Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label BE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BE. Papar semua catatan

Tak update blog pun dapat earning CPUV

Hari ni saya bukak nuffnang, tengok ada CPUV yang baru.. earning dia pun dah rm16.34.. tak sangka pulak earning dia dah belas2.. Yela, saya dapat CPUV Q3 PREPAID ROAMING time saya dah cuti raya.. 2 minggu saya bercuti dari update blog.. boleh dapat belas2.. kalau update blog, lagi banyak ni kan.. kikikiii..
Alhamdulillah..

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

CPUV ke 13 & 14 untuk 2013


BE @ CPUV Colgate Optic White tu, dah tunggu masa nak credited je tu... dari Jumaat lagi iklan dia dah tak keluar... Dapatlah kumpul RM 33.70.. tapi kalau campur CTR Bonus tu lagi best... dapatlah 40++... tapi tu la, bila dah credited, CTR Bonus tu mesti tak cukup 0.20%.. tu yang asyik hilang je... takpalah, bersyukur dengan apa yang dapat.. (",)

Petang tadi saya check Nuffang tengok saya ada dapat BE Digi Internet IFA plak.. (",) Tapi tu la, tulis date 18/03.. sedangkan masa 18/03 tu, batang idung Digi pun tak nampak kat blog saya... 19/03 tu baru nampak... tak kisahlah bila pun kan.. janji ada... kikii

Alhamdulillah sekarang ni, BE tak pernah putus.. bertambah rezeki anak2.. (",) Ohya, selain dari BE Digi Internet IFA, saya pun ada dapat BE Kleenex dekat blog GA.. Alaa kat blog GA tu, earning dia untuk beli gula2 je.. bukannya aktif pun.. (",)  

Betoi2 sayang opah nampaknya...

Alisha ni rapat betoi dengan opah dia.. U all bayanglah, 3 malam saya duk Chemor, 3 malam jugaklah dia tidur dengan opah.. saya ajak dia tidur dengan saya, dia tak nak.. so, saya tidur berdua je lah dengan Aqilah... (",).. Bukan setakat tidur malam,  tidur siang hari pun, kalau opah dia tak g keje, dia nak jugak tido dengan opah dia tu.. takda opah, pandai pulak tidur sorang2 depan TV.. hihiii

Alisha ni, suka menangis tau tengah2 tidur tu.. macam mengigau pun ada.. bila tidur dengan opah, opah dialah yang tepuk @ dodoi dia balik nak bagi dia tidur semula.. (^_^) Lagi satu, mana opah dia pergi, dia nak ikut.. opah angkat baju pun nak ikut.. opah masuk tandas pun nak ikut.. adehhh... ahhahah.. Tapi yang paling best, Alisha suka ikut opah main air.. hahha.. Pantang nampak opah main air @ basuh halaman rumah, mulalah dia buat2 nak mandila.. nak basuh kakilah.. bila seluar dah basah, tu la peluang dia nak join opah jugak... kah kah kah... panjang akai si anak solehah ni tau.. kikikiii

Opah pulak, rajin melayan Alisha.. Alisha pulak, walau opah dia marah dia & dia menangis tapi yang dia peluk time menangis tu, opah dia jugak.. ahhaha.. dia peluk orang yang marah dia.. hihii.. Nampak sangat hati alisha ni lembut.. dia rasa bersalah sebab orang yang dia sayang, marah dia.. (^_^) Alaaa kadang my mum bukan betoi2 marah pun, saja buat2 marah nak tengok akai cucu dia.. hihii

Saya harap kenangan ni, akan terus jadi ingatan buat alisha sampai dia besar.. biar dia ingat semasa dia kecik, betapa opah dia sayangkan dia & betapa manjanya dia dengan opah.... Adehhh tiba2 plak saya rasa sedih.. yela, kita semua makin tua.. termasuk mak abah saya..

