KENAPA MESTI AJAR MASA BAYI LAGI?


Secara peribadi, saya memang sangat2 berminat untuk mengajar anak saya ketika kecik ni lagi.. seperti yang pernah saya cakap sebelum ni... 3 tahun pertama adalah sangat penting untuk anak2 kita menyambung seberapa banyak sel2 otak yang berada di dalam otak mereka tu.. 

Untuk pengetahuan u all, ketika anak kita dilahirkan, anak2 kita mempunyai 1,000,000,000,000
( 1 trilion ) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam tempoh setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda. Sebab itulah jugak, saya cakap 3 tahun pertama adalah sangat penting untuk kita mendidik anak2 kita!!! Otak anak2 kita berkembang pesat sewaktu usia 3 tahun ke bawah kerana kemampuan otak menerima banyak input pada waktu itu.

Saya bukan seorang guru yang sangat banyak ilmu untuk mengajar anak saya tapi saya hanyalah seorang ibu yang ingin melihat anak saya berjaya di satu hari nanti.. Sebab tulah, saya tak kisah rumah saya jadi macam taska pun.. hihii.. Ohya, bukan rumah sendiri tapi rumah sewa.. hehheh..*Kalau rumah sendiri lebih dari TASKA kot saya buat..hihii* Saya tak kisah apa anak saya buat sebab saya tahu dia dalam proses pembelajaran tapi segala aktiviti dia di bawah pengawasan saya la.. (",)

Saya banyak ajar anak saya dengan flash card la.. tak kiralah samada.. ianya dalam bentuk kertas or dalam bentuk slide show dekat komputer ni haa... selain tu, sambil2 saya bersembang dengan alisha saya suka mengeja.. contohnya, kalau dia main sudu.. Saya bagitahulah.. "Alisha, ini nama dia SUDU.. S.U.D.U. = SUDU..".. Walaupun alisha belum pandai bercakap bahasa kita tapi saya tahu, sedikit sebanyak input tu akan masuk ke dalam otaknya.. Bahasa kita fail, bahasa "German" sangatlah dia pakar...hahhahha

Saya memang berminat nak ajar anak saya ni.. cuma tu lah.. saya sendiri bukannya tahu sangat cara nak mengajar ni... ilmu yang ada pun hanyalah sekadar dari pembacaan saya tentang pembelajaran.. Actually, dari ketika pregnantkan alisha lagi, saya telah mula mencari @ membaca apa2 je maklumat untuk mengajar anak ni.. Sementelah saya pun adalah seorang suri rumah sepenuh masa, so, saya mempunyai 24/7 masa bersama dengan Alisha..
 
U all pulak, macamana u all ajar anak u all yer?.. Kongsilah tips u all jugak dengan saya supaya kita boleh sama2 pratikkan ia.. Lagipun saya tahu, kita semua ibu2 ni, pasti nak yang terbaik untuk anakkan.. (",)

{ 22 comments.. read them below or add one }

||aLeaSaRa|| ||aLeaSaRa|| December 15, 2011
salam pagi sis!teruskan usaha...ya mmg betul tu bagus mendidik anak dari usia mereka kecil.jgn ajar bercakap pelat..biasakan guna ayat yg penuh,sentiasa bacakan buku cerita dan bercertita guna intonasi yg sesuai dgn mimik muka seperti kita sedang berlakon.

galakkan anak2 sukakan buku yg bergambar sebab gambar itu membantu mereka utk lebih faham.kite percaya anak sis akan membesar menjadi anak yg cerdik :)
Nida Nida December 15, 2011
Bayi ni umpama spounge... mudah meresap segala apa yang dipelajarinya... :)

p/s: sini dah pukul 2 ptg. Beza 5 jam dengan malaysia :)
ieda ieda December 15, 2011
stuju dik .. semuanya dari permulaan kan :)
QASEHNYA RANIA QASEHNYA RANIA December 15, 2011
betul tu, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya. betul tak?
QASEHNYA RANIA QASEHNYA RANIA December 15, 2011
betul tu, bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungya. betul tak?
LYAfrina LYAfrina December 15, 2011
LYA PON Mmg dh ajr asya sjk awl lg..skarang dia pon dh knl beberapa warna dlm english.. biasa lya suka cari objek bewarna,,contoh lego merah..lya akn suh asya cri brg lain y sama kaler dgn lego tu n sbut kler aper..

utk mgenal bnatang lak.. lya ajr bito bm siap dgn bunyi.. ctk cat untk kucing meaw2.. bla tnya asya... cat apa.. dia akn kata cat utk kcing,,bnyi meaw2..

dan lya baca kt mana aritu,, n lya praktis mmg bkesan.. mgajar ank mgunakan flash card bgambar.. alhamdulillah.. sjk thn lps lg..asya dh igt n knl smua y kat flash card tu.
Tina Othman Tina Othman December 15, 2011
rajinnya, cepatlah pandai anak klu mummy dia rajin ajar =)
Bui Junaidi Bui Junaidi December 15, 2011
bertuah kalau jd suri rumah sepenuh masa..leh didik anak2 dgn tangan sendiri..mcm bui yang bekerja ni hanya harapkan cikgu ataupun pengasuh jer yg ajar..

kesian bila terkenangkan anak2..huhu
Qaseh Gifts Qaseh Gifts December 15, 2011
Salam perkenalan..

