Memuatkan ...
Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pregnant. Papar semua catatan

Yap, saya memang suka bertanya... (^_^)

Dekat entry sebelum ni, saya ada dapat komen dari Shima.. katanya dia tersenyum baca soalan saya dekat entry tu... hahahha.. Untuk pengetahuan u all, saya ni jenis manusia yang suka bertanya... Soalan saya tu memanglah nampak remeh & ntah apa2 je punya soalan.. hahhah.. Tapi itulah saya sebenarnya... Family saya dah tahu sangat perangai saya... Kalau orang cakap sesuatu saya mesti akan tanya balik.. Contohlah kalau orang kata jangan duduk atas bantal.. nanti jadi bisul.. saya akan tanya pulak, kenapa nak jadi bisul.. Apa kaitan duduk atas bantal dengan jadi bisul.. Kiranya setiap kali orang bagi jawapan, setiap kali tu jugak saya akan bagi persoalan.. saya akan berhenti bila saya puas dengan jawapan yang diberi ataupun orang tu dah malas melayan saya cakap... muahhahha.. Tapi ia bergantung dengan siapa saya bercakap & mood saya ketika tu... tak semua orang saya akan bertanya dari A sampai Z.. orang yang saya tak kenal, malasla nak tanya lebih2 kan..

Berbalik pada entry sebelum ni tu pulak, saya bertanya sebab tiba2 ada pulak yang cakap kalau perut cepat membesar lelaki & perut lambat membesar perempuan... saya macam nak gak cakap rasa macam tak logik, eh, bukan tak logik tapi tak semestinya sebab disekeliling saya ada je kawan2 yang jenis perut lambat nampak tapi lahir anak perempuan or lelaki.. kiranya tak sama jantina la kan... Macam Jijah, dia lahirkan baby boy... macam saya baby girl...  First time plak saya dengar orang2 tua cakap camni... saya nak jugak cakap pasal ni tapi keadaan tak mengizinkan masa tu... Ia sama jugak macam kes, kalau bersalin awal, anak Boy, kalau bersalin lambat anak girl... Yang ni saya bolehla argue jugakkan sebab saya dah alami sendiri.. tapi tang saiz perut, nak argue pun saya takda pengalaman.. hahahh.. Nampak tak saya ni peel camne... ape ke jenis peel ntah... saya ni jenis nak kan sesuatu tu ikut logik.. bukan pe, kadang orang2 tua ni dorang cakap dengan confident je.. tapi bila sampai waktu, lain jadinya.. so, itu yang saya rasa macam nak tambah ilmu lebih lagi melalui pengalaman kawan2... (^_^) Wah gituuu....

Soalan2 camni, kita hanya akan terlintas bila kita tengah mengandung je... Yela u all, orang nak bercakap dengan kita bab2 ni pun, jika kita mengandungla kan.. Rasanya ramai je orang2 lain pun yang nak tahu gak pasal2 ni semua kan.. Cuma kadang2 tu, nak tanya lebih2 takut kene marah..hihii... Nasib saya ada blog, so, bolehlah bertanya dekat sini... Lagi syok sebab melalui pengalaman kawan2 kan berbanding melalui cerita or  cakap2 yang disampaikan dari mulut ke mulut...

Tengah nak bertanya ni, layankan je la soalan merapu saya ni ye u all... hahah.. Malas nak buat entry bergambar, camgini lah jadinya.. hihii


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Ada perbezaan saiz perut ke jika mengandung anak berlainan jantina?

Saya nak tanya u all yang dah ada anak ni... Saya macam terpikir & nak tahu... Saya nak tanya, kalau u all mengandung, contohlah perut u all jenis awal2 tu kecik molek je.. jenis yang susah nak nampak pregnant.. so, adakah kalau u all mengandung LELAKI or PEREMPUAN, perut u all sama macam tu jugak.. susah nak nampak?.. ataupun masa perempuan susah nak nampak tapi masa mengandung lelaki, senang nak nampak, tak payah bagitahu pun orang dah tahu u all mengandung?

Bukan apa u all, sebab tiba2 saya terpikir, perut seseorang ni jenis mudah nampak or susah nak nampak pregnant bergantung atas faktor apa... genetik ke ataupun sebab jantina baby ke camne... Itu yang saya nak pahamkan sebenarnya... Saya macam nak tahu dari segi rasionalnya la... Nak tahu jugak ibu2 yang lain ni macamana kan.. Kira nak tahu pengalaman u all la kan... 

Persoalan saya pasal saiz perut kan.. Tapi yang ni saya nak selitkan jugak, pasal orang2 tua kata perut kedepan @ muncung anak boy & kalau mengembang or melebar ke tepi anak girl.. tapi itu hanyalah sekadar andaian orang.. Sepupu saya mengandung 3 kali tau... perut dia sama je, jenis muncung kedepan.. Tapi yang lahir adalah 2 boy & 1 girl... Yang betulnya nak kene tunggu kita bersalin la kan baru tahu apa jantina...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Saiz perut ketika kandungan 4 bulan

Opsttt nak bagitahu awal2 ni, entry ni takda gambar yer.. bukan pe, saya yang duk ambik gambar anak2, gambar saya takda orang ambik.. hahahha... Seperti mengandung anak pertama & kedua, perut saya memang jenis kecik.. Bayanglah, ketika mengandungkan Alisha dulu, saya mengandung time tu dah 6 bulan, beria la my dear ni bagitahu dekat jiran MIL yang saya dah mengandung, boleh pulak dia tak percaya....

Masa balik rumah MIL baru ni, MIL saya tanya yang saya dah mengandung berapa bulan.. saya cakaplah 4 bulan lebih... MIL saya cakap, "Perut tak nampak pun, sebab perut ina kulit nipis, tu yang kecik.." Ok, saya tak paham kulit nipis tu camne yer.. tapi memang dari dulu orang duk cakap pasal kulit tebal kulit nipis ni.. cuma saya tak tahu nipis & tebal yang dimaksudkan tu camne... Actually, mereka2 yang jumpa saya secara live ni, ramai je lagi yang tak tahu saya mengandung.. saya pergi beli baju pun, saya bagitahu orang yang jual baju tu yang saya mengandung, boleh pulak dia buat terkejut bulat bijik mata.. banyak kali confirmkan dengan saya takut dia tersilap dengar.. hihii.. Comel je aksi adik tu..  

Eh, tengah2 taip entry ni kan, saya terpikir.. adakah disebabkan kulit perut saya yang nipis ni, yang membuatkan saya boleh dapat perut yang kembali flat selepas bersalin ek... Alhamdulillah sebab selama ni, selepas bersalin, saya tak ada masalah perut buncit or perut menggelebeh or perut yang ada strechmark.. Eh, jangan salah paham.. takla lepas bersalin keluar je anak terus kempis... maksud saya, 2 3 bulan lepas bersalin la... Maybe ni kelebihan orang yang ketika mengandung perut dia kecik agaknyakan...