P/s : BE ke 12 dah singgah di blog GA (Pusat Pungutan Zakat)

Sanofi Lactacyd dah metered : Earning paling banyak setakat ni (^_^)


Saya memang dah agak dah yang BE SANOFI LACTACYD ni akan metered minggu ni.. bukan pe, dari minggu lepas lagi, earning dia duk takat tu je tak gerak2... (",) Apa2 pun, Alhamdulillah sebab earning BE SANOFI LACTACYD setakat ni yang paling tinggi pernah saya cecah.... lebih dari RM50... Tak sia2 tips yang saya lakukan sebelum ni... (",) Target saya untuk dapatkan ratus plak bagi 1 BE.. tapi tak tahulah tahun bila baru dapatkan... sekarang ni, berangan je la dulu... muahahhaha


Tips tambah earning CPUV @ BE

Kalau u all dapat BE mesti u all nak earning BE u all tu banyak kan.. macam sayalah.. hahha.. *jujurkan... Untuk pengetahuan u all, earning CPUV @ BE akan meningkat mengikut UV kita..!! TAPI, jangan salah paham... kalau UV harian kita tinggi tak bermakna earning BE kita pun banyak tau.. SEBABNYA earning CPUV @ BE akan bergerak apabila orang masuk blog kita KETIKA IKLAN CPUV @ BE tengah "berjoget2" dekat blog masa tu...!!

Kalau ramai orang masuk blog u all pun, tapi time tu iklan CPUV @ BE tu, tak muncul kat blog u all, earning tak gerak jugak... thats y u all harus cari strategi camne nak suruh orang masuk time iklan CPUV @ BE ni ada di blog u all.. (",) Saya share dengan u all, apa yang saya lakukan... walaupun earning satu CPUV @ BE saya tu tak banyak sangat, tapi lepaslah beli pampers anak.. heheh

Firstly, saya duk wat kaji selidik dulu tengok iklan CPUV @ BE saya tu, tunjukkan diri di blog saya ni pukul berapa.. Nak ingatkan u all, SETIAP CPUV @ BE, WAKTU DORANG ADA KAT BLOG KITA NI TAK SAMA... Saya bagi contoh, iklan DIGI saya sebelum ni, dia tayang muka dari pukul 12 tengah malam hingga 9:30 pagi.. lepas tu tak keluar2 dah... iklan SANOFI plak, dia duk tayangkan diri dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 10 pagi... tapi dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah malam tu, dia ada gak tayangkan diri tapi SANGAT2 SEKEJAP + KADANG2 JE BERLAKU..!! Macam CPUV @ BE saya yang terbaru ni (COLGATE), dah pukul 10 lebih pagi pun, dia duk tayangkan diri je dekat blog saya ni.. (^_^)

Second, bila u all dah tahu, time iklan CPUV @ BE u all tu keluar dekat blog u all.. apa lagi, cepat2lah tarik pembaca terjah blog u all.. antara yang saya lakukan.. SAYA UP KAN ENTRY...!! Bila entry dah publish... orang mesti akan terjah blog kita kan.. so, elok sangatlah time tu, iklan CPUV @ BE, tengah 'berjoget2' & pembaca pulak tengah serbu.. automatik earning CPUV @ BE meningkat.. hihii

Inilah cara yang saya buat.. minggu lepas baru saya mengkaji pasal ni.. bila dah berjaya, haruslah share dengan u all kan.. hihii... Thats y kalau u all perasan, sebelum ni, pukul 12 tengah malam, mesti ada entry yang saya publish & sebelum pukul 10pagi, dah 3 4 entry saya publish.. heheh.. So, lepas ni, saya perlu kaji tengok iklan CPUV @ BE COLGATE ni pulak, pukul berapa dia keluar dekat blog saya ni.. (",)

Patah tumbuh hilang berganti


Pagi tadi saya bukak Nuffnang, tengok BE DIGI IPHONE 5, dah pun credited.. memang dah agak pun.. yela, dah 3 4 hari earning BE tu tak gerak2.. (",).. Alhamdulillah, dapatlah jugak kumpul RM34.51.. Eh, tapikan, walaupun BE tu dah credited, saya dapat BE baru pulak, BE COLGATE OPTIC WHITE... (^_^) Earning dia dah RM1.80.. bolehla, baru sehari.. hihii...

