Cara makan OBIMIN dengan betul

HB @ Hemoglobin saya untuk kandungan ketiga ni, makin lama makin turun, makin lama makin turun... haihhhh... Tak disiplin tau saya dengan ubat kali ni... Dah pandai ngelat.. bila dah turun mula kelam kabut... kalau tak tu, buat tak tau je... babab kang baru tau..!! Semalam pergi checkup, HB saya dah cecah 11... huwaaa kalau jatuh lagi 0.1 jawabnya, terus misi tulis guna pen merah la.. lepas tu, sticker dekat buku pink tu pun, automatikla tukar hijau... haihhh..!! Dari zaman mengandungkan Alisha lagi saya bercita2 tak nak tukar sticker lain selain dari putih.... tapi time Alisha, ditakdirkan Tuhan, last checkup saya di Sungai Petani ni, HB saya 10.9 kalau tak silap... terus bertukar warna sticker tu kepada warna hijau... Time Aqilah pulak, awai2 buat buku pink dah sticker warna hijau.. puncanya berat saya tak sampai 45kg time buat buku pink tu... Ohya, untuk pengetahuan u all, berat time mengandung, time buat buku pink tu kene 45kg ke atas tau... maybe ni berat yang ssuai untuk pregnant agaknya...


Semalam saya tanya nurse cara makan OBIMIN dengan betoi.. OBIMIN BERKESAN DI MAKAN KETIKA PERUT KOSONG... U ALL KENE MAKAN OBIMIN 3 JAM SELEPAS MAKAN OR SEBELUM MAKAN.. TAK KIRALAH WAKTU PAGI KE PETANG KE BILA2 JE... TAPI MACAM SAYA, HARI NI SAYA DAH START MAKAN 3 JAM SEBELUM SARAPAN... TIME SIAPKAN MINUMAN PAGI UNTUK MY DEAR, SAYA TELAN OBIMIN, PUKUL 10 PAGI KE ATAS DAH BOLEH MAKAN.... SEELOKNYA TELAN OBIMIN GUNA AIR OREN @ AIR YANG MASAM2, BARU ELOK DIA SERAP... OHYA, DALAM TEMPOH 3 JAM MENUNGGU TU, KALAU U ALL NAK MAKAN MACAM BISKUT KE BOLEH  JE.. TAPI CUKUPLAH SEKEPING DUA... DENGAN KATA LAIN, ELAKKAN MAKANAN BERAT MASUK DALAM TEMPOH 3 JAM TU.. KALAU U ALL MAKAN NASI, BOLEH JE.. TAPI KADAR SERAPAN TU SECOET SANGAT... TAK BERBALOI TELAN OBIMIN YANG BESAU TU KALAU KENE SERAP SIKIT...

Mulai hari ni saya nak telan ubat hari2 & nak buat seperti yang nurse cakap ni... tak naklah turun HB lagi.. tu pun dah atas pagar.. terkejut eden tengok semalam.. so, lepas ni kene konsisten makan OBIMIN supaya HB tu kembali naik... After sebulan nanti, saya akan bagitahu samada cara ni betul2 berkesan or tak.. tapi rasanya mestilah berkesan kan.. yang tak berkesan tu sebab saya ngelat.. tak nak telan hari2... Ohya, lagi satu, kalau u all telan OBIMIN, jangan telan minuman berkafein tau... yang ni lagi hebat.. terus dia "potong"... minuman berkafein tu seperti nescaffe, tea & kopi..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

{ 22 comments.. read them below or add one }

NaZiRaH @ Ezyra NaZiRaH @ Ezyra May 19, 2014
Saya check up kelmarin..naik kak..dari 9.5 naik 10.1.. Doc suruh jumpa lagi 3 minggu..maksudnya 1 minggu sblm due utk cek lagi..
Azi Azi May 19, 2014
sy ubat apa pn belum makan lagi. esok first check up...

betul la ina. saya memang dua dua kali pregnant hb rendah. 10 ++ tu biasa. nurse ada kata kalau nak makan contoh minum susu tak guna minum lepas makan. kalau nak tambah hb macam nak makan buah2 like jambu yang bagus untuk naik kan hb jangan makan lepas makan nasi. makan dua tiga jam lepas tu. tp sy xterelated pulak dengan ubat ni.