Ohya, perut saya jenis kecik kan.. so, bila lahirnya anak2 saya sebelum2 ni, kecik molek je berat dorang tu u all.. Alisha 2.6kg, Aqilah 2.65kg... hihi.. Haaa tau tak baru ni MIL saya cakap apa... "Time ni, kalau nak beranak.. beranak je berapa ramai pun.. nanti sampai masa dia berhentila...".. hahahha... Ayat MIL, lebih kurang macam tu la maksudnya.. So, saya terus jawab... "Haa memang mak, tu antara doa ina la tu... tiap2 2 tahun sekali nak beranak.. nanti tahun 2016, pastu 2018 pastu 2020.. minimum 4 orang.."... MIL & adik ipar gelak je.. hahhahah.. InsyaAllah.. Jika dimurahkan rezeki anak untuk saya.. Memang niat saya or doa saya dari zaman anak dara lagi nak anak ramai @ 4 paling minimum.. Siapa yang kenal saya mesti tahu yang saya selalu cakap nak anak ramai... Moga Tuhan murahkan jugak rezeki anak untuk kawan2 saya yang sedang berusaha untuk dapatkan anak.. tak kiralah samada untuk anak pertama or anak yang keberapa sekali pun...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Seawal usia kandungan berapa dah boleh rasa gerakan baby?

Ketika mengandungkan Aqilah, saya rasa kompius, mengandung kali ni pun kompius jugak lagi.. Kompius dengan "ombak2" or "angin2" yang dalam perut saya ni haaa... Ketika mengandungkan Alisha, saya mulai dapat rasa gerakan @ "ombak" or "angin macam pecah2" tu ketika usia kandungan 5 bulan++.. Ketika mengandungkan Aqilah plak, saya dapat rasa ketika kandungan 4 bulan seminggu... 

Tapi untuk yang ketika ni plak, saya macam dah dapat rasa 3 bulan ++ @ lebih kurang seminggu lagi nak genap 4 bulan... Masa mula2 saya rasa tu, saya terpikir gak, "eh, adakah tu gerakan baby?" cuma masalahnya, takkan belum 4 bulan pun dah boleh rasa... Ni yang buat saya kompius ni u all.. Masa Aqilah dulu time rasa 4 bulan ++ tu kompius gak tapi bila tanya2 orang lain, dorang pun ada rasa gerakan masa kandungan 4 bulan ++... untuk kali ni, nak tanya u all lagi sekali la, ada tak antara u all yang pernah rasa gerakan baby ketika kandungan belum lagi 4 bulan?..

Actually memanglah baby dalam perut kita ni duk bergerak sentiasa cuma kita je tak dapat rasa kan... tapi tu la, saya kompius gak ni.. Ohya, macam biasalah, awal2 ni, bukannya kita dapat rasa sentiasa gerakan baby tu kan.. 2 3 hari sekali baru dapat rasa tiba2 ada "angin meletup" dalam perut ni.. hihii.. Ada tak antara u all rasa awal.. bukan apa, nanti nurse tanya senang saya nak gtau.. dah la nanti kalau betoi baby gerak, nak kene cucuk ubat kancing gigi..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku (Noorzarina binti Ahmad Tazari) namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Mengidam ketika mengandung

Yang best ketika mengandung ni, bila kita nak makan sesuatu, pasti suami kesayangan kita semua tu sanggup  cari sampai kita dapat makan jugak apa yang kita nak... termasuklah suami saya


Hari tu my dear nak g beli gulai kambing.. Saya dah tahu dekat kedai tu ada daging rusa bakar.. so, saya suruh la beli tapi bukan mengidam.. kiranya takdalah kalau tak dapat makan tu sampai menjejeh air liur kan.. i'm cool.. (^_^) Ohya, daging rusa bakar ni sangat sedap tau.. Banyak ni harganya RM5.. beli dekat kedai makan banyak2 tepi jalan time keluar highway Selatan agaknya yer.. huwaaa fail bab2 nak gtau tempat ni...


Bila dah sampai kedai tu kan, daging rusa ni takda, belum bakar lagi.. my dear ni sangguplah tunggu orang dekat kedai tu bakar daging rusa tu.. semata2 isteri dia ni nak makan... Nampak tak, time mengandung ni, walaupun kita tak mengidam.. tapi bila kita sebut je nak makan, suami2 ni pasti usaha bagi dapat jugak.. (",) Ni yang rasa syahdu dengan my dear ni tau.. lebiu la yayang... (^_^)



"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Punca tidak digalakkan menyusu ketika mengandung

Bulan lepas punya checkup, saya tanya doktor samada ok or tak saya menyusu badan kan.. first sekali doktor tanya saya susu saya banyak lagi or tak.. Jawapan saya tak la kan.. Memang susu saya tak banyak dah pun u all.. Susu saya dah drop seperti mana ketika mengandungkan Aqilah dulu jugak.. saya dah start rasa tak selesa gak time Aqilah menyusu tu sebenarnya.. Lepas tu doktor tengok rekod saya ketika mengandung anak pertama & kedua.. dia kata takda masalah apa2, so, takda masalah untuk saya terus menyusu Aqilah... dalam kes ni, saya dah buat satu keputusan sebenarnya samada nak teruskan or tak.. Nanti saya story di entry lain..

Di entry ni saya nak cerita dekat u all apa yang doktor cakap antara SEBAB MUSABAB SESEORANG TU TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU KETIKA MENGANDUNG... Kita TIDAK DIGALAKKAN MENYUSU jika kita adalah masalah.. antaranya

# Jika kita sakit perut yang terlalu kuat
# Terdapat pendarahan
# Pernah mengalami kelahiran anak pra matang
# Pernah mengalami keguguran

Sebab apa jika ada masalah2 dekat atas ni kita tak boleh menyusu?.. puncanya kita mempunyai rahim yang sangat sensitif terhadap hormon Oxytocin.. kira macam takut penyususan kita tu akan menyebabkan banyak hormon tu dikeluarkan & merangsang rahim untuk mengecut.. Atas alasan ni jugak doktor yang saya g checkup tu tanya samada susu saya banyak or tak.. Jika banyak dia pun bimbang jugak.. tapi saya cakap susu pun sikit je kan.. so, takda masalah la... Bila rahim kita mengecut tu yang jadi masalah tu.. u all paham2 je la kan lebih2 lagi jika di awal2 mengandung.. takut pengecutan tu terover banyak plak..

Ini dari apa yang doktor terangkan dekat saya la.. Tapi u all boleh dapatkan pendapat dari doktor u all sendiri...


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Punca saya tak nak minum air soya ketika mengandung

Sebelum kawen selalu dengar orang cakap, kalau nak anak putih, MINUM AIR SOYA KETIKA MENGANDUNG... So, time mangandungkan Alisha, bukan main lagi saya minum.. Siap buat sendiri lagi tau... Konon nak anak cerah la kan.. Biasalah, mak2 ni.. kalau boleh semua nak yang elok2 kat anak2 kan... Memang hakikatnya Alisha cerah pun u all.. taklah cerah putih gebu tu.. tapi kulit kuning langsat... 

Tapi tu la, apa maknanya kalau kulit anak cerah tapi ada MASALAH KULIT... Akhir tahun 2011 Alisha dah mula ada EKZEMA.. Ekzema ni bukan boleh hilang.. sekadar boleh control je pun.. Lepas pada tu, saya banyak join group2 kan.. Saya ada terbaca, DORANG NAK ANAK PUTIH, DORANG MINUM AIR SOYA TAPI KULIT ANAK JADI SENSITIF, BUKAN SETAKAT SENSITIF ADA YANG SAMPAI JADI EKZEMA.. Alisha lah salah sorang tu...

