Apa petua hilangkan batuk...?

Ya Allah... dugaan betoi rasanya minggu pertama berada kat sungai petani ni.. Dugaan menjaga anak yang tak sihat... Sedangkan saya sendiri pun tak sihat.. Saya nak tanya u all ni, ada tak petua hilangkan batuk? Alisha, Aqilah & saya diserang batuk pulak.. selsema pun belum habis... Kesian tengok anak2lah, bila selsema & batuk sekaligus.. Aqilah yang kecik tu lebihlah lagi...

P/s : Petua untuk aqilah & Alisha..

SILA BACA KOMEN DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI PETUA HILANGKAN BATUK


Apa petua hilangkan batuk...?

{ 75 comments.. read them below or add one }

syawalsimpsons syawalsimpsons December 14, 2012
ni kire petua yg MIL sue kasi la...waktu pregnantkan izz mmg sue batuk ada sekali lama..sampai 2minggu..kena pulok time bulan pose...mmmm...sekali tu MIl rendamkan bunga lawang dalam 4, 5kuntum ngan air panas...pastu dah suam sikit...MIL campurkan air bunga lawang tu ngan air milo ke, ape ke...alhamdulillah sue minum waktu sahur...siang tu terus hilang, dah x da dah rasa batuk perit..mmmm...syawal pon sue buat gitoo...tambah kat susu dier..alhamdulillah menjadi la
PERMATABIRU PERMATABIRU December 14, 2012
makan madu 1sudu kecil teh..jgn amalkan ubt batuk or selsema..semoga cpt sihat.
☾SHiemaCMa786☾ ☾SHiemaCMa786☾ December 14, 2012
Salam Kak ina..
Alahai..akak ngan anak2 sekali ke diserang batuk??
huhuh... utk batuk ni cma xde ape2 petua la..
yg kita dewasa ni kene byk minum air suam...

semoga cepat baiknya ye..
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI December 14, 2012
petua utk ni yui tak tau la plak kak.. tunggu yg len inform..
Ratu Hatiku Ratu Hatiku December 14, 2012
Biasanya akk kalau batuk lama2 sgt x hilang makan madu. Cubalah try inshaa Allah mujarab..
sHaRiNa eLyaNa sHaRiNa eLyaNa December 14, 2012
alaalala..ciannya kat akak n budak2..
Kak iman Kak iman December 14, 2012
iman rasa kena bykkn minum air kosong tapi kan kalau iman batuk sbb sejuk, hujan, xpon terhidu atau termkn habuk.ermm batuk xkn hilng kot kak cuma teruk ngn xteruk je
dya nasir dya nasir December 14, 2012
dya xberapa tahu kalau bab ni..tpi bkn blh makan madu ke
MyFreeMinded MyFreeMinded December 14, 2012
Kalau untuk Alisha tu dan ibunya rasanya mcm saya biasa minum, (yg mak buatkan :), air asam jawa + gula batu) tapi untuk Aqilah x sure sbb Aqilah kecil sangat lagi.
MyFreeMinded MyFreeMinded December 14, 2012
lupa nak share ada link ni:
http://mykidz.my/sihatcantik/petua-hilangkan-batuk/
emma emma December 14, 2012
Siannye Kak Ina ngan anak2 kne selsema + batuk serentak.
Kalo utk Alisha kak ina try bagi madu.

Utk Aqilah sy ade bc kat satu blog die ckp camni :

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.

"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.

"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

Link : http://sedetikilham.blogspot.com/2012/03/cara-mengatasi-masalah-hidung-tersumbat.html
N i e Z a N i e Z a December 14, 2012
erm..klu petua utk alisha..utk bdk2 umur 2++ thn slu saya bg madu..tp klu utk aqilah..baby kan..slu nye asahkan kunyit hidup..letak kapur mkn tu skit jer..sapu kat batang idung ngan dada dia..

mlm2 sapukan minyak yu ye tu..pakaikan stokin..

cba la try..mne tau berkesan..sbb anak2 saya dlu saya wat cam tu..alhamdulillah..nmpak gak la kesan..
Unknown Unknown December 14, 2012
Ina,
Alahai siannyer double A tu..