Alisha nak belajar bermekap

Alisha ni dah lama berkenan alat mekap saya tu... Akhirnya dapat jugak dia mekapkan muka dia.. hahha


Terkejut saya tengok dia.. habis muka, tangan, kaki, semua dia mekapkan... hahhah


Tengoklah si budak pandai ni, bila ibu dia nak ambik gambar... tanpa rasa bersalah dia tunjuk jari dia pulak.. suruh saya ambik gambar jari dia yang bermekap tu... hahhahah... Alisha.... Alisha.... Nasib baiklah mekap tu memang dah taknak guna... dah expired... ekekkek

P/s : BE ke 10 untuk tahun 2013 telah melekat di blog GA ( MAXIS HOTLINK CNY )

Cashout Nuffnang & new BE @ CPUV


Alhamdulillah, bulan ni saya dapat cashout lagi.. (",) Alhamdulillah jugak sebab earning bulan ni, lebih tinggi dari bulan2 sebelum ni.. hehheh.. Actually bulan ni dapat cashout RM108.72 sebab ada BE yang dah credited.. hihii.. Murah rezeki Alisha & Aqilah.. tiap2 bulan dapat cashput Nuffnang untuk 2 beradik tu (^_^)


Ohya, saya ada dapat BE baru tau.. BE SANOFI LACTACYD... bukan setakat dekat Blog utama tapi blog GA pun dapat.. hihii.. Opsttt blog GA tu memang takkan banyak earning, sebab malas nak update,.. hihii.. Bayanglah, setakat 2 hari BE tu running, Blog utama dah dapat RM3.13 tapi blog GA RM0.04... hahhah... Nampak tak, betapa jauhnya beza.. hihii... (BE ke 8 & ke 9 untuk tahun 2013)

ME & BE

 

BE @ CPUV saya dah habis dah baru ni... dah tukar jadi ME @ credited.. Dapatlah RM 28.45 untuk BE ANMUM MATERNA PLANNING FOR PREGNANCY & RM 32.38 untuk BE DIGI TRIPLE D... Ingat ke dah habis 2 BE ni, saya terpaksa tunggu lebih lama untuk dapat BE baru... Rupa2nya, patah tumbuh hilang berganti... cewahhh.. hehhe


Semalam, BE DIGI IPHONE 5 dah running di blog saya... Setakat ni, earning dia RM 1.12.. okla untuk sehari... (",).. Ini adalah BE ke 7 untuk tahun 2013 (",)

Gambar 2 beradik bila suruh posing....



Alisha & Aqilah : Nantilah ibu.. kami belum ready lagi..


Aqilah : Ibu, kakak je dah ready.. Aqilah belum lagi...


Aqilah : Ok, Aqilah dah ready.. hihii
Ibu : Eh, napa mata kakak alisha jadi camtu.. hehee


Alisha : Tak naklah ambik gambar.. Ibu tak pandai ambik... tu yang mata Alisha jadi camtu
Aqilah : Kakak taknak bergambar sudah... Adik nak bergambar... smile.. hihiii

P/s : BE ke 3 CIMB Octo pay, BE ke 4 Nokia Lumia 920 & Lumia 8.., BE ke 5 Nilai Uni-A Day In Live & BE ke 6 Mystarjobs (phase 2) telah singgah di blog GA..

Rezeki di tahun baru



 Alhamdulillah, saya masih dimurahkan rezeki untuk dapat CPUV @ BE untuk tahun 2013... Ini adalah BE yang kedua untuk tahun ni.. BE pertama di blog GA (WATSON DHC), manakalan di blog utama, Saya dapat BE ANMUM MATERNA PLANNING FOR PREGNANCY... Permulaan untuk earning ni RM1.92... Sekarang ni, 3 BE tengah running di blog utama saya ni...  Alhamdulillah jugak sebab setiap BE running di 3 tempat berlainan.. BE SUNWAY EDUCATION APPLICATION DI HEADER, BE DIGI C4C DI SIDEBAR & BE ANMUM MATERNA PLANNING DI BAWAH ENTRY..