So, bila anak kedua, memang saya tak minum pun air soya tu.. Eh, kalau minum pun maybe sekali dua je kot.. Lahirnya Aqilah memang gelap sikit pun dari Alisha.. Tapi saya tak kisah.. asal takda kulit nak sensitif bagai.. Lagipun hakikatnya memang mak pak dorang ni pun kulit spesis kulit manggis, yang duk kelam kelibut nak cerahkan anak plak tu kenapa.. adehhhh.. ni yang nak grrrr dekat diri sendiri ni... sian tau Alisha.. dari umur setahun lebih dah kene ekzema, sampai sekarang... Menggaru sampai darah2... 

Eh, lagipun kan u all, orang kata, anak yang kulit gelap masa kecik, tak semestinya sampai besar gelap.. bukan nak perasankan diri la u all... saya sendiri pun masa lahir memang gelap.. masa kecik memang gelap.. gelap sungguh2 ni tau.. Aqilah tu lagi cerah tau...Tapi bila dah meningkat remaja, saya pun tak pasti apa punca jadi cerah sikit ntah... tapi memang ada orang2 tua yang gtau, budak2 yang gelap masa kecik, masa besar akan cerah.. siap bagi contoh saya lagi tu.. tak menahan betoi.. hahah.. Opstt tapi bukanlah cerah beria tau cumanya lebih cerah dari kecik.. So, takyah nak risau2 anak2 gelap ke cerah ke.. kalau cerah ada masalah kulit, tak best gak.. saya yang tengok pun kesian..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Pengalaman buat buku pink anak ketiga


Saya buat buku pink pada 28/01/2014 tapi sekarang baru nak tulis.. biasalah tu kan, entry tertangguh, kat draft banyak lagi yang tertangguh tu.. kikikii.. Bila kita nak buat buku pink untuk anak kedua ketiga & seterusnya, kita kene bawak sekali buku pink yang lama masa kita mengandung sebelum2 tu pergi klinik.. tu penting tau, jangan bagi hilang buku pink tau.. Nak cite dekat u all, masa nurse panggil nama saya, dia peganglah buku pink lama saya tu kan, dia tanya saya ada masalah apa.. Saya jawablah saya mengandungkan... Lepas tu nurse tu senyum2 je kat saya.. Malu ai tau.. tahulah anak ai kecik lagi dah mengandung.. tapi no hal, rezeki tuhan bagi.. adalah hikmah, mana tahu Tuhan nak bagi baby boy ke.. (^_^)

Ohya, nak buat buku pink ni, better g pagi la.. bukan pe, nak buat tu bukan sekejap.. berejam jugak tau.. macam saya ni g petang, so, terpaksa g hari lain pulak jumpa doctor untuk settle kan buku pink ni.. Masa dekat misi tu, macam biasalah, dia akan pegang perut kita & breast kita.. tujuan dia pegang breast tu sebab nak rasalah kot2 ada apa2 ketulan ke.. selain tu, dia jugak akan cek tiroid kita.. yang ni dia just suruh kita telan air liur tengok samada kelenjar tiroid kita tu bergerak sekali or tak.. Dalam bab tiroid kali ni, alhamdulillah bengkak kalenjar tiroid @ goiter saya tu dah ok...

Lepas misi settle cek, saya kene g timbang & lepas tu ambik darah untuk test HB @ Hemoglobin.. Selain tu, kene ambik darah untuk test HIV jugak tau.. bukan saya sorang je, tapi suami pun kene ambik darah test HIV jugak.. Kiranya kalau u all nak buat buku pink, bawak sekali husband yer.. Result HIV ni katanya seminggu baru keluar..  Lepas dah siap tu semua, kene g masuk jumpa misi lagi sekali sebab dia nak tengok la samada HB & berat kita tu ok or tak.. dia nak tulis dekat buku pink kan..

Alhamdulillah saya takda masalah apa2.. So, saya dapatlah sticker berwarna putih.. suker suker suker.. (",) Sticker dekat buku pink ni ada macam2 warna.. warna putih ni kira takda masalah apa2 la.. Masa time Aqilah dulu, buat2 je buku pink, terus dapat sticker warna hijau.. puncanya berat badan saya time mengandung tu 44kg.. sepatutnya berat minimum mengandung 45kg..  Kalau ikutkan lepas dah settle jumpa misi, saya kene masuk jumpa doktor plak, tapi dah lewat, so, saya kene ambik tarikh lain untuk jumpa semula doktor.. Bila dah sampai hari yang nak kene jumpa doktor tu, doktor scan perut saya, katanya masih kecik so, dia tak dapat nak bagi anggaran tarikh bersalin.. Nak kene datang plak selepas 2 minggu... Lepas 2 minggu tu, saya g la jumpa doktor lagi... kali ni baby pun dah besar sikit.. so, doktor buat keputusan bagi tarikh bersalin yang sama yang tertulis di kulit buku pink tu @ tarikh yang ikut kitaran haid saya...

Untuk rekod saya :-

28/01/2014
Tempoh hamil : 9/52 + 5/7
HB : 12.2
Berat : 47kg

23/02/2014
Tempoh hamil : 13/52 + 3/7
HB 11.9
Berat 47kg

Due date : 29/08/2014

Alamakkk lupa nak tulis tadi.. Lepas checkup dengan misi, saya g klinik gigi pulak tau.. untuk cek gigi kita plak.. kiranya cek gigi ni termasuk dalam prosedur buat buku pink la..


"Ya Allah,Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku"
"Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w."

Suka makan pisang ketika mengandung

Resepi Pisang Goreng Rangup

Pisang goreng dalam gambar ni, tahun lepas punya cerita yer.. Pisang dari hasil abah saya yang tanam.. Alhamdulillah sekarang ni loya saya dah takda sangat pun.. Eh, ke memang dah takda terus yer.. Rasa macam dah lama takda uwek uwek... Takpala tu, yang penting untuk entry ni saya nak gtau, saya dah mula nak jadi PENGGEMAR GORENG PISANG NO 1 dalam family saya.. dalam family cukupla, kang gtau dalam dunia kan, u all tak caya plak.. hihi

U all tahu tak, hari2 tekak saya ni rasa nak makan pisang goreng.. Sampai saya dah siap cakap dekat my dear "Abang beli pisang goreng hari2 tau.. bila ina gtau jangan beli @ dah bosan makan, baru abang stop".. Si suami kesayangan saya tu, tunaikan permintaan saya ni.. hari2 beli pisang goreng tau.. My dear & anak2 makan secoet je, yang tukang perabih sayala.. sampai kerak2 tu pun saya kutip makan.. hahah.. Saya makan pisang ni bukanlah sebab orang kata makan pisang banyak2 boleh dapat anak lelaki tapi sebab tekak ni sentiasa rasa pisang goreng tu sedappppppppppppppppp sangat..!!

Makanan favorite saya dolu2 rasa kembang tekak tengok.. tu baru tengok tau.. Alaaa saya maksudkan pizza.. saya ni memang jenis suka makan pizza tau.. suka sangat.. Duk order Pizza delivery je kojenya.. tapi sekarang tengok iklan pun tak lalu dah u all.. Nampaknya saya dah kembali kepada citarasa melayu.. pisang goreng plak tu.. hihii.. Balik Chemor hujung bulan ni, nak ambik pisang banyak2 kat kebun abah saya tu.. nak buat kerepek pisang & nak goreng.. Nyum nyum.. sedapnya pisang...