Petua yg selalu mamavogue amalkan,
Perahan limau kasturi dicampur kicap.. Insya Allah dengan izinNya.

Ina perah sebiji limau kasturi pastu campur beberapa titis kicap. Kalau nak buat byk sekali pun takpe, simpan dalam peti sejuk. Amalkan sekerap yg mungkin pun takpe, sebab limau je :)
N i e Z a N i e Z a December 14, 2012
erm..klu utk alisha..bdk2 yg umur 2++ thn saya bg madu..tp klu utk aqilah..babykan..asahkan kunyit idup,campur skit ngan kapur mkn..pastu sapu kt batang idung ngan dada dia..

tido mln sapu kan minyak yu ye kat tapak kaki..pakaikan stokin..

cubalah..mne tau berkesan..setakat ni saya amalkan petua ni utk anak2 saya..alhamdulillah nmpak la kesan nyer..
CeqGu CeqGu December 14, 2012
nak bg petua tu tak tau la pulak...masa firas baby dulu, doktor memang tak bagi makan ubat batuk....kalau tak silap umur bawah 2 thn tak elok bg ubat batuk. kalau batuk berkahak, ada cara nak keluarkan,lupa dah apa nama teknik tu, caranya tapak tangan tu buat ala2macam nak cedok air, pastu tepuk kat belakang badan anak kiri dan kanan selama 15 minit gitu. ni utk longgarkan kahak. posisi anak plak dalam keadaan meniarap. selalunya anak akan muntah lepas buat teknik ni. muntah tu bagus utk buang kahak.
Mrs Velentine Mrs Velentine December 14, 2012
cuba letak kunyit kat hidung Aqilah..Mak MV buat dekat anak sedara....
intanfirdaus247 intanfirdaus247 December 14, 2012
Kesiannya kat ina….akak pon tatau apa petua,,selalu makan ubat batuk cap ibu dan anak je
NORSHAHFEZA HAMSAN NORSHAHFEZA HAMSAN December 14, 2012
kalau utk budak2 tak tahu la kak,,
tp kalau utk dewasa, mak saye dulu selalu buatkan, alhamdulilah sembuh

cmpur limau nipis dgn kicap , bace selawat n minum,,
pastu ganggang belahan limau nipis yg satu lagi n bubuh kapur kt belahan tu, sapu kt leher dekat kerongkong tu dgn selawat jugak,,

Dylla Abas Dylla Abas December 14, 2012
sy x sure la petua ni boleh dipratikkan utk budak kecil..tp masa sy diserang batuk selama 6 bulan sebelum ni..bnyk petua yg sy buat..antaranya :

1) madu asli - guna sudu plastik

2) minum air rebusan ibu gamat

3) redbull (less sugar) + kuning telur (mentah) = campur sekali, kacau n minum :)

petua no 3 tu agak extreme sket..tp boleh jamin rasanya tak hanyir walaupun ada kuning telur (mentah)..selamat mencuba!!
Unknown Unknown December 14, 2012
ikut keserasian jugak ina.. anak2 saya saya bancuh madu manuka + lime juice, tambah sikit air suam. kalau madu lain mcm tak jalan..tapi madu manuka tu ok pulak..

banyakkan minum air suam ya..
Unknown Unknown December 14, 2012
oh tapi aqilah tak boleh minum madu tau..tak cukup setahun lagi..

kalau baby saya tak bagi apa apa.. cuma breastfeed banyak2..

lepas tu utk selesema tu saya gesek kunyit hidup kat lesung batu, tenyeh kat batang hidung.. bagi cair hingus tu.. batuk pulak make sure jgn sejuk sangat..sejuk pun boleh sebabkan lambat baik.. take care ok..
ayut ayut December 14, 2012
peta...tak dpt plak nk membantu...time ank sdara dulu pon seingt ye tak jd...
Mimie Mimie December 14, 2012
siannye aqilah pun batuk jugak ke...kalo bby nih, sy takde petua la kak ina...kalo org dewasa sy taulah..kalo batuk atau skit tekak kne mkn eskrem vanilla.
Mell Mariann Mell Mariann December 14, 2012
minum air suam campur madu.. insyaALLAH..