Ohya, untuk pengetahuan u all, jika BE u all running di bahagian yang berlainan.. ia ada kemungkinan untuk 1 BE mengumpul lebih banyak earning tau.... sebabnya, BE tu tamak haloba, dia nak tempat tu dia sengsorang... takleh kongsi dengan yang lain... hihiii.. Alaa senang cakap, tapak iklan tu, dia sorang je yang boleh guna.. Bila 1 tempat iklan, berkongsi dengan iklan yang lain, mulalah iklan tu berebut nak tunjuk kan wajah di blog u all.. hihii... sedangkan 2 ruang iklan lagi, takda BE... so, earning BE hanya ada pada 1 ruang iklan je... Eh, u all paham ke apa yang saya maksudkan ni yer... sekadar nak tambah ilmu u all, tapi tak tahu u all paham or tak.. (^_^)

Meh sini saya bagi contoh... Iklan ANMUM & DIGI, berada di ruang iklan yang sama, iaitu di sidebar.. So, ANMUM & DIGI ni, terpaksa bergilir2 nak tunjukkan wajah dekat blog u all.. So, earning untuk 1 BE terpaksalah bahagi 2... dengan kata lain, jika total earning sidebar RM10, setiap satu BE dapat RM5  TAPI JIKA MEREKA BERADA DI BERLAINAN RUANG IKLAN, tak ke earning makin bertambah, sebabnya.. setiap BE akan sentiasa tunjuk wajah.. so, andaikata BE sidebar RM10, BE di header or bawah entry RM10, tak ke 2 BE kita dah boleh dapat RM20 berbanding 1 ruang iklan ada 2 BE yang hanya boleh dapat RM10... (^_^)
 

Sepanjang seminggu tak berblog, UV paling tinggi saya boleh dapat 900++.. Tapi apabila saya dah start dengan buat entry, UV saya dah cecah 1000++... Apa pun, TERIMA KASIH SANGAT2 dekat u all yang sentiasa support saya... yang sentiasa bertanya jika saya tak update.. Sesungguhnya u all adalah rakan2 saya yang terbaik...!!


Rezeki berblog... Nuffnang & Exabytes.. (",)


Alhamdulillah... semalam saya dah cashout Nuffnang untuk kali ke 7.. Alaaa macam biasa, cukup je RM50, hujung bulan terus saya cashout... hihiii.. Bulan lepas saya dah cashout, cek pun belum dapat lagi, bulan ni cashout lagi... dapat cashout RM50 tiap2 bulan pun kira oklah dari takda langsung.... hahaaa... Setakat saya berblog, selama setahun 10 bulan, earning Nuffnang yang saya dah dapat RM521.35... Rezeki anak2... (",) Sekarang ni, ada 2 BE tengah running... Ohya, baru ni, saya dapat pulak BE SUNWAY EDUCATION APPLICATION... Ini BE yang ke 34 untuk tahun ni...

Selain dari Nuffnang, alhamdulillah jugak saya dapat sambung contract dengan Exabytes... Kalau masa permohonan pertama, saya dapat RM45 untuk tempoh 3 bulan, lepas tu dapat sambung lagi, RM50 untuk tempoh 3 bulan... yang ketiga ni pulak saya dapat RM55 untuk tempoh 3 bulan... Alhamdulillah, bayaran makin meningkat setiap kali apply... (",) Banner exabytes ada dekat bawah header saya tu... (",)


JIKA U ALL NAK APPLY JUGAK EXABYTES + NAK TENGOK SYARAT2NYA, KLIK SINI TAU (",)