     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Perubahan diri saya sebelum tahu saya mengandung...

Actually dari tahu lepas lagi saya perasan dengan perubahan diri saya ni tau... Memang time tu hati saya ada terdetik mengatakan yang saya maybe pregnant.. itu kata hati, tapi kata akal ni plak, mustahil saya pregnant.. dalam bab ni, sepatutnya dari awal lagi saya harus percayakan kata2 hati saya.. Sesungguhnya perempuan mempunyai naluri hati yang cukup kuat..!! Jangan pandang rendah pada naluri hati perempuan... Saya bagi contoh, satu hari kami g klinik, ada yang saya komplen pasal anak dekat doktor, my dear cakap, "alaa takda apala"... tapi doktor tu terus cakap, "takpa, kita check.. kita kene percaya cakap ibu.. naluri ibu ni lain".. Ramai doktor yang saya jumpa, tak ambik mudah bila saya sebagai seorang ibu komplen pasal anak... sampai dorang siap panggil pakar suruh check anak saya.. Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan??.. Ok, mukadimah yang dah meleret2... bila dah mood rajin menjelma, camnilah... u all hadaplah story saya yang panjang berjela nanti ni yer.. hihii

Saya cite secara random je ni tau.. saya dah lupa yang mana satu perubahan awai yang saya perasan.. tapi saya tulis semuanya yer... Ketika saya menyusu Aqilah, tiba2 saya rasa saya punya breast sakit tau.. Kesakitan yang saya rasa tu, sebijik yang saya rasa time saya menyusu Alisha ketika mengandungkan Aqilah... Selain dari tu, saya perasan perut saya buncit tau... Alhamdulillah walaupun saya dah ada 2 orang anak, perut saya tak buncit.. jenis leper maybe sebab saya ni kurus kering macam bini popeye agaknya, tu yang leper sekeping je.. hihi.. So, dari sinilah saya mudah untuk detect yang tiba2 perut saya buncit.. tapi ada gak time perut saya buncit, biasanya lepas makan la kan tapi bila dah membuang, kembali leper.. Untuk kali ni tak pulak, 2 3 kali membuang pun, tak leper2 jugak.. duk buncit camtulah... saya dah mula rasa pelik dengan perut saya ni...

Saya muntah 3 kali dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Parit Buntar.. Padahal selama ni tak muntah pun.. Eh jap, ada muntah.. tapi tu time pregnant..!! Haaa nampak tak kat situ.. dah pelik dah tu... takkan nak muntah saje2 kan... tapi time ni saya duk salahkan durian yang saya bawak balik dari Chemor.. maybe sisa2 bau durian buat saya rasa loya.. kesian durian.. tak pasal2 kene "fitnah".. hahhah.. Time ni jugak saya dah mula loya2 bagai, tak boleh nak bau sembarangan.. sikit2 nak uwek uwek padahal keluarnya tak jugak.. bunyi uwek tu je yang lebih...

Yang ni paling buat saya rasa pelik..!! Tiba2, si buah hati kesayangan saya, si EPHYRA tu haa, tak berfungsi dekat saya... Bayanglah, yang selama ni EPHYRA buat muka saya jadi licin tiba2 tumbuh jerawat besar gajah sebijik kat pipi kiri.. sampai sekarang tak hilang2 lagi.. sebulan lebih dah tau..! Kulit muka yang sepatutnya lembab tiba2 jadi kering menggelupas.. bibir pun kering.. sampai sekarang muka saya kering hokay!.. Time ni saya dah pelik, kenapa jadi macam ni.. masa tu saya minum EPHYRA di kotak keempat.. sedangkan EPHYRA adalah produk terbaik yang pernah saya guna... U all pun nampak sendiri perubahan saya guna EPHYRA kan... (lepas kandungan 6 bulan, kene sambung minum EPHYRA semula ni).. Tak dan habis kotak keempat, terus saya stop, sebab masa ni saya dah pikir ada "baby" dalam rahim saya ni kot.. so, better saya stop sementara nak buat pregnant test.. Iklan jap, EPHYRA boleh diminum oleh ibu mengandung ketika kandungan 6 bulan ke atas...      

Yang ni saya dah mula percaya yang saya pregnant..!! Sebabnya saya dah mimpi yang saya pregnant..!! bukan apa, sebab untuk pengetahuan u all, saya ni jenis yang dapat petanda dari mimpi tau.. dari zaman sekolah lagi.. Yang pasal adik saya kemalangan tu pun saya mimpi.. Alamakkk yang ni lainkali saya cite... Pada 16/01/2014, saya ingat lagi, hari Jumaat malam tu, kami balik Parit Buntar.. Malam tu saya tido, saya mimpi.. Dalam mimpi tu hanya nampak perut saya & tangan doktor yang tengah pegang perut saya... dalam mimpi tu jugak saya beranggapan yang saya tengah mengandung 3 bulan.. Tapi kalau ikutkan last period, baru gak 2 bulan lebih mengandung..

Ini pengesahan yang saya dah pregnant..!! Saya dah mula cari asam.. Ini perubahan paling ketara.. saya ni bukan jenis makan asam sangat kalau tak pregnant.. biasa saya mula cari asam time pregnant.. alasannya sebab nak hilangkan rasa loya... Eh, jap, masa mengandungkan Aqilah, rasa macam saya tak mencari asam.. sebab time tu saya takda alahan langsung... kalau tak silap saya la.. sebab dah ingat2 lupa pasal asam ni...

Inilah antara perubahan yang saya perasan sebelum saya disahkan saya mengandung.. Sekarang kandungan saya dah 11 minggu ++.. Lagi beberapa hari nak masuk 3 bulan... Harap2, sifat negatif time pregnant kali ni cepat2 berlalu.. moga alahan ni pun cepat2 lari dari saya... Doakan moga kandungan saya ni selamat sehingga lahir & seterusnya.. Cukup sifat & segalanya.. InsyaAllah...(",)
     "Ya Allah... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepadaku, aku memohon moga kau                              kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku seperti mana kau kurniakan untukku.."                       "Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w..." 

Sifat negatif ketika mengandung

Sekarang ni saya memang dah jadi pemalas.. pemalas yang amat..!! Nak buat kerja rumah pun malas, apatah lagi karang entry kat blog... Rajin baru buat, malas nan adoooo... Ni nampak tak, dah petang baru nak karang.. hahah Tu pun nak mengadu domba tentang perangai negatif saya sekarang ni... (",) Saya tak suka betoi dengan perangai ni tau... Stress dengan diri sendiri.. Saya tiba2 jadi seorang yang garang.. cepat marah.. kalau sebelum ni saya mana kisah sangat anak2 nak sepahkan rumah time main2 ke, tumpahkan tu, tumpahkan ni... tapi sekarang.. adehhhh.. Ntah apa2lah saya ni, biasalah budak2 kan... Babap baru tahu.. 