takpun minum kicap campur jus limau nipis.. salu pakai petua nie..
UmmiAbi UmmiAbi December 14, 2012
Untuk k'ina, mak ummi bagi petua air limau nipis=kicap, then minum dengan sudu..
Utk alisha n Aqilah:Lau bf baby, kerapkan bf je...Boleh jg letak Kunyit idup-amik serbuk+minyak masak=sapu kt dada..
Selalu letak vick or baby balm kat dada baby...
InsyaALLAH...yg penting doa ibu..:)
pinky pinky December 14, 2012
kesiannya...try sapu kapur nga limau nipis kat leher....
Fiza Rahman Fiza Rahman December 14, 2012
Ina, Utk alisha cuba bagi madu lebah. Untuk aqilah pula, letak vicks (khas utk baby tau) kat tapak kaki & belakang badan. Utk alisha pon bley juga nih, pakaikan alisha stoking.

Semoga kamu anak beranak cepat sembuh.
haryati haryati December 14, 2012
siannya...semoga cepat sembuh ye...
Unknown Unknown December 14, 2012
Dari selesema tu la yg jadi batuk.. sbb kahak tu menutupi rongga leher. Dorang jd tak selesa dan jadi batuk.. Maaf klu shima salah :)

Alisha boleh minum lebih air suam. Klu baby aqilah kerapkan minum susu ibu. Ina boleh guna vicks for baby botol kaler pink. Klu vicks yg botol biru tu utk 2thn ke atas je, jgn tersilap yer :)
Ada juga yg guna minyak tropikal kelapa dara tp shima belum pernah try lagi.
Myra Jay Myra Jay December 14, 2012
Moga cepat sembuh ye Ina dan jugak anak2..

Kesian kalau budak2 tak sihat, kita susah hati..


p/s: Genggam patimah satgi myra publish entry, asal nka publish esok, tp dah Ina tanya ;D
Miss N™ Miss N™ December 14, 2012
Nur selalu kalau batuk, nur perah sebelah limau kasturi dan campurkan sikit kicap..

makan macam ubat batuk... lega sikit tekak..dan sedap..hihi
Unknown Unknown December 14, 2012
alamak akak tak ada petua le ina, cuma dah pergi klinik belum....
Nida Mohd Nida Mohd December 14, 2012
Saya klo batuk teruk n berkahak saya makan 2 sudu madu setiap hari..pastu minum air suam byk2..
jamilahamzah jamilahamzah December 14, 2012
masa irsyad batuk aritu k.ja letak vicks jer kt dada, belakang n ubun2 dia...
maszull maszull December 14, 2012
assalamualaikum intan ...semoga cepat sembuh yer...;)

mama tag intan yer...:)

http://maszull.blogspot.com/2012/12/segmen-cik-mun-domain-free-untuk.html
Unknown Unknown December 14, 2012
nice sharing dear..

p/s : sori lama x terjah sini..agk cbuk skng ni..huhu..nnti ada masa deqla langsaikan hutang bw.. :)
zachflazz zachflazz December 14, 2012
saya biasa menggunakan kecap (sweet ketchup) dicampur garam (salt) satau sendok makan. namun, ini mempunyai risk bisa membuat sakit perut jika tidak kuat.
Unknown Unknown December 14, 2012
ini mesti tanya dekat orang lama. hihi. semoga cepat sembuh erk :)
Dayang Deno Dayang Deno December 14, 2012
kesiannya... semua tak sihat... budak2 kalau tak sihat mcm ni lagi kesian kan.. deno kalau petua2 mcm ni deno tak tahu sgt tapi deno biasa minum air limau nipis suam.. tu je.. harap dapat membantu akak :)
Unknown Unknown December 14, 2012
Kalau ina dan aqilah..makan buah oren banyak2..or makan scott emulsion..elok hilangkan batuk..kalau baby tepuk2 kat tepi badan tu..tp jgn time lepas menyusu..

