Best je bila bercakap pasal perkembangan alisha ni.. alaa semua ibu2 pun suka tengok perkembangan anak2 dorang kan..Dalam tempoh seminggu ni pun, banyak dah perkembangan alisha yang saya perhatikan.. Yap, saya memang sangat2 suka memerhatikan dia, sampai kadang2 rasa macam nak letak cctv je kat rumah..hahhaha
Sekarang ni alisha dah pandai main mainan dia nama apa entah tapi yang stail goncang2 bagi bunyi.. emm normally mainan macam ni memang akan berbunyi pun kan walaupun kita tak goncang, tersentuh pun dah berbunyi.. tapi baru2 ni, dia dah pandai goncang2kan mainan dia, kiranya macam dia dah fahamla apa fungsi mainan dia yang sebenarnya kan.. bagus anak ibu ni, cepat tangkap apa yang ibu ajar... :-)
Ada satu post yang lepas, saya ada bagitau tentang alisha meniarap baru boleh pegang handtoy dia kan... tapi kali ni, dia dah jadi makin advance.. dia dah tau, tangan dia sebelah lagi tu pun mampu pegang handtoy tu... wallaaa.. bukan setakat pegang tapi alisha siap cabut & apa lagi... gigit la...nyum nyum
Last entry jugak saya ada bagitahu yang alisha ni bila tidur meniarap dia dah pandai telentang semula kan... tapi perkembangan terkini pulak, time dia meniarap sambil main2 tu pun dia dah pandai telentang sendiri... pheewiitttt tapi tu la, kadang2 je buat gitu, yang lain nak suruh kita jugak angkat dia.. malas ek alisha....? haippp!
Haa nak cite ni.. nak dengar tak?... mesti nak kan.. haha.. Ari khamis baru ni, Alisha pegang la handbag saya pastu dia gigit2 dengan penuh perasaan laa, saya just memerhati je.. tibe2 tergerak la kat hati saya ni, nak sembang dengan alisha.. saya pun tanya la alisha.. "siapa yang gigit bag ibu tu?".. dengan pantasnya Alisha terus nangis yang beria bagai... Ini mesti kes Alisha takut kene marah so dia nangis awai2, xdala kene marah...hahhahahhah *ibu tak pernah berniat untuk marahkan kamu sayang, its normal untuk perkembangan kamu*
Ari sabtu baru ni alisha dah pandai mengundur ke belakang time meniarap.. haha sekali tengok macam comel je mengundur ni.. kui kui kui
Semalam dia dah pandai tertonggeng2kan bontot dia dalam usaha nak "up" kan badan..haha bontot dahla besar dengan pampers hhehehe.. tapi yang paling best adalah semalam saya sempat rakam dia gerakkan badan dia ke depan.. sungguh comel... !! Jangan risau, saya akan kongsikan dengan u all.. ;-)
Alisha cuba nak mengambil majalah saya... Huhh!! Dia memang sangat2 la suka dengan buku2 saya ni walaupun dia ada buku sendiri..huhuu.. Dalam video ni, saya menarik buku setiap kali dia berjaya pegang tapi makin saya tarik makin cepat dia ke depan..hahhahah
Tadaaaa inilah hasilnya buku saya selepas alisha berjaya mengambilnya... KOYAK.. Huhh!! *Buku ibu dah banyak lunyai kerana kamu Alisha* tapi takpa la, harap2 kamu menjadi seorang yang rajin membaca buku... ;-)