Tapi tahap garang saya tu takdalah sampai jiran sebelah dengar saya marah2 cumanya nampaklah ketara perubahan tu dari dulu.. Saya rasa saya tak pernah pukul anak saya depan orang tau.. Tapi hari tu saya pukul alisha depan MIL saya, alaa bukan pukul pe pun, saya tengah baring nak tido, biasalah tengah duk loya2 bagai ni kan, si Alisha macam biasalah, dengan peel menangis dia tu.. sekali kena pukul dengan saya.. kene pukul sekali je, kat vontot kot... Alahaiii sian Alisha tau... saya memang geram dengan diri saya ni... tak leh jadi ni... Mengandung kali ni datang plak perangai negatif macam ni.. haihh
Ya Allah Ya Tuhanku... Terima kasih atas rezeki anak yang kau kurniakan kepada ku.. Aku memohon moga kau kurniakan rezeki anak untuk rakan2 ku yang masih menanti saat untuk bergelar seorang ibu.. Aamiin.. 
Ya Allah, sesungguhnya aku namakan anak yang berada dalam kandunganku ini dengan nama Muhammad. Maka jadikanlah dia anak lelaki dengan kebenaran empunya nama yang mulia ini, iaitu penghulu kami Muhammad s.a.w... 

Alahan ketika mengandung anak perempuan, takda alahan anak lelaki

U all pernah tak dengar orang kata kalau kita ada alahan time mengandung, anak yang kita kandung tu perempuan.. takda alahan anak lelaki?.. Saya pernah je dengar orang cakap camtu.. Masa anak pertama adala jugak rasa macam nak percaya.. sebabnya memang time mengandungkan Alisha saya ada alahan.. bila keluar baby pun, memang baby perempuan...

Tapi bila saya mengandung kali kedua, terus saya dah takda rasa nak percaya.. hahhah.. Actually tu just cakap2 orang je kan.. Maybe ada yang kebetulan ianya betoi berlaku dekat diri seseorang tapi ada jugak tak... Alaa sekadar cakap2 je kan.. Nak tahu yang betoi2, kene tunggu kita bersalinla kan.. Sedangkan hasil ujian scan pun boleh "bertukar".. Time scan, kata anak perempuan.. bila keluar lelaki.. Time scan kata anak lelaki, bila keluar anak perempuan... kiranya teknologi ciptaan manusia tak dapat menandingi kuasa Tuhan... bila Tuhan kata Kun Fa Ya Kun.. kalau lelaki, tetap lelaki.. kalau perempuan tetap perempuan..

Ohya, berbalik pada cerita anak kedua saya tu.. Time mengandungkan Aqilah, saya memang takda alahan langsung... sangat seronok sampai rasa macam, "kalau camnilah gaya mengandung tanpa alahan, 10 kali mengandung pun takpa"... Haaa tu diaaa.. 10 kali tu.. hihii.. Itu sekadar perumpamaan nak gtau u all, perasaan bila takda alahan... Kalau ikut kata orang, takda alahan anak lelaki kan.. tapi tak pun, anak saya yang lahir adalah perempuan.. Si anak solehah Aqilah yang aktif tu haa.. (",)

Untuk mengandung kali ketiga ni, saya ada alahan.. bukan setakat alahan tapi penyakit Malas sangattttttttttttttttttttttttt hebat melanda diri... kalau boleh nak duduk rumah baring sambil tengok TV je.. malas sungguh nak buat keje lain.. Masak pun malas, tapi terpaksa.. kalau tak, anak2 saya & my dear nak makan apa kan.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Adakah EPHYRA ada kaitan dengan saya mengandung?

Ketika anak pertama, kandungan 5 minggu saya dah dapat rasa saya mengandung, anak kedua plak, kandungan 4 minggu saya dah rasa saya mengandung.. Tapi untuk anak ketiga, usia kandungan 2 bulan lebih @ 8 minggu ++ baru saya sedar.. Ni semua gara2 saya tak merancang, tu yang saya tak tahu saya mengandung.. Sebelum ni saya bagitahu u all yang untuk kandungan ketiga ni, saya memang dah rasa macam "something" berlaku dekat diri saya ni... kira dah dapat hint la, tapi hanya kerana 2 alasan saya rasa saya tak mengandung.... sebelum ni saya dah bagitahu apa 2 alasan tu kan, so, meh saya cerita secara detail, supaya kita semua sama2 dapat tambah ilmu.. (",)

Saya bersalinkan anak solehah saya @ Aqilah pada 22/10/2012.. Saya period selepas bersalinkan Aqilah pada 22/11/2013... Punya lama baru period.. ngam2 usia Aqilah setahun sebulan... Sekali bulan 11 tu je saya period.. bulan 12 dah tak datang... Masa bulan 12 tu saya terpikir gak kenapa belum period lagikan, sebab selama ni, period saya memang jenis teratur... Tapi saya pikir balik, "Ohh maybe hormon saya belum betoi.. yela, period pun lepas setahun lebih bersalinkan Aqilah kan"... So, takpala, saya tunggu je la, nanti2 period la kan... Dalam masa menunggu period datang ni la, macam2 "hint" yang saya dapat, tapi yang ni lain kali saya cerita yer... Sehinggalah saya keluarkan entry yang saya dah mula rasa loya & pening... time tu rata2 komen mengatakan saya pregnant.. Masa tu, saya memang dah syak saya pregnant tapi saya macam tak percaya.. Lebih2 lagi untuk alasan kedua ni haaa....

"Peluru" tidak dilepaskan ke sasaran.. yap, saya cukup berjaga2 dalam bab pelepasan "peluru" dari anak first lagi... Kiranya, kalau kami plan, baru "peluru" dilepaskan.. sebab saya tahu, saya jenis yang cepat lekat.. anak first saya bunting pelamin, anak kedua, saya plan bulan 1, bulan 2 saya dah tahu saya pregnant.. Tapi anak ketiga ni, kes terpencil ni... "Peluru" tak dilepaskan pun saya mengandung.. Opsttt tapi tak mustahil ada jatuh setitik dua kan.. Dan kerana setitik dua tu jugak saya mengandung.. Semua dengan kuasa Tuhan, kalau Tuhan kata Kun Fa Ya Kun, semuanya tak mustahil..

Semalam saya g jumpa doktor, saya gtaula pasal 2 alasan ni... Doktor kata, "Boleh je pregnant walau sekali je period, sedangkan orang tak period langsung pun boleh mengandung.. Dia berlaku ke atas seseorang yang betoi2 subur.. tu yang walau pun hanya masuk sedikit tapi pregnant.. kalau yang kurang subur, masuk banyak pun susah untuk pregnant".. Time ni kan, saya mula terpikirkan EPHYRA.. Actually masa mula2 gerak hati saya kata saya mengandung saya dah terpikirkan EPHYRA...

Ada 4 orang rasanya rakan blogger yang komen maybe saya pregnant PENANGAN EPHYRA... Sebelum2 tu, saya dah gtau mak saya pasal loya2 ni.. mak saya cakap, Mesti saya pregant tu.. Pastu saya cakapla yang "peluru" tidak dilepaskan.. pastu mak saya cakap plak dah saya minum air untuk suburkan diri @ EPHYRA... 4 orang rakan blogger + mak saya + saya = 6 orang ni mengatakan maybe penangan EPHYRA... Kenapa saya kata penangan EPHYRA..??? Salah satu kelebihan EPHYRA kan membantu meningkatkan tahap kesuburan diri kita.. kira macam saya ni, yang memang dah subur jadi bertambah2 lagi subur... gitulah konon maksudnya... (^_^) Opsttt pada u all yang baru baca entry ni, untuk pengetahuan, saya minum EPHYRA bukan kerana untuk subur tapi untuk kecantikan & kesihatan.. kesuburan tu hanya satu bonus yang saya dapat.. InsyaAllah... Alhamdulillah... Selain dari tu jugak, saya pikir gak, sebab selama ni, saya duk baca orang guna 2 3 kotak EPHYRA, dorang mengandung walaupun sebelum tu dah try macam2 untuk pregnant... Saya pun kalau ikutkan, masa mengandung tu, tengah guna EPHYRA kotak ketiga... TERIMA KASIH EPHYRA sebab meningkatkan tahap kesuburan saya.. 