Rezeki akhir tahun



Alhamdulillah.. ada lagi rezeki saya untuk dapat BE @ CPUV tahun ni.. Maybe ni yang terakhir untuk tahun ni kot... Saya dapat BE DIGI TRIPLE D.. Ini adalah BE yang ke 33 untuk tahun 2012... Sekarang ni earning dah RM2.79.. Terima Kasih ye Nuffnang.. (^_^)


Tak lupa jugak TERIMA KASIH untuk u all yang sentiasa singgah blog saya.. Alhamdulillah.. UV blog saya masih lagi maintain seperti sebelum ni.. (^_^)


Cashout Nuffnang kali ke 6


Hari ni dah 29hb, so, haruslah cashout.. earning pun dah mencukupi untuk cashout.. Saya bukan jenis yang nak tunggu ratus2 baru nak cashout, asal lebih dari RM50, terus cashout... hihii.. Yela, nak dapat cek pun sebulan lebih jugak.. (",)

So, untuk bulan ni, dapatlah saya cashout dengan earning RM 81.08.. RM 2.33 hasil dari CPUV di blog GA yang tak aktif tu & selebihnya hasil dari CPC.. Alhamdulillah.. sedikit sebanyak, hasil berblog, dapatlah bantu suami.. Alaaa bantu untuk perbelanjaan anak2 je pun.. macam susu, pampers.. Oklah kan walau tak banyak.. (",)

Ohya, nak ucap TERIMA KASIH dekat u all yang rajin masuk blog saya ni... sebab u all lah, earning BE saya makin meningkat (",).. Alhamdulillah jugak, hasil BE @ CPUV DIGI PREPAID SMARTPLAN ON... yang saya dapat baru ni, jumlahnya dah cecah RM 21.55 dalam masa 8 hari.. dulu takdalah earning laju macam ni.. maybe sebab dah 2 anak, so, earning pun jadi double jugak..*tibe2.. hihii (^_^)

P/s : Harap ianya dapat bagi semangat untuk u all yang ada impian macam saya untuk tolong suami melalui blog... maklumlah, suri rumah... (^_^)


Akhirnya dia menjelma jugak.. hihii (^_^)


Alhamdulillah... Akhirnya selepas hampir 4 bulan blog utama saya ni tanpa BE, akhirnya pagi tadi saya buka Nuffnang, tengok2 dah ada BE.. hehhehe... Walaupun saya ada je 6 BE di blog GA, tapi tu la, blog tu bukannya saya update pun.. earning dia memanglah tak banyakkan... sekadar beli gula2 untuk alisha je..  (^_^)

Kali ni saya dapat BE DiGi Prepaid Smartplan On.. BE yang ke 30 untuk tahun 2012.. Earning untuk permulaan BE ni adalah RM 2.59.. alhamdulillah... oklahkan, baru sehari.. hihii.. BE ni ada atas header, kalau nampak tu klik2 lah yer.. hihii.. Harap2 BE ni bertahan lama.. (^_^)

P/s : Pandai BE ni menjelma di saat UV saya 1000++ sepanjang minggu ni.. hihi


Sejak2 dah bergelar kakak..


Hakikatnya inilah Alisha apabila dah bergelar KAKAK... Setiap kali nak tidur.. kiranya permulaan nak tidur lah kan.. mesti nak tidur sebelah Aqilah sambil peluk Aqilah.. bila dah terlena sikit.. barulah dia bergerak sikit dari Aqilah, tanpa dia sedar.. hihii.. 

Actually, gambar dekat atas ni, saya baru je ambik tadi.. Alisha baru lepas menangis sebab dia nak keluar rumah tapi saya tak bagi sebab takda siapa nak teman dia.. so, dia menangislah.. last2 dia masuk bilik, suruh saya bukak baju dia & dalam keadaan tengah menangis tu, dia pergi peluk aqilah & terus tertidur... alahaiiiii sedih pulak saya tengok.. seolah2 adik dia tu lah tempat dia mengadu...

