.. sokong 100%. masa itu lebih berharga dari emas... emas boleh dibeli tapi masa tidak boleh dibeli.. kalau terlepas sesaat, tidak boleh dipatah balik.. walau sesibuk manapun kita dgr urusan kerja kita.. bila ada terluang masa dengan family gunakan lah semaksimum mungkin.. kerana... setiap perkara yg kita lalui.. akan jadi kenangan untuk kita dimasa tua kita...
Tihara Tihara December 19, 2011
betul tu..kena bagikan masa utk anak2.. :)
fiza fiza December 19, 2011
Bertuah intan sbb dpt jadi SAHM 24/7. Dapat melihat perkembanagan anak dan melihat anak membesar depan mata. Macam kami yg bekerja nih, jadi org kedua jer lah bila anak dah pandai meniarap, merangkak dan Berjalan. Org pertama yg tahu sudah semestinya pengasuh kat nursery kan.
Mizz ErMa Mizz ErMa December 19, 2011
family sy jaoh..so, taem wiken xboleh nak berkumpul dengan family macam orang laen..T-T
LYAfrina LYAfrina December 19, 2011
setuju dgn kata2 ina tu.. saat mlihat ank mbesar dpn msa adalah detik terindah.. tp cam lya bkerja.. tiap kali ada msa,. mmg msa tu dgunakan spnuhnya utk family.
♥♥azatiesayang ♥♥ ♥♥azatiesayang ♥♥ December 19, 2011
salam Ina..kdg2 isteri terrrrpaksa membantu suami tuk menambah pendapatan ngan pertambahan keluarga.Klu dok kat bandar lagi lar...semua kena byr.mmg la kdg2 terasa rugi xdpt melihat perkembangan anak2..masa tuk bersama anak2 pon trhad... tp nk buat camna kan?
K.atie pon masa anak sorang masih berkeje lg..bila pregnant anak ke dua...resign.Cuma skrg kerja dr rumah jer...jg akaun biz HB.
SeputihSalju SeputihSalju December 19, 2011
geng gn aman la, dok main top gun jer...hehehe..
QASEHNYA RANIA QASEHNYA RANIA December 19, 2011
tak apa bg yang bekerja luangkan masa pada hari cuti hujung minggu ..i'Allha walaupon sekjap mungkin lebih bermakna...;P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha December 19, 2011
alahai,nak gak dpt husband yg lebih pentingkan family dari liburan sendiri di luar.hahahaa.

doa2kan lah dapat :)
aimi aimi December 20, 2011
haih.... hari2 bce cerita akk wt sy rse xsabar nk kawin.... =)
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda December 20, 2011
btul ckp Ina tue.. spending quality time ngan famly sgt2 pnting.. w/pun sy busy ngan study, tp sy syukur xt'lepas saat2 pnting dlm idup Hannah.. ^_^
Puan Kutu Puan Kutu December 20, 2011
bg yg bekerja walaupun tak dapat luangkan sepenuhnya masa bersama keluarga,Insyaallah masa berkualiti tu cukup.jgn smp terabai masa bersama keluarga sudah.macam sy walaupun bekerja,sgt byk masa dekat rumah sbb shift.hari minggu n keje mlm angkut anak sekali bawak p opis.hehe..
Nida Nida December 20, 2011
Betul tu Ina.. dulu masa Kak Nida kerja akak tak fokus pada family sangat.. sibuk dengan tugasan, tapi bila diberi peluang cuti tanpa gaji ni, barulah rasa indahnya andai dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Masya Masya December 20, 2011
beruntungnya ina dapat duduk rumah nampak anak membesar depan mata... sy pun bekerja mmg x bnyk masa dekat rumah, tp alhamdulilah hujung minggu x bekerja blhlah jaga anak kat rumah...
MamaEma MamaEma December 20, 2011
Alhamdulillah, setakat ini saat anak untuk meningkat satu demi satu berlaku di depan mata kami semua... walaupun kami berdua bekerja...kami tetap luangkan masa dengan anak-anak..paling tidak hari minggu, mesti bawa anak-anak pergi playground itupun kehendak si kakak...