Walau sebelum ni saya saya tak plan untuk mengandung tapi bila dah tahu saya mengandung ni, saya rasa seronok sangat.. sebab insan2 tersayang dalam hidup saya gembira dengan berita ni... Doa saya moga kandungan ni adalah LELAKI.. InsyaAllah jika Tuhan izinkan.. Semua atas kuasa Tuhan, Jika Tuhan kata saya layak untuk memegang amanah menjaga anak lelaki, pasti ianya termakbul.. Jika saya masih belum layak untuk menjaga anak lelaki, takpa, saya akan terus usaha perbaiki diri saya, untuk anak2 akan datang... yang penting saya jangan berhenti berdoa.. Tuhan kan Maha Pengasih & Penyayang... Saya nak anak lelaki ni bukan apa, LELAKI kan "kuasa" dia kuat.. andaikata satu hari apa2 terjadi dekat kami, adalah anak lelaki yang akan jaga kakak2 or adik2 perempuannya... (",)

Ohya, sedikit ilmu yang saya dapat semalam, Kan orang pernah kata, kalau anak menyusu badan sepenuhnya, kita susah nak lekat kan.. saya ingatkan, maksud dia tu, kalau anak minum susu badan tak campur susu lain.. tapi rupa2nya, maksud dia lain.. Doktor gtau semalam, maksudnya camni.. "Kalau anak menyusu badan sepenuhnya tanpa makan or minum benda2 lain, termasuk nasi ke apa, kiranya semata2 susu badan kita.. yang ni lah yang dikatakan susah nak lekat @ senang nak plan jarak anak tu"... Saya salah paham la rupanya selama ni.. (",)

Eh jap, nak selit gak apa yang my dear cakap semalam selepas kami jumpa doktor.. Tiba2 je my dear cakap camni.. Saja2 cakap je tapinya.. Tapi saya sebagai isteri meng"Aamiin" kan kata2 my dear tu... "Anak kita ni lelaki"... saya pun tanya, kenapa my dear cakap camtu kan, my dear jawab "Yela, sebab walaupun masuk sikit je boleh lekat jugak".. sampai situ je ayat my dear.. My dear ni jenis suka suruh saya berpikir tau.. So, saya pikirla camni.. "Kromosom Y, jangka hayat dia pendek tapi dia lari laju.. Kromosom X, jangka hayat dia panjang tapi dia lari slow.. so, disebabkan jumlah yang menitik tu hanya sedikit, so, siapa yang cepat, dialah yang menang.. yang menang, pastilah yang laju.. yang laju adalah Y.. So, nanti kromosom X yang dibawa oleh isteri akan bercantum dengan kromosom Y si suami maka akan terbentuklah XY @ LELAKI"... Tu diaaaa.. punya dasyat saya buat andaian yang tak hengat... muahhahhahah... Tapi lepas tu kan, saya gtau la my dear, doalah moga2 anak kita lelaki... Saya pun turut sama doa moga anak saya ni lelaki.. sihat walafiat sehingga dilahirkan & seterusnya... moga cukup sifat.. InsyaAllah... Semuanya kuasa Tuhan, kita sebagai hamba hanya mampu berdoa.. Jangan berhenti berdoa tak kira apa sekalipun doa kita.. Saya jugak doa moga rakan2 saya yang masih belum bergelar ibu, diberi peluang untuk sama2 bergelar ibu seperti ibu2 yang lain.. InsyaAllah.. Aamiin... 

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Saya dah buat pregnant test...

Ketika saya bagitahu yang saya akhir2 ni duk rasa loya & pening, rata2 duk komen gtau saya pregnant... pakat2 tak sabar suruh saya test.. hihii.. Suwit la u all ni tau... Dari buat saya rasa takut nak test, terus rasa excited.. hihii.. Bukan pe, saya risau gak, kot2 nanti ada yang kata, Aqilah kecik lagi, dah pregnant... segan saya... selalu dengar orang cakap camgitu... (^_^) Lagi satu plak, saya tak rasa saya mengandung... eh tipu, actually gerak hati saya kuat mengatakan saya mengandung tapi, hanya kerana 2 alasan yang saya gtau u all sebelum ni, ia membuatkan saya rasa saya tak mengandung.... sehinggakan saya rasa risau nak buat pregnant test, takut kalau negatif, maksudnya saya ada penyakit lain la kan... Sebut pasal penyakit tu yang buat saya lagi bertambah takut... sampai saya berdoalah moga keputusan pregnant test nanti adalah positif... Lebih baik saya tahu saya mengandung dari tahu saya ada penyakit... (",)

Eh, mesti u all tak sabar nak tahu keputusan pregnant test tu kan.. hihiii... scrool ke bawah yer sayang2.. (",)
























Bismillahirrahmanirrahim...




























Inilah jawapannya... pengumuman saya di hari penghulu segala hari.. moga penuh dengan keberkatan...


















Alhamdulillah...



















DOUBLE LINE @ PREGNANT..!! InsyaAllah, Alisha & Aqilah bakal dapat adik... (^_^) Eh, ini KEPUTUSAN TAK RASMI.. YANG RASMINYA TUNGGU SAYA JUMPA DOKTOR NANTI...


Saya test dekat TESCO KECIK SUNGAI PETANI tau.. ahhahha.. Punya tak sabar hokay.. beli je terus masuk tandas.. Bukan apa, saya dah mula rasa excited nak mengandung... Mana taknya, mak saya kat kampung tu asyik duk telefon tanya dah test ke belum... siap bagitahu abah saya seronok kalau saya mengandung nanti ramai cucu... Ololoooo suwitnya parent saya ni tau... (",)

Lepas dah tahu keputusan, saya terus gtau my dear.. bukan main lagi sengih... lepas tu saya telefon mak saya... Moga kandungan ni selamat berada dalam rahim saya sehingga saya lahirkan dia & seterusnya... Jika diberi keizinan olehNYA, doa saya moga kandungan ni adalah LELAKI.. sekurang2nya di masa akan datang, ada yang akan "menjaga" Alisha & Aqilah.. InsyaAllah...

Nanti saya cerita dekat u all dengan lebih detail, apa perubahan pada diri saya yang membuatkan hati saya kuat mengatakan saya mengandung.. ohya, nanti saya akan terangkan dengan lebih detail jugak pasal 2 alasan yang buat saya kata saya tak mengandung... Betapa besarnya kuasa DOA... Saya pernah cakap dekat u all, tulis yang baik2 di blog kita.. sebagai contoh, "tahun depan saya nak mengandung"... walaupun kita hanya sekadar menulis, tapi hakikatnya secara tak langsung kita "berdoa" jugak sebenarnya.. bukan setakat kita, kawan yang membaca tu pun secara tak langsung "doakan" kita... Ohya, actually bukan setakat tulis di blog, tapi dekat kawan2 pun memang saya gtau yang tahun ni saya nak mengandung... (TIPS YANG PERTAMA DI ENTRY "CARA YANG SAYA LAKUKAN UNTUK CEPAT PREGNANT" DEKAT U ALL SEBELUM NI) Kalau u all perasan, akhir tahun lepas saya ada gtau saya nak pregnant tahun ni kan... Tak sangka, masuk tahun baru je, saya dah dapat "DOUBLE LINE".. Tuhan makbulkan "doa" saya walaupun awal dari yang saya jangkakan.. sesungguhnya Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya.. (",)

Ya Allah Ya Tuhanku... Kau kuatkanlah semangat MOHAMAD NAZREN BIN AHMAD TAZARI untuk berusaha kembali pulih seperti sediakala.. kau ampunilah dosa beliau & seluruh hambaMu di muka bumi ini. Sesungguhnya hanya kepadaMu aku memohon.

