Hari ni sempena ulangtahun perkahwinan saya & my dear yang ke 3, saya masak nasi daging & desert... hihii.. Yang paling best tu, my dear cakap SEDAP.. muahahaha.. Haruslah saya perasankan diri sebab my dear ni, bukan jenis suka puji masakan saya.. hihii... Hari ni, kasih sayang saya melimpah ruah dalam masakan, tu yang sedap terlebih tu... hahahha
Inilah gambar nasi daging yang saya masak tu.. (",)
Ini pulak dalca, u all perasan tak saya ada letak kobis.. hahah.. Actually, sayur macam terung ke, kacang panjang ke, kacang bendi ke.. semuanya takda, yang ada lobak merah & kobis... hahhaha... So, macam biasalah, prinsip saya dalam memasak "TAK CUKUP BARANG, TAK SEMESTINYA MASAKAN TU TAK MENJADI"... so, saya letaklah kobis.. hihii..
Dalam dalca ni saya letak tulang2 ayam (bahagian yang kurang isi) + kobis + lobak merah + cili besar + tomato + ubi kentang + kacang dhal.. My dear cakap sedap..!!! So, nampak tak saya dah buktikan yang walaupun bahan tak cukup, masakan tetap akan menjadi.. janji kita harus kreatif... hihii (^_^)
Air asam untuk dicicah bersama2 daging... sedapnya... bau lagi dekat tangan... ahhahhahhah
Yang ni pulak desert... Jangan tanya saya nama dia apa, sebab saya main reka2 je.. janji boleh makan... hehhe.. Dalam ni cuma ada sagu + laici + air laici + susu cair.. Actually saya nak letak buah koktel.. tapi tu la, takda pulak kat umah ni.. tu yang letak buah laici...
Tapi dalam kepala saya ni, saya nak buat, buah koktel + susu cair + perasa vanila + sagu yang dah dimasak.. kiranya, ambik pinggan, cedok sagu yang dah masak, lepas tu dicurahkan dengan buah koktel yang dah dicampur dengan susu cair + esen vanila... Inilah idea asal yang keluar dari kepala saya ni.. tapi tak dapat direalisasikan lah pulak... takpalah, next time (^_^)
Menu kami secara keseluruhannya tengahari tadi ... (",)