Cara mudah untuk kanak-kanak ialah guna flash card :-)
Zie Zie December 15, 2011
Boelhlah ajar anak Ina kan tak kerja... emm macam-macam boleh ajar...
MamaEma MamaEma December 15, 2011
betul tu bermula dari kecil utnuk ajar anak.... si kakak okey je time kcil tak pelat..tp si adik puas beulkan..cakap ambil yang belakang jer.
Myra Jay Myra Jay December 15, 2011
Ye stuju, budak2 mmg cepat belajar, kekadang apa kita buat dia mudah ingat then ikut :)


Sbb tu kena bg contoh baik kan ;)
Gen2Merah Gen2Merah December 15, 2011
Alahamdulillah, tahniah kak Intan. mendidik anak2 biarlah dr rebung nya..

Bagi saya seorang guru, utk peringkat umur mcm tu, perlunya d ajar konsep pramenulis secara asas terlebih dahulu merangkumi otot tangan, jari jemari, serta pergerakan koordinasi mata..

Ini bertujuan untuk mempersiapkan anak2 dgn tulisan yg lebih kemas dan betul.. dlm masa yang sama, kita juga bole mengenalpasti tahap kelemahan penulisan anak2..

antaranya latihan asas adalah melakar objek/ bentuk, menggunakan jari menulis huruf d pasir@udara, mewarna, menggunting mngikut garisan, memindahkan duit syiling dari satu bekas ke bekas yang lain..

manakala utk asas pembacaan pula, penggunaan flash card huruf2 memang terbaik.. ia boleh di laksanakan melalui bberapa kaedah seperti kaedah fonik (sebutan) mahupun kaedah abjad.

ini penting utk mengasah anak2 dengan menguasai kemahiran 26 huruf tu terlebih dahulu sebelum masuk ke pembacaan suku kata (ba, ca, da) dan seterusnya pembacaan secara perkataan dan akhirnya peringkat ayat (ayat pendek, ayat panjang)

waaaaa, panjang plak komen saya kali ni.. ya, tak sabar rasanya nak menanti pembukaan hari persekolahan,.. ekekeke

Gud lak ya kak Intan. Penulisan dan pembacaan mmg perlu dilaksanakan secara berperingkat2 agar anak2 tidak merasa bosan jika ajaran kita terlalu sukar utk tahap kemampuan pemikiran mereka.

Nanti akak rujuk kat goggle la search pasal ni ya... Banyak info2 asas pembacaan dan penulisan tu.. hehehe
eva eva December 15, 2011
setuju2.. sy da amik kusus kanak2.. sgt penting dr kecik nak didik mereka..
fieda fieda December 15, 2011
kita bernasib baik kan ina sbb dapat mengadap anak 24 jam...jadi kita dapat mereka dgn cara kita sendiri...kak fieda pun dedahkan pada maira lebih byk bahan bacaan jugak..jadi kalau gi mana2 dia lebih suka pada bahan bacaan dari mainan..kalau masuk kedai buku mmg seronok la...pasti ada jer buku yg dia nk..
fiza fiza December 15, 2011
Betul tu intan, seawal usia lah bagus untuk kita dedahkan dgn pembacaan sebab di usia mcm ni ilmu mudah di serap.
Puan Kutu Puan Kutu December 15, 2011
entahlah ekk,sy rasanya kurang mengajar Aiman mungkin sbb sy bekerja..tp apa sahaja yg berada dipersekitaran sy akan jadikan sebagai pembelajaran..cthnya benda ini kegunaannnya sebagai ini,itu n so on.lg pulak Aiman suka bertanya.so mmg mudahlah sy nak mengajar..

tak nafikan umur 3tahun kebawah budak cpt tgkp apa yang di ajar.macam aiman sy ajar sebut nama binatang in english.mmg byk haiwan in english dia igt masa umur 2tahun..

sekarang dlm proses nak ajar aiman mengenal huruf dan nombor. Agak terlambat sebab ibu Aiman nie sebenarnya malas.haha..budak sebaya Aiman sepatutnya dah mengenal huruf..

oh yer menjawab pertanyaan anty ina,Aiman dah 4tahun 9bulan.Taun depan dah 5taun dah pun..:)
eB ezrin eB ezrin December 15, 2011
alhamdulillah, tq 4 the info
mamaNoriz mamaNoriz December 15, 2011
tu yg kena dedahkan ilmu dri dlm perut lagi kan...
ibu kena rajin baca dan mengaji...

gd info ina!
Masya Masya December 15, 2011
seronoknya jadi suri sepenuh masa boleh bg lebih tumpuan pada anak... saya pun x suke cakap pelan dgn amir.. alhamdulillah sampai sekarang dia ok bercakap x pelat langsung.. sepupu dia umur 6 thn pun msh pelat...

mengajar pulak suka pakai kad yg ade gambar² dia senang tangkap... ni dah nak masuk 4 tahun nak ajar dia mengaji... sebab sekarang pun doa dah blh hafal, doa tido dengan doa makan hihihihi.....
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda December 16, 2011
bgusnye la Ina nie ye.. sy nie lak asyik busy ngan study aje..so mmg xbyk mase ngan Hannah..tp walau camnepun, Hannah ttap rapat ngan sy gak, hehe..

nk kne blaja dr Ina nie..