Alisha yang sentiasa mempunyai naluri 'rasa' yang kuat...


Alisha ni kan u all, saya perasan, kalau ada apa2 je nak berlaku, mesti dia dah bagi hint dekat saya & abah dia ni awai2... cuma kadang2 kami ni je yang tak tahu.. bila dah berlaku barulah kami perasan.. Tapi ada jugak yang antaranya saya dah perasan tapi saya cuba untuk menidakkannya...


Contohnya 2 hari sebelum saya bersalinkan aqilah, pagi2 buta, dia boleh ambik beg yang saya letak barang persediaan untuk bersalin yang saya letak tepi katil... Lepas ambik beg tu, alisha siap suruh saya bukak pintu bilik ajak keluar.. Dalam hati saya time tu memang dah terdetik, yang mesti saya akan bersalin dalam waktu terdekat tapi saya menidakkannya, yela, sebab time tu baru 38 minggu.. kan saya dah kata nak makan daging korban dulu... hihiii

Tanpa disangka2 bila alisha bangun je pagi pada 22/10/2012.. dia terus ambik bag tu lagi sekali & bawak keluar dari bilik... Time ni memang saya rasa terkejut sangat... nampak sangat memang alisha betoi2 dah tau yang ibu dia nak bersalin... Ohya, time alisha bangun pagi tu, memang saya dah tau saya akan bersalin sebabnya, saya dah keluar darah + lendir...

Ketika masih baby, Alisha pernah menangis melebihi 1 jam.. saya lupa berapa jam tapi lebih dari 1 jam lah.. tanpa stop.. last2 kami dapat berita.. moyang saudara alisha meninggal..

Alisha gelisah 2 3 malam, meragam, tidur tak lena sebelum pemergian moyang dia @ opah saya... lepas arwah meninggal baru dia tidur lena.. banyak lagi sebenarnya apa yang alisha bagi hint.. biasanya, apa yang akan berlaku dalam family kami lah... tapi rasanya normallah kan bila budak2 camgini.. sebab dorang memang dapat rasakan..

P/s : Nanti baru up entry pasal bersalinkan Aqilah yer... (",)

Macamana nak kekalkan berat badan yer??

Seperti yang saya bagitahu u all dulu2 @ sebelum pregnantkan Aqilah... saya ni dah termasuk dalam kategori kurus kering macam bini popeye kan.. hihi.. Yela, dengan ketinggin antara 163cm - 165 cm, berat saya hanya 42kg.. adehhh.. sungguh tak cantik... hihii

Berat ideal @ berat yang saya nak adalah antara 50kg hingga 53kg je.. tak nak lebih... ekkekkek... Ohya, untuk pengetahuan u all, berat terakhir saya sebelum masuk labour room adalah 60.70kg.. Maksudnya, sepanjang pregnant kan aqilah, saya naik 18.70kg... Beberapa hari selepas bersalin, berat saya turun jadi 56kg... 2 minggu lepas bersalin, berat saya dah jadi 52kg... Hari ni pulak, hari ke 18 lepas bersalin, berat saya dah jadi 50kg... Adehhhh... 

Berat saya dah nak menghampiri ke angka 4 pulak... alamakkkk.. sedangkan berat yang saya nak minimum 50kg... So, camne ni u all... kongsilah tips dengan saya supaya saya dapat maintain dengan berat sekarang.. (^_^)

Secara jujurnya, berat saya sekarang memanglah berat minimum yang saya nak.. 50kg.. tapi bentuk badan saya masih lagi out tau... Maksud saya, peha masih lagi berlaga sikit & perut masih lagi buncit sikit (normallah baru 18 hari bersalin + berpantang pun belum habis lagi.. hihii).. Itu takpalah.. sebab ia akan settle lepas habis pantang nanti... cuma sekarang ni, berat tu saya tak tahu nak maintain kan camne.. Jika u all ada tips, kongsi dengan saya yer.. (",)


Berat badan ketika mengandung...

Cakap bab berat badan, fuyoooo pregnant kali ni naik dengan hebatnya walaupun orang duk kata kecik.. hihii.. TAPI hakikat sebenarnya kenaikan berat badan saya sehingga hari ni.. dalam keadaan belum lagi bersalin ni, dah melebihi kenaikan berat badan ketika dah bersalinkan alisha... So, apa lagi.. cepat tepuk tangan untuk saya... muahahhahah

Emmmm kali ni naik banyak sebab berat badan saya ketika buat buku pink pun dah bermula dengan pen dakwat merah... sangat ringan, berbanding alisha dulu.. tu yang jadi punca.. Lagi satu, time alisha, 4 bulan alami alahan, kali ni... tiada alahan tapi nafsu makan dengan hebatnya.. hehehhe

Ketika Mengandungkan Alisha

Berat sebelum mengandung : 52 kg @ berat badan ideal..!! Sangat2 suka dengan berat ni... hihii
Berat ketika buat buku pink : 48 kg.. turun sebab takda selera makan @ alami alahan...
Berat ketika nak masuk labour room @ 40 minggu : 64 KG

SO, KENAIKAN BERAT BADAN SEHINGGA BERSALIN ADALAH 16KG

Berat pada 05/10/2010 @ selepas sebulan bersalinkan Alisha : 51 kg... Yeayyy.. kembali kepada berat asal.. dalam tempoh sebulan hokay!!... muahhaha.. OPSTTT perlu diingat, BERAT BADAN MEMANG KEMBALI ASAL TAPI BENTUK BADAN... TIDAK SAMA SEKALI... hihii.. Sebelum bersalin montok sana montok sini.. tegang sana tegang sini... lepas bersalin, jatuh sana jatuh sini,  kendur sana, kendur sini... hahahhah.. Jenuh nak 'up' kan balik... muahhahhaha

Ketika mengandungkan Adik alisha

Berat sebelum mengandung : 42 kg @ kurus kering mengalahkan bini popeye.. adehhhh
Berat ketika buat buku pink : 44 kg.. naik 2 kg sebab selera makin bertambah tapi bentuk badan tetap sekeping ibarat tiup angin pun boleh tumbang... hihii
Berat sekarang @ masih lagi berbaki 2 minggu sebelum masuk labour room : 60 kg

SO, KENAIKAN BERAT SEHINGGA 38 MINGGU 18 KG...!!! HEBAT TAK??... LAGI 2 MINGGU MAUNYA SAMPAI 20KG++ SAYA NAIK BERAT BADAN NI... HEHEH

Berat badan sebulan lepas bersalin belum tahu lagi berapa.. nanti lepas bersalin, saya update yer.. tapi mintak2lah saya dapat berat ideal @ 51kg or 52kg... taknak 40kg++ sebab tak nak kurus macam bini popeye lagi... muahahahha...