Ohya, hari ni jugak, secara rasminya, Alisha dah pandai sebut nama aqilah... siap lambai tangan dekat aqilah sambil sebut "Hai Aqilah.."... hahahhah.. sweet sungguh kakak alisha ni... (^_^)

P/s : BE ke 29 ( Chartis Travel Insurance ) telah singgah di blog GA

Penantian selama 2 tahun 2 bulan...

Betapa lamanya saya tunggu alisha panggil saya IBU.. Dah masuk 2 tahun 2 bulan @ dah dapat adik, baru pandai panggil ibu... Selama ni dia duk panggil saya mak tapi saya tetap bahasakan diri saya ibu... hahahaaaa... sian saya... anak panggil "mak" tapi saya duk berangan nak suruh panggil "ibu".. hihii..

Panggilan ibu ni anak2 susah sikit nak sebut agaknya... sebab saya perasan, kalau yang panggil mama or ma or mak tu, cepat je anak dah boleh sebut... tapi tak kisahlah, akhirnya penantian saya berbaloi... cewahhhh... hihiii...

Baru 2 3 hari alisha pandai panggil ibu... macam kelmarin, saya menyorok belakang pintu bilik, alisha cari saya tak jumpa, & tiba2 saya dengar dia cakap "Mana ibu?"... hihii.. seronok je rasa.. hihii... Ohya, lepas alisha dapat adik ni, alisha dah makin pandai bercakap tapi bila time nak bercerita ala2 tak jumpa noktah, tetaplah jugak bahasa german... tapi apa2 pun, alisha makin tunjuk peningkatan dalam bercakap (^_^)

P/s : BE ke 26 (PruBSN Smartlink), BE ke 27 (Colgate Palmolive Slim so...) Be ke 28 (Dutch Lady Activegold (RM) telah singgah di blog GA

Berkat susu ibu (^_^)

Rasa hati ni berbunga riang pulak... hihiii.. Tadi kan, nurse datang checkup adik alisha tau.. Lepas tu dia timbang.. Hari ni, hari yang ke 9, sepatutnya esok @ hari ke 10 timbang tapi nurse datang timbang hari ni.. (",)

Berat adik alisha pada hari ke 9, dah 2.9kg.. masa lahir 2.65kg... Nurse tu cakap apa tau... "Sepatutnya, berat baby, hari yang ke 10, mesti sama dengan berat ketika lahir tapi baby ni dah banyak naik...".. Saya ni macam terkejutlah.. yela, bila dah banyak naik, ada masalah ke kan... tapi lepas tu, nurse cakap "Jangan risau.. kira baby ni baguslah.. sihat... banyak naik.. Normally, kalau lahir 2.6kg, lepas tu dia akan turun jadi 2.5kg.. 2.4kg... & hari ke 10, kembali kepada berat ketika lahir.. 2.6kg.."

Wah... teruja + seronok saya dengar... yela, hari ke 9, adik alisha dah 2.9kg.. sepatutnya, kalau normally seperti kata nurse, esok @ hari ke 10, berat adik alisha akan jadi 2.65kg...hihii.. Alhamdulillah.. berkat susu ibu, adik alisha membesar dengan sihat.. hihii... Emmm, saya rasa, susu saya banyak selain dari sebab saya makan buah kurma, ia juga disebabkan oleh set bersalin yang saya guna jugak kot... Nanti saya kongsi dengan u all pasal set bersalin tu... (",)

P/s : BE ke 25 ( L'Occitane Anti Wringlink )telah singgah di blog GA

Tiga minggu yang terakhir...