maknanya apa-apa yang boleh naikkan hb jangan makan dengan makanan yang boleh serap kecuali selepas dua tiga jam right... bagus info ni...
idzwa kamaruddin idzwa kamaruddin May 19, 2014
dah beranak tiga baru tau cara yg betul mkn obimin T______T canne ni?
Mrs Velentine Mrs Velentine May 19, 2014
takpe kak..makan ubat ni dgn betul insyaallah naiklah HB tue
Tihara Tihara May 19, 2014
moga dimudahkan segalanya yea ina
take care
Mama Safiy Arfan Mama Safiy Arfan May 19, 2014
obimin ni sy mkn masa hari nk check up je..konon kalo nurse tya ckp lah dh mkn..hehehe..Alhamdulillah anak sihat :-)
syawalsimpsons syawalsimpsons May 19, 2014
sue pon mkn obimin ngan air oren...
nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI May 19, 2014
jgn ngelat makan ubt ya kak.hihi
Mama Vogue Mama Vogue May 19, 2014
telan ngan air oren tu betul dah tu Ina..hihi
Mmg bagus telan ngan vit C sbb tolong optimumkan penyerapan iron dlm obimin tu.

Take care ye Ina!
Budak Kampung Budak Kampung May 19, 2014
betol ke kak, orang kata obimin 2 busuk sampai nak muntah?iman xtau sbb iman xkwin n xpeknen ag
Maria Firdz Maria Firdz May 19, 2014
Mmg itu yg saya amalkan... Alhamdulillah mmg maintain aje hb dr awl hgga akhir xde mslh...
IntaNBerliaN IntaNBerliaN May 19, 2014
@Budak Kampung

bg akak xdalah bau busuk... rasa macam xda bau je... eh, ke akak yg xperasan.. mklumlah terus telan je.. hihi
♥  Cmª shIemª ♥ ♥ Cmª shIemª ♥ May 19, 2014
salam k.ina..

oo..baru tau cara pengambilan dia.. cma dulu alhamdulillah..semua ok..cuma berat yg melampau2 naiknye..

huhu..tenkiu sharing...
jaakechik jaakechik May 20, 2014
Petua nak tinggikan HB : makan yogurt !!

InsyaAllah berkesan dengan Izin Allah....
Shima Salleh Shima Salleh May 20, 2014
hailaaa.. baca entry ina ni dekat pukul 11pg, tetiba teringat yg shima belum telan acid folic lg hari ni ekekekekeek...
Shima xpernah mkn obimin. Semua ubat sblm2 ni waktu prgnt mmg kkia yg beri 4jenis tu..Alhamdulillah xde masalah hb rendah. Sekali je masa prgnt afiq.. itupun shima tak pasti kenapa, penat sgt kott.. So far 11> ke atas. Mmg digalakkan mkn ubat dgn air oren. Shima pulak terlebih rajin perah buah oren sendiri hihihi... Hemmm bukankah dulu ina ada makan habbatus sauda serbuk tu? itu pun berkesan pd akak ipar shima yg mmg alami hb rendah even tak prgnt.
azizah :) azizah :) May 21, 2014
jijah dulu pon kurang darah.. mcm2 ubat makan termasuk obimin ni. tp tang tu gak rendah..hee
Mimi Azirah Mimi Azirah May 27, 2014
Tak sgka kak ina pun ada ngelat makan obimin ye...hehehe
Ayu Zan Ayu Zan June 21, 2014
Ayu ngndung sulung pun selalu skip obimin nih. Selalu lupa. Lagi2 dok layan muntah xsdh ni. Lupa saja tang vitamin. Huhu. Tq kak utk tips cara makan yg btl. Ayu mkn obimin ngn air sunquick. Bole kot. Hihi
Unknown Unknown July 24, 2016
blh ke klau tumbuk obimin ni.? sbb sye xpndaii teln ubat😳 xthulh xpndaii atau penakut ubt 😅
fatin fasehah fatin fasehah July 24, 2016
obimin to klau tumbuk blh x.? sbb sye xpndaii nx teln ubat 😳 xthulh xpndaii atau penakut 😅
AnonymousAnonymous September 17, 2016
Ahah...saya pon telan je..xde bau ape pon..
Atika Ika Atika Ika January 17, 2017
Sy lau mkn obimin msti pening pale..btl ke effect die cm 2..