Ohya, dulu kan, sebelum saya kawen, orang selalu cakap dekat saya, nanti dah kawen & duduk rumah pulak tu.. tak kerja.. CONFIRM BADAN AKAN GEMUK LEPAS BERANAK!!.. Tapi hakikatnya sebaliknya... kesimpulannya, walau apa pun yang kita nak buat, selagi kita tak mencuba, jangan percaya dengan kata2 orang.. (^_^)


UV terkini blog saya untuk pengetahuan mereka yang letak banner di Blog saya...

Sekarang ni saya nak kena update perkembangan semuanya cepat2.. bukan apa, minggu depan dah nak raya Aidiladha.. lepas tu, saya dah nak bersalin.. takut tak sempat nak update.. Lepas bersalin, dah cerita adik alisha + aktiviti ketika berpantang pulak bakal menyusul... Ohya, untuk MINI GIVEAWAY BULAN NI, SAYA AKAN LANCARKAN ESOK TAU... HADIAHNYA PERFUME..!!! Bulan ni buat awal.. seperti saya bagitahu tadi, takut tak sempat... hihii

Bukan tak sempat pasal apa sebenarnya... yela, makin dekat nak bersalin, takut nanti saya makin tak larat nak mengadap komputer lama2.. itu je.. bukan maksud saya tak sempat tu sebab saya bersalin awal... hihii.. Lagipun saya harap baby ni lahir macam kakak dia pada 40 minggu.. dengan kata lain, selepas raya aidiladha... sebab saya nak makan daging korban puas2 dulu... hihii.. Tahun ni, mak saya korban daging kerbau satu bahagian.. so, haruslah saya merasa dulu daging kerbau sebelum bersalin kan.. hihii

Lupakan pasal tu, saya nak tunjuk UV terkini blog saya untuk mereka2 yang beriklan dekat blog saya ni.. Nak update akhir bulan ni, Macam tadi jugak alasannya, takut tak sempat... hihii.. Saya tunjuk UV ni bukan apa u all... yela, apabila kita bukak ruang iklan di blog, so, seharusnya kita bertanggungjawablah kan.. Yela, orang letak banner iklan dekat blog kita, sebab percayakan kita, so, kita haruslah tambah kepercayaan @ keyakinan 'customer' kita tu dekat kita... (",).. Lebih2 lagi bulan depan dah start dengan pembayaran.. (^_^)

Ini adalah UV seminggu sebelum saya buka ruang iklan pada 19/09/2012.. Average 500++


Ini adalah UV dua minggu yang lepas... Average 700++


Ini adalah UV seminggu yang lepas... Average 800++

Perut gatallllllll......

Normallah kan bila perut ibu mengandung ni gatal2 kan... Tapi saya tak garu pun.. just gosok2 macam tu je dengan tangan + sapu baby oil.. Yela, risau gak nanti  lepas bersalin perut dah tak cantik... hihii

Cuma yang menjadi masalah saya sekarang ni, perut saya bukan setakat gatal.. TAPI dah jadi merah2 + bengkak2.. Alaa macam kalau kita kena tahi ulat tu.. kan dia jadi timbul bengkak2 & merah2.. camtulah.... Actually, sebelum ni kulit saya jenis sensitif, nyamuk gigit pun dia boleh bengkak2.. tapi tu dulu.. lepas bersalinkan alisha dah hilang.... 

Ni baru 2 3 hari ni jadi balik.. tu pun dekat perut yang tengah memboyot ni.. adehhh... dah la tengah gatal yang amat... Rasa macam nak je garu perut tu puas2... heheh.... Nak buat macamana yer u all... gatal sangat ni... 

Eh jap, nak tambah sikit... u all tau tak, alisha kan, suka sangat main pusat saya.. suka pegang2lah... ciumlah.. alahaiiii.. mentang2lah pusat ibu dia ni dah 'terkeluar'.. hahahha... Ibu2 mengandung semua pusat akan jadi timbul kan.. hihii.. Anak2 u all ada tak yang suka main dekat pusat tu... (",)


Berpantang rumah parent sendiri lagi best kan.. (",)

Tiba2 rasa berdebar2 lepas baca komen u all dekat entry sebelum ni.. Harapnya adik alisha akan lahir ketika 40 minggu, dengan kata lain, selepas raya haji.. bukan apa, saya sekarang belum ready lagi nak bersalin, persiapan mental saya tu belum cukup lagi... adehhh... Emmmm kalau ikutkan pengalaman my mum, ketika lahirkan kami adik beradik, takda yang lahir awal seminggu or dua minggu.... paling awal pun 2 3 hari sebelum due.. Saya pulak ketika time Alisha, 39 minggu 6 hari... kiranya 40 minggulah senang cakap.. hihi.. Walaupun ada yang cuba "menakut2kan" saya akan bersalin awal.. mean seminggu or dua minggu awal tapi naluri saya ni rasa macam tak je.. hahah... sebenarnya sebab saya dah set dalam minda, biarlah lahir selepas raya haji + time my dear ada bersama.. sebab saya nak my dear masuk temankan saya dalam labour room.. bagi support macam time alisha dulu (^_^)

Lepas raya haji nanti, saya & Alisha akan terus duduk dekat rumah my parent.. tunggu waktu nak bersalin.. Jangkaan doktor, seminggu selepas raya haji.... Yap, saya berpantang di rumah my parent.. Bukan saya tak nak berpantang sendiri tapi sebab saya rasa saya masih lagi nak bermanja dengan parent saya.. Bukan niat untuk menyusahkan mereka... Tapi di saat2 macam ni, selain dari my dear, saya jugak memerlukan parent saya... 

Lagipun saya rasa my mum & my dad mesti suka sebabnya cucu2 dia akan bersama2 dengan dia... hihii.. maklumlah, hanya alisha & bakal adik alisha je pun cucu mereka... (",) Saya ingin jadikan saat2 ketika berpantang ni sebagai satu memori yang indah untuk dikenang bila dah tua nanti... Yela, bila orang tua kita dah tiada, pasti kita akan sentiasa ingat moment2 kita bersama mereka kan.. 

Lebih2 lagi, parent saya jenis yang ambik berat bab2 berpantang ni.. so, sedikit sebanyak saya dapat belajar dalam bab2 ketika berpantang ni... Saya tak nak lepaskan peluang untuk bermanja dengan parent saya  selagi mereka ada... Emmm rasanya walau apa keadaan pun, parent kita jugak yang best kan.. Walaupun kadang2 kena berleter tapi leteran tu lah yang akan dirindui nanti.. hihii.. 

Tiba2 saya rasa tak sabar untuk 'dijaga' oleh parent saya... (^_^).. Berpantang di rumah parent sendiri sangat menyeronokkan.. Ohya, parent saya takdalah terlalu tua sehingga saya menyusahkan mereka... emmm  mereka baru berumur 52 tahun & 53 tahun.. Rasanya mesti parent saya pun tak sabar jugak untuk tengok cucu dia kan... maklumlah, my dad  memang sukakan budak2 & my mum pulak, memang hari2 duk telefon alisha.. bercakap dengan alisha walaupun alisha bercakap bahasa German.. muahahhah 

P/s : Bersyukur sebab masih mempunyai parent sebagai tempat untuk bermanja...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...