Pastu memalam nieza sapu vicks kat badan depan belakng, atas hidung, tapak kaki dan belakang leher rania.. :)
Unknown Unknown December 14, 2012
Eh silap makan buah oren tu ina dengan alisha...tertukar name dah...hehehe
ajumohit ajumohit December 14, 2012
akak doakan anak2 ina sihat sihat hndknya, musim demam dan batuk kan skrg ni, tp kalau kecik2 ni mmg sian tgk diorg batuk or sesema msti tak selesa
Masya Masya December 14, 2012
saya bile anak batuk x baik-baik dah pg klinik dah makan ubat pun tak okk.. mak saya ajar amik limau nipis.. sapukan dengan kapur atas tu.. limau tu belah dulu tau... kemudian ganggangkan atas api.. bile suam-suam sapukan pada leher anak sambil selawa insyaallah...

lg satu mak sy selalu psn blh jugak rendamkan bunga buah belimbing besi/buluh dgn air suam dan minumlah airnya.. sambil baca selawat insyaallah...
Unknown Unknown December 14, 2012
emm kalau aqilah sebab kecik sgt kan.. biasa memang doktor tak akan kasi ubat batuk pon sebab nanti baby tak aktif.. biasa akan pulih sendiri.. akak amalkan madu la..minum air suam banyak2
Noraziha Noraziha December 15, 2012
batuk..penyakit yg slalu melanda budak2..org tua pun sama. kami bg ubat batuk je, sampai baik..tak tau nak wat camna lagi
Si Matatajam Si Matatajam December 15, 2012
Kl M bawa jumpa doktor la senang sb Aqilah kecik lg tu
nurbijen nurbijen December 15, 2012
kalau saya sekeluarga cuma makan madu+asam limau. tapi make sure tuang madu dalam sudu plastik, tak boleh guna sudu besi tau... nanti hilang khasiat madu kalau guna sudu besi :)
sal ya sal ya December 15, 2012
selesema dgn batuk pulak.. apa pun aqilah la kena jaga. sebab dia tak pandai nak buang kahak tu. meamng kalau fisio dia orang tepuk2 mcm emma tu kata. Anis dgn Azfar kan selalu jugak kena buat fisio utk sedut kahak.
ecadwinkyasha ecadwinkyasha December 15, 2012
skrg musim batuk,selsema,demam..eca da kena demam....batuk pun da mula da tekak ne sakit2...terus xjadi makan telur.takut brtambah....jgnlah selsema...jumaat ne hari penting!. :(
lynndamya lynndamya December 15, 2012
dah lambat rasenye nk komen, hehe tp xpe nk kongsikan juga :)

