Info Ekzema

Dekat entry sebelum ni saya ada bagitahu u all yang alisha dah kene EKZEMA kan.. so, saya adalah search maklumat tentang ekzema ni.. Sekadar  untuk tambah pengetahuan saya & tak lupa jugak untuk pengetahuan u all.. saya tempek maklumat tu dekat sini (",)...

EKZEMA DEKAT ALISHA NI BARU NAK MENJADI.. BELUM SAMPAI TAHAP TERUK.. TENGOK GAMBAR "KEGATALAN" ALISHA TU DEKAT SINI

Apa penyebab ekzema?
 
1) Keturunan.
2) Alahan
3) Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
4) Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
o Infeksi virus.
o Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
o Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan

Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?

Ekzema kelihatan seperti :

1) Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
2) Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
3) Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:

1) Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
2) Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
3) Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
4) Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman

Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk
penyembuhan.


Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?

1) Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
2) Elakkan mandi air panas/suam.
3) Elakkan memakai baju berlapis-lapis
4) Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
5) Elakkan dari fabrik yang kasar.
6) Jangan gunakan sabun apabila mandi.
7) Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
8) Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

{ 9 comments.. read them below or add one }

Bui Junaidi Bui Junaidi December 21, 2011
anak2 bui kedua2 nya ada alahan kulit..sekarang bergantung kepada krim yg beli di farmasi..tp taklah sampai tahap ekzema..merah2 tu biasalah..
che-a/atiah che-a/atiah December 21, 2011
kita ada masalah ni..nama penyakit kita atopic ekzema..alhamdulilah,sekarang daa makin pulih disebabkan pergi klinik nagoke di tanjung tualang
eB ezrin eB ezrin December 21, 2011
tapi eB dh tua2 nih msh suffer eczema. hu3
Myra Jay Myra Jay December 21, 2011
Kira macam kulit sensitif la kan..

Mcm anak menakan myra gaklah..
fairy.,. fairy fairy.,. fairy December 21, 2011
mandi boleh gune sabun, u blh gune johnson ph5.5.. jgn sabun yg ade fragrance nnty boleh menyebabkan itchiness at skin... (dh mcm doc hehehe) my advice for baby, stop using baju yg berbulu2 and makesure ure daughter sentiase bersih. sentiase wash hand.. i pergi mane2 mesti ade hand sanitizer kat hbag..hehehe(gune kadg2 jer...)
ajumohit ajumohit December 21, 2011
aduiyai, siannya tgk alisha, moga alisha segera baik ye..sedangkan kita tak tahan gatal, inikan anak2 kan intan
Nisa Greennnpanda Nisa Greennnpanda December 21, 2011
dlu adik sy kne ekzema gak..time tue kitorg dok kat UK.. kne sapu ubat la tiap2 ari, siap kne balut lg bahagian bdn yg gatal2 tue pas dh sapu ubat.. tp dh smbuh dh pyakit die tue..
wan nurul hezrina wan nurul hezrina December 22, 2011
ORG KATA ECZEMA NIE PENYAKIT MAHAI..INA TAUKAN SOFIAPUN ECZEMA..UMAH MMG KENA BERSIH..NURUL YANG KERJA NIE PENANTLAH ARI2 KENA MOP UMAH..SBB SOFIA ELERGIK NGAN ABUK..

PEMAKANAN PUN NURUL HATI2 KALAU MAKAN SBB SOFIAPUN ALLERGIC..DIA KAN BF FULLY..SUSAH CKETLAH..

UDARAPUN SAMA..AK BAGI DIA BERPELUH SANGAT.TKUT GATAI..CADAR..SAMPUL BANTAL SEMUA KERAP TUKAR..

MANDIAN YANG DIBELI KHAS IKUT DOKTR PAKAR KULIT SUGGEST..LOSYEN N MANDIAN DR CETAPIL.BLEH BELI KAT PARMACY TO ELOK TANYA DULU DOKTR MANA SESUAI SBB EKZEMA BANYAK TAHAPNYA..