Sekejap je... kandungan saya dah pun mencecah 37 minggu.. InsyaAllah lagi 3 minggu, bakal adik alisha ni ada dalam rahim saya.. Selepas tu, InsyaAllah, dia akan melihat dunia ni.. melihat wajah ibu, abah & kakak dia.. (",).. Actually, 37 minggu ni, bila2 je saya boleh bersalin kan.. baby dah matang... standby je.. tapi harapnya, biarlah lahir 40 minggu macam alisha dulu.. (",)

Selama 3 minggu jugaklah lagi saya akan merasa gerakan adik alisha ni.. lepas ni, dah tak dapat rasa... Adik Alisha sangat aktif bergerak.. perut pun senget benget dibuatnya.. hihii.. Kadang2 berombak2.. Alahaiii sweet je rasa moment tu... Kalau time alisha dulu, siap nampak bentuk tapak kaki lagi dekat kulit perut saya ni tau... Tapi untuk adik alisha ni, saya tak dapat nak tengok +  tak sempat pun lagi nak rakam.. yela, ada alisha, tak boleh nak tengok saya rileks sikit atas katil.. mesti datang.. tu yang takleh nak rakam tu.. hihii.. Tapi akan diusahakan jugak untuk rakam... mana tau kot2 lagi sekali saya dapat rakam tapak kaki.. hihii

Alhamdulillah jugak setakat ni saya tak mempunyai masalah apa2.. kaki pun tak bengkak.. duk kurus kering nampak urat macam sebelum pregnant... adehhh... saya pun pelik... padahal saya ni aktif je berjalan.. Apa2 pun alhamdulillah... baguslah kan tak bengkak.. senang saya nak buat kerja + nak bergerak (",)

Perasaan saya sekarang ni tak tau camne... happy ada, takut pun ada.. takut tu sebab takut untuk merasai kene jahit lagi sekali.. hihii.... Dalam masa yang sama, ada gak rasa tak sabar.. tak sabar nak tahu jantina adik alisha + nak tengok reaksi alisha bila dah ada adik.. hihii.. Tak sabar jugak nak rakam pertemuan pertama alisha & adik dia nanti... (^_^) Lepas ni, mesti blog saya akan bertambah ceria dengan cerita pasal alisha & adik dia... 

Apa2 pun, u all doakan saya moga saya selamat melahirkan anak yang sihat & cukup sifat & segalanya lah yer u all... Moga proses kelahiran nanti dipermudahkan... (",)

P/s : BE ke 24 (Maxis Talk More 28) telah singgah di blog GA..


Pembongkaran rahsia puding DINASOUR Alisha.. hihii

Jika u all masih ingat, dalam entry PUDING BUAH, yang saya buat sebelum ni.. saya ada buat puding guna acuan bentuk dinasour untuk Alisha kan.. Kalau dah lupa, tengok gambar dekat bawah ni... (",)


U all nak tahu tak, acuan tu bukannya acuan untuk buat puding tau... hahahhahahha... Rasa nak gelak awai2 sebelum u all gelakkan saya... muahahhahahha.... Yang sebenar2nya... acuan dinasour tu adalah...


Tadaaaaa.... MAINAN yang orang main pasir tepi pantai tu... muahahhahhhahhahha.. Bila dah terlebih kreatif, inilah jadinya... ahhahhahhah... Actually, saya beli set mainan ni untuk alisha main pasir time pergi Pulau Pangkor hari tu.. Saya ni duk imagine mesti alisha suka.. sekali alisha takut nak pergi main sebabnya alisha takutkan OMBAK yang tengah mengganas tu... hihii.. Opssttt bukan alisha je takut, saya pun takut... Ombak kuat yang amat.. (",)

So, mainan tu tersimpan elok je lah dalam umah ni.. tak guna.. sekadar alisha buat main masak2 dalam rumah je, tu yang saya ambik guna tu.. hihii Eh, tapi kan u all, actually, dekat mana yer nak beli acuan yang cantik2 yang bermacam2 bentuk ni?.. Teringin nak beli tapi tak tahu nak cari dekat mana.. hihi

P/s : Hari ni saya pergi Klinik Ibu & Anak.. so, akan terjah u all lambat sikit yer.. (",)

P/s : BE ke 23 (Nestle Milo Cans) telah singgah di Blog GA.. Blog Utama still takda BE... (^_^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...