kalau sy batuk, nenek sy selalu suruh sy minum satu sudu limau nipis yg diperah tu, cmpur kicap sikit..hehe rsenye masammmm :(
mama lynn mama lynn December 15, 2012
sian ina... tap kalau boleh batuk2 macam ni amalkan minum air suam + jauhi habuk. kena pantang skit. makanan berminyak pun tak elok
Mommy_ima Mommy_ima December 15, 2012
Ala..sy tak pandai petua2.. Saya doakan anak-beranak ni cepat sembuh..amiiin.. :)
fieda fieda December 15, 2012
la..tiga2 org kena..siannya..moga cepat sihat ye...kak fieda pun tk tau petua nk ilangkan batuk..biasalah dgr dorang kata bagi madu..
zety zety December 15, 2012
huhu,samelah Ina,kami nipon,cume zt teruk lagi,batuk agak kering..mmg minum madu 2 sudu besar 1 hari..xtahan sgt dah..last2 kalah jugak dgn ubat batuk doc..huhu..anak2 plak,klu bwh 1 thn tu zt xde pglmn sgt sbb seigtnye mmg bdk2 ni xkene teruk sgt,sikit2 tu ade jgk..rasenye penah bbsitter tenyeh kunyit tu kt batang idung diorg..abis kuning batang hidung ke dahi dh mcm sami budha dah,hehehe,tp baik cpt plak tu
aziazib aziazib December 16, 2012
semoga aqilah, alisha & ibu cepat sembuh ye...
mia izzati mia izzati December 16, 2012
tak pandai sangat bab petua ni...selalu bawak pi klinik je .
Tie HT Tie HT December 16, 2012
petua utk budak kecik takde..utk org dewasa minum teh halia ..take care intan n babies :)
Unknown Unknown December 16, 2012
kesian...tiga2 kene....sabar ye ina...make sure ina as a mother cukup rehat n amik ubat...nak jaga anak2 yg sakit kite kene kuat...
Shida Radzuan Shida Radzuan December 16, 2012
xsure la plak kak huhuhu..maaf xdpt nk bantu kak :)
mama lynn mama lynn December 17, 2012
ina, nanti kalau jadi nak ke rumah awak sy msg eh 2-3 hari sebelum. sp belah mana eh ? ape2 tggu msg sy... in sha Allah ada rezeki bersua muka la kt
AnonymousAnonymous December 17, 2012
kecil sgt susah juga. Cuba bagi sesudu kicap manis yang diperah limau nipis sikit. Baca selawat 3 kali ye . In Sha Allah
Wanieys a.k.a IbuQalief Wanieys a.k.a IbuQalief December 17, 2012
petua utk aqilah ni baby lg wani pn xtau la....nk bagi madu pun kecik xboleh lg tu....ubat klinik pon mmg xdigalakkan lagi umur baby ni...moga cepat sembuh k..kesian pulak wani dgr....
Puan Kutu Puan Kutu December 17, 2012
macam2 petua depa nie bagi..ina cubalah mana yg sesuai..semoga ina n anak2 cpt sembuh
Nora Karim Nora Karim December 17, 2012
ina... baby bawah setahun tak boleh bagi madu... mudarat ke dia nanti... alisha boleh la bg madu tu...

untuk aqilah... sapukan vicks baby (tutup warna pink) pada dada, belakang n tapak kaki... insyaAllah batuk akan reda... buat la lepas mandi pagi dan sebelum tidur malam...

untuk ina pula... blend kurma dgn air suam... then minum... (kira jus kurma la ni)... elok untuk reda/hilangkan batuk...

get well soon ina n anak2..
Riena Haiqal Riena Haiqal December 18, 2012
semoga cepat sembuh ye Ina.. siannya Alisha dan Aqilah...
duniaanita74.blogspot.com duniaanita74.blogspot.com December 18, 2012
banyak minum air suam tu aje yg kak ita tahu..sian alisha dan aqilah..take care dan jangan lupa makan ubat ok..
mummyrinazone beauty mummyrinazone beauty December 18, 2012
kalu sofia nurul sendiri jaga makan sbb dia menyusu..tak makan benda2 sejuk.semuanya benda sejuk2..pastu banyak amik habatussauda n madu.bleh bg kat merah n sofia sekali..jarang2 j=guna ubat sbb taudah mmg tak jalan
Cikrosecute Cikrosecute December 18, 2012
semoga cepat sembuh ya..
Nurul Husna Mohd Hassan Nurul Husna Mohd Hassan December 19, 2012
cepat2 sembuh ye akak & anak2 :)
AnonymousAnonymous March 26, 2013
Mohon share petua2 di atas...sbb ank2 pun sdg batuk x henti2....ssh ht...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN March 26, 2013
@Tanpa Nama

boleh je share :-)

btw, moga anak awak cepat sembuh..
AnonymousAnonymous April 11, 2013
Batuk ms prenent nk buat cm na
AnonymousAnonymous May 18, 2015
Salam..ank sy pn btuk n selsema trk ni..ubt dh hbs nk mkn..dgn dmm on off nk dkt smggu dh,mnt air tawar dmm pns pn xjln..dugaan btl la..si abg slsema klu btuk 2 rs cm nk trcabut ank rengkong 2..umr si abg br 2thn 6bln,si adk br 7bln..mnt tlg kwn2 smua ng ptua..knyit sy dh sapu,daun kaduk ngn kapur pn sy dh try..madu n perah air limau pn sy dh try..kesian sy tgk si abg 2..kdg2 dlm solat sy sy ngis sorg2 salah apa sy buat smp ank sy jd btuk trk cmni..